7 HARI PERTAMA KEMATIAN DIANA, PUTERI WALES

Diana, Puteri Wales, adalah bekas isteri kepada Putera Wales iaitu Putera Wales & pewaris takhta British.

Pasangan ini bercerai pada tahun 1996 selepas menghadapi pelbagai kontroversi akibat kecurangan masing-masing.
Puteri Wales menemui ajalnya dalam satu kemalangan jalan raya pada 31 Ogos 1997 di Paris, Perancis.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai konflik yang melanda keluarga diraja British dalam 7 hari pertama Puteri Diana meninggal dunia :-
1) Keluarga diraja sedang bercuti di Balmoral Castle di Scotland - tradisi mereka pada setiap musim panas.

Putera Charles menanti hingga pagi tiba sebelum berita kematian Puteri Diana disampaikan kepada anak-anaknya iaitu Putera William & Putera Harry.
Kerana usia mereka yang masih muda, Queen Elizabeth II meminta pihak gereja tidak menyebut hal ini dalam khutbah pada pagi Ahad itu supaya cucu-cucunya tidak bersedih.

TV & radio juga dibawa keluar dari kamar remaja² ini agar liputan berita itu tidak menggangu fikiran mereka.
2) Puteri Diana bukan lagi kerabat diraja sejak bercerai dengan Putera Charles.

Walaubagaimanapun, Putera Charles sanggup bertengkar dengan bondanya bagi mendapatkan izin untuk menggunakan pesawat diraja supaya mayat Puteri Diana dapat dibawa pulang dari Paris dengan segera.
Putera Charles juga mengarahkan mendiang diberi penghormatan dengan kerandanya ditutup dengan bendera kerabat diraja British & dipikul oleh anggota-anggota tentera.

Kereta yang membawa mendiang juga diikuti oleh polis-polis pengiring.
3) Adik Puteri Diana, Charles yang bergelar Earl Spencer Ke-9, membuat kenyataan dari kediamannya di Afrika Selatan.

Dia menuduh pihak media sebagai punca penderitaan kakaknya & beliau telah mati di tangan orang-orang yang selalu memburunya bagi mendapatkan berita & publisiti.
4) Kematian Puteri Diana adalah tragedi nasional pertama yang dihadapi oleh Perdana Menteri Tony Blair yang baru sahaja menjawat jawatan itu 4 bulan sebelumnya.

Beliau memberikan ucapan yang mengandungi istilah "People's Princess".

Istilah itu kekal diingati hingga ke hari ini.
5) Tiada arahan berkabung dikeluarkan memandangkan Puteri Diana bukan lagi kerabat diraja.

Atas sebab protokol itu, pihak istana tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi kerana hal pengkebumian akan diuruskan oleh pihak Keluarga Spencer.
6) Panji Diraja (Royal Standard) tidak dikibarkan di Istana Buckingham apabila Baginda Ratu tiada di situ.

Tiang bendera juga akan dibiarkan kosong. Tradisi ini menyebabkan rakyat jelata menjadi marah kepada baginda.

Mereka mendesak bendera negara dikibarkan pada separuh tiang
7) Pelbagai akhbar menjadikan berita kematian Puteri Diana sebagai tajuk muka depan mereka setiap hari.

Suasana seluruh negara juga muram kerana rakyat British terlalu sugul & berdukacita atas kematian puteri popular ini.

Ini menyebabkan reputasi keluarga diraja jatuh menjunam.
9) Saban hari, jumlah jambangan bunga yang ditinggalkan di depan Istana Buckingham & Istana Kensington semakin banyak.

Istiadat Changing of The Guards juga terpaksa dilakukan di tempat lain kerana bahagian depan Istana Buckingham terlalu sesak dengan bunga & orang² yang menangis
10) Pada masa rakyat jelata berkumpul & menangis di depan kedua-dua istana ini, tiada siapa pun tahu yang keranda Puteri Diana sebenarnya ditempatkan di Chapel Royal di St James's Palace.

Ini untuk mengelakkan suasana menjadi tidak tenteram selain untuk menghormati mendiang
11) Akhirnya, Lord Chamberlain memanggil pelbagai pihak untuk bermesyuarat di Istana Buckingham.

Antara yang dipanggil ialah setiausaha² dari Istana Buckingham, Istana Kensington, St James's Palace, ahli-ahli Keluarga Spencer, wakil No.10 Downing Street , pihak tentera & polis
Di atas meja mesyurat itu terdapat sebuah kotak kayu yang menutup sebuah telefon.

Tanpa mereka sedari, perbincangan mereka diikuti oleh Baginda Ratu & Duke Of Edinburgh yang berada di Istana Balmoral melalui alat sawat tersebut.
Mesyurat tersebut mengesyorkan beberapa perkara kepada keluarga diraja agar situasi negara & imej keluarga diraja dapat dipulihkan, iaitu :-

I} Perintah berkabung mesti dikeluarkan segera. Bendera Union pula akan dikibarkan pada separuh tiang di Istana Buckingham.
II} Mendiang Puteri Diana akan diberi pengkebumian diraja. Upacara penghormatan negara akan diadakan di Westminster Abbey.

Pelan pengkebumian Bonda Ratu yang diberi nama Operation Tay Bridge dipinjam untuk tujuan ini kerana pihak tentera pernah berlatih pelan ini terlebih dahulu
III} Ratu Elizabeth II diminta bertitah secara langsung kepada rakyatnya menerusi siaran televisyen.

Ia adalah titah takziah pertama dalam sejarah pemerintahan baginda yang dilakukan secara siaran langsung.
12) Keluarga diraja terpaksa akur dengan permintaan² ini.

Pada tanggal 4 September, mereka membuat kemunculan di depan pintu masuk utama Balmoral Castle supaya pihak media dapat mengambil gambar mereka.
13) Pada tanggal 5 September 1997, Ratu Elizabeth II & Putera Philip berangkat pulang ke London.

Baginda turut melawat kawasan orang ramai berkumpul di depan Istana Buckingham sebelum menyampaikan titah di TV.

Begitu juga Putera Charles & anak-anaknya di Kensington Palace.
14) Mayat mendiang Puteri Diana diarak pada pagi #OTD 6 September 1997 dari kediaman terakhirnya di Kensington Palace.

London diisytiharkan sebagai kawasan larangan terbang pada hari itu iaitu sebelum & semasa upacara penghormatan negara sedang berjalan.
15) Tiada muzik dimainkan kerana anggota pancaragam tentera tidak sempat berlatih.

Namun, ada seorang lelaki memainkan beg paipnya sebagai tanda kasih sayang & dukacita atas kematian beliau. https://twitter.com/MZLNRMLY/status/1297361362151075840?s=19
16) Ratu Elizabeth II & beberapa kerabat diraja berdiri di luar Buckingham Palace semasa perarakan ini melintasi istana itu.

Baginda dilihat menunjukkan kepala di depan keranda itu sebagai tanda penghormatan kepada bekas menantunya itu.
17) Perarakan ini melalui kawasan yang lebih jauh kerana Ratu Elizabeth II perlu sampai ke Westminster Abbey terlebih dahulu sebelum keranda itu tiba.

Baginda diberi tepukan gemuruh oleh oran ramai yang berada di sekitar gereja sebagai tanda terima kasih atas sokongan baginda.
18) Putera Philip memujuk Putera William & Putera Harry untuk sama berarak di belakang keranda.

Baginda berkata dia tidak mahu cucu-cucunya itu menyesal di kemudian hari jika enggan memberikan penghormatan terakhir kepada ibu mereka pada waktu itu.
19) Putera Harry meletakkan jambangan bunganya di atas keranda itu dengan sepucuk surat dengan sampul bertulis "Mummy".

Perarakan itu turut disertai oleh Putera Charles & Earl Spencer ke-9 dari Istana St. James hingga ke Westminster Abbey.
20) Antara hadhirin yang datang ke upacara di gereja ialah Tom Cruise & Nicole Kidman serta beberapa selebriti & wakil² badan² kebajikan yang pernah dianungi oleh Puteri Diana

Muhammad Al Fayed yang anaknya, Dodi, terkorban bersama Diana dalam nahas itu turut hadir sama.
21) Elton John menyanyikan lagu Candle in The Wind pada upacara ini.

Selepas diterbitkan, album itu mencatatkan jualan yang sangat tinggi pada tahun 1997.

Hasil jualan single itu didermakan untuk tujuan kebajikan.

https://twitter.com/MZLNRMLY/status/1297361588244983808?s=19
22) Lagu patriotik kegemaran Puteri Diana iaitu I Vow To Thee My Country turut dimainkan di upacara ini.

Atas permintaan Puteri Diana, lagu ini pernah dimainkan semasa upacara perkahwinan Putera & Puteri Charles pada 29 Julai 1981 dahulu.
23) Earl Spencer mengulangi kritikannya terhadap keluarga diraja & pihak media ketika membacakan ucapan eulogy.

Ucapannya itu disambut dengan tepukan gemuruh dari dalam & luar dewan.

https://twitter.com/DianaDaybyDay/status/1169921180834263040?s=19
24) Beribu-ribu orang menyaksikan upacara ini dari luar gereja. Mereka sabar menanti walaupun dalam cuaca yang agak panas ketika itu.

Dianggarkan seramai 2.5 billion orang lagi menonton siaran langsung ini di rumah.
25) Mayat Puteri Diana dibawa ke kediaman pusaka Keluarga Spencer di Althorp.

Mendiang dikebumikan di sebuah pulau kecil yang dikelilingi oleh tasik. Ianya masih tidak bernisan walaupun selepas 23 tahun dikebumikan.

Sebuah tugu kenangan di bina berhampiran tasik itu.
You can follow @MZLNRMLY.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: