Setiap kali saya berkongsikan perkara ini, mesti akan ada yang selitkan tentang kejadian Adam a.s. Saya biasanya mengelak apabila orang bertanya sebab saya tak mahu campur adukkan penemuan empirikal dengan apa yang diberitahukan wahyu.

Ini pandangan saya; https://twitter.com/zamirmohyedin/status/1302104633146355712
Soalan paling popular sekali, adakah Adam a.s. manusia pertama?

Saya tak tahu. Tetapi ini yang saya tahu; dari sudut pandang agama, status Adam sebagai manusia pertama merupakan khilaf. Saya dapat tahu ini daripada Ust. Hasrizal.
Sebelum beliau pun, saya telah dengar kekhilafan ini daripada mulut² agamawan. Saya tak buat kesimpulan sendiri. Saya cuma naqalkan saja apa yang saya dengar.

Mereka yang berpegang Adam bukan manusia pertama kerana Quran tak sebut secara spesifik bahawa Adam manusia pertama.
Perkara itu disokong pula dengan pertanyaan malaikat kepada Tuhan tentang "kaum² yang menumpahkan darah" yang menunjukkan bahawa malaikat seolah mengetahui ada kaum terdahulu yang lebih awal muncul sebelum penciptaan Adam a.s.
Ada yang berpendapat bahawa Adam bukan manusia pertama, tapi khalifah yang pertama.

Jadi yang berpegang Adam bukan manusia pertama dah tak ada isulah kalau sudah munculnya manusia sebelum Adam sebab baginda bukan yang pertama. Tak ada isu tahun bila kemunculan Adam.
Tapi jadi isu pula kalau yang percaya Adam ini manusia pertama. Kalau Adam manusia pertama, tahun bila baginda muncul? Pendapat paling popular sekali saya jumpa dalam khazanah Kristian dan al-Attas sendiri, Adam muncul sekitar 7,000 - 8,000 tahun yang lalu.
Hal ini bercanggah kerana apa? Kerana manusia moden iaitu kita telah muncul 300,000 tahun yang lalu. Malah, pertanian dah muncul 12,000 tahun lalu dan penternakan haiwan dah muncul 15,000 tahun lalu. 8,000 tahun lalu pun dah ada bandar, tentulah manusia dah ramai.
Apa yang saya sebutkan bukan teori Barat segala, tetapi merupakan bukti empirikal, bukti fizikal dan bukti hidup. Banyak tulang-tulang manusia yang umurnya lebih tua daripada umur Adam a.s.
Tapi kalau ada orang cakap (saya belum jumpa lagi) umur Adam a.s ialah 300,000 tahun, maka boleh diterimalah baginda merupakan manusia moden pertama. Tetapi baginda masih belum lagi manusia pertama kerana kita ada spesis² manusia lain yang hidup lebih lama daripada manusia moden.
Contohnya homo neanderthal telah muncul sekitar 500,000 hingga 800,000 tahun yang lalu. Neanderthal masih dalam kategori manusia, bukan beruk, bukan jin dan sebagainya. Mereka mampu buat banyak benda yang haiwan tak boleh buat. https://twitter.com/zamirmohyedin/status/1289421253036503040?s=20
Malah, sebahagian daripada kita mempunyai sedikit DNA homo neanderthal. Lebih lama daripada neanderthal ialah homo erectus dan banyak lagi spesis manusia lain seperti homo naledi, homo habilis, dll. Mereka semua dah pupus, tinggal kita sahaja iaitu homo sapiens (manusia moden).
Homo sapiens pernah hidup bersama dengan homo neanderthal sebelum homo neanderthal pupus. Punca kepupusan mereka ada banyak faktor dan masih dalam konteks perdebatan. Paling popular disebabkan oleh persaingan dan pembantaian oleh spesis manusia yang lebih moden.
Kewujudan spesis² manusia menguatkan lagi pendapat bahawa Adam bukan manusia pertama dan penyataan Malaikat tentang "kaum yang menumpahkan darah".

Saya pernah baca beberapa tafsir seperti Fi zilal dan al-Azhar yang menyebut kaum² kaum terdahulu itu ialah kaum jin, hinn & binn
Pastinya tafsiran bahawa homo-homo ini jin tentulah tidak benar kerana kita jumpa tulang-tulang mereka yang berbentuk manusia. Cuma kita tak pasti apa itu kaum hinn dan binn yang seperti yang disebutkan dalam tafsir.
Ada yang mengambil alternatif lain iaitu Adam manusia pertama tetapi Adam ada banyak. Ini bermaksud, setiap spesis-spesis manusia ini ada Adam-Adam mereka yang tersendiri. Pendapat ini diusulkan oleh Ust. Hasrizal. https://saifulislam.com/2013/07/adam-adam-sebelum-adam/
Sapiens ada Adam, Neanderthal ada Adam, Erectus ada Adam, Habilis ada Adam dan seterusnya. Bagi saya, kalau berpegang dengan pendapat Adam sebagai manusia pertama dengan cara ini, ia tidak bercanggah dengan penemuan empirikal.
Saya rasa itu sahajalah. Maaf atas segala kekurangan saya. Huraian saya ini mungkin banyak kekurangan. Kalau ya, tuan-puan semua boleh tambahkan pengetahuan dengan orang lain. Kalau ada kekurangan, mohon diperbetulkan. Semoga bermanfaat.
Saya nak tegaskan di sini. Saya tak cakap pasal teori evolusi. Saya tak cakap pasal Darwin dan evolusi tak semestinya Darwin. Saya tak cakap manusia asal dari beruk, saya tak cakap sapiens berasal dari neanderthal, dsb. Jadi, saya harap kita keluarkan evolusi dalam perbahasan.
You can follow @zamirmohyedin.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: