Aku kena game dengan ARTIS/YOUTUBER. Janji nak deliver job 31st August tapi takboleh buat. Tunda. Second chance bg, satu update reply pun takda. Mesej pun sepatah sebelum2 ni. Aku dah bagi payment RM2250. Tak sangka gak orang famous perangai macam ni. GERAM. Korang kenal sape!
Benda simple kalai kau takboleh nak commit job orang bagi, JANGAN ACCEPT! Jangan tamak confident! Second, TOLONG LAAA ada courtesy to UPDATE. Aku bayar kau, aku pula kena kejar kejar kau. Sbb nak tahu apa cerita senyap je sampai la due date nak kena tanya baru hegeh nk ckp takleh
20 mesej aku, sepatah dua kau reply lepastu senyap! Client due date suka suka kau je nak postpone bagai. Sekali takpe, ni dah second time. Who do u think youre? Kau famous kalau sebab perangai attitude kau yang kerja main main tak guna juga. I respect you siap boleh panggil “KAK”
Ada sorang lagi Youtuber , indian. Dia lagi bagus update evry detail, skrip, plan dia nak buat macam mana semua. Itu namanya professional! Dia tahu erti kerja and how to manage things. And atleast update! RM4500 bukan sikit kau minta. Aku boleh bayar. Tapi professional la sister
I mesej PA dia, PA dia boleh sound aku cakap kenapa aku direct dengan artis? Halo sis,aku approach dia dekat Facebook, takda lansung number PA kau. Nmbr PA kau dekat IG, and aku pun servey all on fb sbb nk tengok follower FB .project aku speciality for FB! Not IG! But hey, STILL?
Lepas kau reply aku semua baru aku check IG and ask adik kau to join sekali but plan changed. disitu aku tahu dekat IG kau ada nombor PA kau! Eh tk kisah la kenapa aku approach artis dlu ke apa ke. Attitude macam ni apa cerita? Skli lg aku cakap, dah tahu xleh commit jgn tamak
Ni client aku cakap,buat sementara ni aku tutup dulu nama artis/youtuber ni. Benda betul. Aku dah dapat video,posting dia atau refund baru aku delete post ni. Kalau tak reply, aku spill je terus artis/youtuber mana yang aku maksudkan ni. Kena bash pun kena bash la. Aku ckp fakta
Client have the right to cut payment! Tapi dia tak potong! Dah bagi second deadline pun tkleh nak commit, tunda lagi cakap next monday. Aku mesej daripada semalam semalam lagi harini baru reply tu pun sebab aku mesej adik kau, PA kau . TU PUN kau suka suka lagi postpone? Shit wei
Bak kata orang penang, muka ni nak letak mana? Hang tak fikir muka hang takpa, muka aku ni aku nak jaga. Nak jaga nama melayu wei dekat cina! Ni job client cina tau. Dia suruh aku cari 3bangsa. So far cina youtuber dah siap, indian dah siap. Melayu mana? Postpone busy missing.
tengok la, dia reply kejap lepastu hilang. Lepastu aku dah reply lesap! Kerja tak deliver lansung. esoknya due date dh lepas baru nak reply cakap tak sempat. Due date semalam tau!!! Aku mesej tk reply! IG busy streaming game kau bagai. Takkan nak reply mesej psl keje pon susah
Aku spam sebab client dah bebel. Dia UPDATE lansung takde. Aku yang kejar kejar dia. Padahal aku yang bayar dia. Apa ni? Dua kali bagi chance pun tkleh nak deliver. Reply macam benda xde pe. No point kalau due date dh lepas kau nk bagi lg. Project org hold sebab kau? Kau sape wei
aku cakap dua minggu awal suruh buat video, hantar video ON 31AUGUST. Tapi on 31st August itself baru kau nak shooting? And keesokkan harinya 1st September baru nk update aku? Setelah aku tanya tanya tak reply missing on 31st. Apa benda kau ni? Apa? Second chance dah bagi. Tapi?
harini dah janji kata nak bagi, aku spam lagi. Benda sama kau reply sepatah dua kata siapkan Isnin depan pulak??Ye mmg semua orang nak tunggu kau. Kau ni pernah kerja betul2 professional ke tak ni . Aku terkejut orang famous mcm kau byk job boleh jadi macam ni eh cara kau manage?
K aku nak rest. Penat marah2.Aku tunggu dia reply/update daripada minah ni. Kalau dia refund atau dia deliver kerja harini/esk. Aku tutup buku. If dia membohong, missing takboleh refund.Semua aku spill pasal dia. Aku tak suka pun nk spill2 ni. Tapi muka aku nak letak mana sis
Macam biasa guys, lepas reply sepatah. Hilang for 2,3 days. Lepastu muncul “oh tak siap lagi” “oh next week pulak”. Help me la how should i do. Client dah keep bugging me 😭 stressnya i ya allah.
Dia dah reply, masalahnya dia xleh nak refund sebab dia dah bayar editor semua. Tapi the whole point job aku bagi dia ni kena post on 31st august for merdeka atau paling lewat semalam. Lepasni kalau dia post pun, for apa? Kau tak rasa rugi ke client aku? Pay more nothing
Penyudah nya dia reply macam ni je. Aku tak sure dia ni faham ke tak faham sebenarnya ni apa aku cuba sampai kan and whole point of project for what. Dia baru je reply macam ni, mcm nothing. Then lesap again as usual. After this confirm malam atau esok atau lusa baru nak reply.
I tak tipu when I said client i terus tak reply i daripada semalam lepas dia marah i. Dia tak pernah tak reply i.
Latest update : i dah inform dia. I bagi chance lagi sekali for third time. Korang baca sendiri. I baru send pada si “artist” dan mesej i dengan client i sendiri.
Yang tanya i dia kena buat apa dia bukan kena buat product review. Dia kena buat short-film mengenai DC comic. Video less than 3minutes. i bagi masa 2minggu sebelum. Jgn menipu cakap tak sempat, aku pun pernah buat shortfilm 5min sempat je, harey betul
Aku harap dia tak play victim, nanti tah tah aku balik kena bash kena kecam. Yela dia artis kan. Mesti ramai backup. Benda simple, explanation and refund 100%. Tak guna dah nak post video. Sebab contest dah lepas. Once dia terbaca, i harap dia mesej i jangan mcm biskut dh hilang2
Lepasni korang suggest dekat i youtuber yang okay tau. And facebook ramai follower okay? Sebab ada next project. Memang tidak ler nak pakai orang sama. Serik dah sis. Sampai harini client tak reply lagi mesej. Tapi dalam group kerja dia ada je mesej. Terasa weeeeei 😭
You can follow @Tashataylaa.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: