Kisah Pembunuhan Kejam Jalil Ibrahim Bongkar Skandal BMF Yang Gemparkan Negara

[Ini adalah bebenang]
Di dalam dunia ini ada dua jenis kategori hero; hero yang selalu namanya menjadi sebutan dan hero yang tidak didendang.
Tidak semua hero didendang tentang keperwiraannya. Ada hero yang hanya dikenali apabila kisah keperwiraan mereka disebut, ada juga yang namanya sudah terpapar di mana-mana lipatan sejarah.
Jalil Ibrahim merupakan salah seorang daripada hero yang tidak didendangkan keperwiraannya.
Seorang anak Melayu yang bekerja sebagai seorang juruaudit dalaman Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), Jalil Ibrahim yang dibunuh dengan kejam semasa siasatan kes penyelewangan terbesar negara.
Bumiputra Malaysia Finance (BMF) merupakan subsidiari BBMB yang telah mengeluarkan dana berbilion ringgit kepada spekulator hartanah Hong Kong, Carrian Investment Limited (Carrian Group).
Perkara ini bukan sahaja membawa kepada runtuhnya empayar Carrian Group, tetapi juga tragedi pembunuhan kejam Jalil dan peristiwa membunuh diri penasihat Carrian pada tahun 1983.
Pada ketika berlakunya penyelewengan dalam transaksi BMF dengan Carrrian Group, Bank Negara telah menghantar pasukan pemeriksanya ke Hong Kong (12 Julai 1982) bagi mengetahui letak duduk perkara sebenar.
Masalah mula timbul apabila Carrian Group di ambang muflis dan tidak mampu membayar pinjaman sebanyak RM2.5 bilion kepada BMF. Jalil yang pada ketika itu telah dihantar ke Hong Kong oleh BBMB bagi menyiasat perkara sebenar.
Walaupun hampir muflis, pegawai kanan Carrian Group masih cuba melakukan cubaan melobi supaya BMF agar terus memberikan pinjaman kepada mereka dan ini mendapat tentangan keras daripada Jalil.
Kemuncak kepada kisah ini, Jalil ditemui mati dalam pakaian dan tali pinggang judo di ladang pisang, Taipo Kau di wilayah Hong Kong pada 21 Julai 1983. Beliau yang pada ketika itu berusia 35 tahun telah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengurus Besar BBF.
Tiada apa yang boleh menjadi pengenalan kepada mayatnya kecuali sekeping duit syiling Malaysia di dalam koceknya. Laporan bedah siasat mendapati bahawa Jalil telah dijerut dengan tali jubah mandi yang ada pada lehernya ketika mayat beliau dijumpai.
Menjadi bukti bahawa kes tersebut bukanlah kemalangan, polis Hong Kong mengesahkan daripada rakan sekerja Jalil bahawa ada dua orang pegawai Carrian Group datang ke pejabat pada 18 Julai 1983 meminta agar pinjaman mereka diluluskan dengan kadar segera.
Namun, Jalil telah menelefon pejabatnya dan meminta agar ianya tidak diluluskan. Perkara ini dipercayai menjadi punca kepada pembunuhan beliau. Sebelum dibunuh, Jalil sempat untuk menyerahkan laporan auditnya sepanjang di Hong Kong kepada pegawai atasannya di Kuala Lumpur.
Mencatat sejarah di Hong Kong kerana tempoh perbicaraan yang mengambil masa hampir 17 tahun untuk diselesaikan, kisah ini sebenarnya terlalu panjang untuk diceritakan kerana kisah pembunuhan Jalil oleh seorang lelaki Korea (atas arahan orang tertentu) membawa...
... kepada terbukanya kertas siasatan aktiviti korupsi Carrian Group dan BMF.
Sebulan lebih sebelum Jalil dibunuh, terdapat satu petikan ayat yang memberikan teka teki kepada team pendakwaraya Hong Kong. Ianya tertera dalam diari milik Jalil.
Jalil dikatakan telah menulis.

“Honestly, i have reached the limit of my patience here. The problems in Hong Kong are not my making. And from today onwards, I am going to think of myself and my family first. They must know that i have had enough and i mean it”.
Seperti Altantuya, kes pembunuhan Jalil Ibrahim juga gagal menemukan motif disebalik pembunuhan. Individu yang dikatakan bertanggungjawab membunuh Jalil Ibrahim dikenali sebagai Mak Foon Than.
Ketika disoalsiasat pada awalnya, Mak mengakui dia bertugas mengutip wang dan diarahkan oleh orang kenamaan dari Malaysia.
Nama orang kenamaan tersebut didedahkan kepada pegawai penyiasat. Yang dimaksudkan mengutip wang itu sebenarnya merujuk kepada sogokan.
Pada tahun 1986, Tan Sri Ahmad Nordin Zakaria, bekas ketua juruaudit negara mengatakan...

“Pembongkaran skandal BMF hanyalah kecil. Walaupun mereka yang disabitkan kesalahan sudahpun menerima hukuman, dia percaya ada pihak yang lebih penting turut terbabit”.
Sepanjang dipenjarakan sebelum dijatuhkan hukuman, Mak seringkali menerima poskad yang menulis perkataan ‘Diam itu lebih baik’.
Pasukan penyiasat mempercayai postcard itu bertujuan memastikan Mak tidak mendedahkan dalang sebenar kepada punca kenapa Jalil diarahkan bunuh.
Mak dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah Hong Kong pada tahun 1984 dan sepatutnya menjalani hukuman mati yang mana kemudiannya ianya ditukar kepada penjara seumur hidup. BBMB menerima tempias yang teruk berikutan apa yang berlaku kepada anak syarikatnya BMF.
BBMB akhirnya terpaksa menanggung berbillion kerugian disamping intergriti perbankan yang tercalar teruk apabila BMF bukan sahaja dikaitkan dengan skandal pecah amanah, rasuah, penyelewengan bahkan pembunuhan salah seorang pegawainya yang jujur dalam menjalankan tugas.
Henry Chin, yang juga rakan sejawat Jalil Ibrahim enggan tampil di mahkamah dan memberikan keterangan pada awalnya kerana mempercayai nyawanya mungkin dalam taruhan.
Kes ini penuh dengan tanda tanya dan motif pembunuhan Jalil menjadi misteri sehingga kini.
Menurut Winsome Lane, wartawan mahkamah Straits Times, rakaman kenyataan Mak berdurasi 5 jam setengah tidak sampai ke mahkamah.
“Kenyataan 24 halaman yang dibuat oleh Mak yang mana dia memberi keterangan ke atas George Tan dan saya rasa terhadap beberapa orang lain di Malaysia hilang secara misteri dan hingga ke hari ini, tiada siapa tahu apa yang berlaku padanya.” jelas Winsome Lane.
Skandal BMF ini mendapat liputan luas dalam negara sekitar 1980-an.
Keratan akhbar berkaitan kes Jalil Ibrahim.
Sumber :

1. Sumber: Syahril A. Kadir, Utusan Online

2. Jalil Ibrahim - Dibunuh dengan kejam (youtube)

3. Amazing Nara

Subscribe : https://t.me/mathadesmelayu 
You can follow @hadesmelayu.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: