Ramai serang seorang ibu atas ketergelinciran anaknya yang viral dalam video dua budak bercumbu.
Realitinya, hari ini, sebaik mana pun ibu bapa mendidik anak, akhirnya anak itu akan tetap berhadapan dengan dunia.
Ketika itu, anak itu akan sangat bergantung kepada persekitaran.
Realitinya, hari ini, sebaik mana pun ibu bapa mendidik anak, akhirnya anak itu akan tetap berhadapan dengan dunia.
Ketika itu, anak itu akan sangat bergantung kepada persekitaran.
Saya pernah beberapa kali melihat, anak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang soleh & solehah, yang bukan agama hanya di mulut, diberikan pula pendidikan agama dari tadika sampai menengah, bahkan ada sampai universiti, hanya untuk anak itu kemudian tidak mempraktikkan ajaran Islam.
Salah ibu bapa itu kah? Saya yakin jawapannya tidak. Kadang kita rasa ralat bila mereka memandang kita dan rasa anak mereka 'tak jadi'. Kepedihan rasa 'kegagalan' sebagai ibu bapa terpamer di wajah mereka.
Tapi kita tahu, mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh!
Tapi kita tahu, mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh!
Ibu Bapa bukan satu-satunya pihak yang bertanggungjawab pada hari ini. Anak tidak lagi hanya dibesarkan oleh Ibu Bapa.
Zaman sekarang, anak dibesarkan juga oleh masyarakat. Melalui kandungan internet, drama dan filem, selebriti, pempengaruh, YouTube, Netflix, Game, Muzik.
Zaman sekarang, anak dibesarkan juga oleh masyarakat. Melalui kandungan internet, drama dan filem, selebriti, pempengaruh, YouTube, Netflix, Game, Muzik.
Belum kita cerita pula kewujudan pihak-pihak, organisasi-organisasi yang menentang 'kongkongan' hidup beragama, dan mempromosikan normalisasi dosa.
Semua ini jarum-jarum yg akan mencucuk anak kita.
Apalah sangat Ibu Bapa mampu usahakan? Akhirnya anak akan berhadapan semua itu.
Semua ini jarum-jarum yg akan mencucuk anak kita.
Apalah sangat Ibu Bapa mampu usahakan? Akhirnya anak akan berhadapan semua itu.
Maka sebenarnya menjadi peranan kita, masyarakat untuk benar2 serius bergerak memenangkan anasir kebaikan, kesopanan, tatasusila, penjagaan syariat, gaya hidup Islam.
Kitalah yang bertanggungjawab, berusaha menyaingi anasir2 buruk dan kotor.
Bermula dengan diri sendiri.
Kitalah yang bertanggungjawab, berusaha menyaingi anasir2 buruk dan kotor.
Bermula dengan diri sendiri.
Hendaklah kita rasai bahawa kita ini satu jaringan. Tidak semua orang sempurna, tidak semua keluarga sempurna, maka kita perlu saling lengkap melengkapi.
Ya ada keluarga tak dapat didik anaknya dengan baik. Maka dinding seterusnya ialah sekolah & guru. Ya, ada pelajar tercicir..
Ya ada keluarga tak dapat didik anaknya dengan baik. Maka dinding seterusnya ialah sekolah & guru. Ya, ada pelajar tercicir..
...maka dinding seterusnya ialah kita dan masyarakat.
Masing-masing perlu ada visi dan misi, serta usaha yang gigih untuk:
- membina keluarga yang baik
- mendidik anak jadi baik
dan jika ada kemampuan lebih,
- bina wasilah-wasilah kebaikan, di internet atau realiti.

Jika kita bergerak secara kolektif, insyaAllah, lambat laun ada kesan.
Hal ini takkan dapat disembuhkan dengan mengecam si ibu, si bapa. Kita tak tahu cabaran mereka.
Tapi kita boleh bantu dengan berperanan membina masyarakat yang lebih baik. Membina suasana solehah.
Sebab..

...saya juga ada pengalaman melihat anak yang datang daripada keluarga rosak, tak amal Islam, tak ada adab & tatasusila.
Tapi anak itu berkawan dengan kumpulan yang baik, hidup dalam bi'ah solehah yang dibina oleh kawan-kawannya, dia akhirnya berubah.
Suasana ada kesan.
Tapi anak itu berkawan dengan kumpulan yang baik, hidup dalam bi'ah solehah yang dibina oleh kawan-kawannya, dia akhirnya berubah.
Suasana ada kesan.
Kitalah yang kena usahakan suasana itu. Di internet, di alam realiti. Usahakan berkadar kapasiti masing-masing.
Macam saya, selain fokus kepada pembinaan keluarga sendiri, saya tulis novel yang jauh dari tahyul, carut & lucah. Dalam novel saya, Islam & nilai murni diangkat.
Macam saya, selain fokus kepada pembinaan keluarga sendiri, saya tulis novel yang jauh dari tahyul, carut & lucah. Dalam novel saya, Islam & nilai murni diangkat.
Sekurang-kurangnya itulah usaha saya mampu, bagi menyaingi anasir-anasir keburukan dan kerosakan di luar sana.
Jika kita semua berperanan, semua mengusahakan sesuatu, paling kurang dengan membina peribadi sendiri dengan baik, insyaAllah, ada kesan positif.
Muhasabah.
Jika kita semua berperanan, semua mengusahakan sesuatu, paling kurang dengan membina peribadi sendiri dengan baik, insyaAllah, ada kesan positif.
Muhasabah.