Infrared thermometer boleh menyebabkan kanser? Betul ke tidak?

Bebenang la jawabnya. https://twitter.com/perezkovj/status/1301034865568043008
Sebelum tu kena tahu konsep thermal radiation. Apa sahaja benda yang mempunyai suhu atas dari ‘Absolute Zero’ akan mengeluarkan haba/ thermal radiation
Thermal radiation ini boleh dikeluarkan oleh sesuatu benda dalam bentuk infrared (tidak nampak pada mata kasar) dan visible light (nampak pada mata kasar)
Apa benda biasa di rumah yang mengeluarkan thermal radiation ni? Toaster dan oven. Perasan tak bila dia panas dia akan bercahaya? Sebenarnya 90% daripada haba tersebut dikeluarkan dalam bentuk infrared dan 10% dalam bentuk cahaya (visible light)
Apa lagi yg mengeluarkan infrared radiation? Benda- benda hidup pun boleh. Spt contoh manusia
Night vision goggle atau kamera sebahagiannya menggunakan mekanisma menukarkan infrared kepada visible light untuk memberikan penglihatan yang lebih jelas
Thermal imaging yg digunakan oleh camera di airport especially time skrg tgh pandemik, mengukur infra red radiation yg dikeluarkan oleh badan
Jadi infrared thermometer? Macam mana pula. Infrared thermometer tidak mengeluarkan infrared pun tetapi hanya mengukur infrared dari badan manusia
Bolehkah infrared ni menyebabkan kanser? Tak boleh. Kerana radiasi ini adalah sejenis ‘non ionizing’, bukan ‘ionizing’
Ionizing ni apa? Radiasi jenis ionizing adalah radiasi dengan tenaga yang cukup tinggi apabila kena pada atom sesuatu benda, ia akan menyebabkan electron (stabil) terlepas (jadi tidak stabil). Jika kena pada manusia, ia akan menyebabkan burn, kerosakan DNA, cancer
Kesimpulannya adakah infrared thermometer menyebabkan kanser, jwpnnya tidak.
1. Infrared thermometer mengukur infrared dari manusia
2. Infrared bukan jenis radiasi ‘ionizing’ dan tidak menyebabkan kanser
3. Semua benda mengeluarkan infrared, lebih panas, lebih tinggi.
Adakah boleh measure temperature di tangan? Infrared thermometer atau nama sebenar forehead thermometer dicipta untuk mengukur suhu di dahi. Dahi lebih accurate kerana tak kira suasana sejuk atau panas, ia lebih menggambarkan body temperature berbanding tangan
Jika guna di tangan, kemungkinan tidak accurate jd orang yang kemungkinan demam, tetapi diukur sebagai tidak demam. Ini memudaratkan orang ramai terutama pada waktu pandemik kerana akan menyebabkan org yg demam bercampur dgn org lain
You can follow @imranfaisal_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: