Dekat Kuala Lumpur, mesti korang perasan ada satu bangunan baru dalam pembinaan yang tinggi menjulang! Lagi tinggi dari KLCC, TRX & Menara KL.

Tahukah korang, bangunan tu kalau dah siap, ia akan jadi bangunan KEDUA TERTINGGI DI DUNIA selepas Burj Khalifa!

Ini adalah bebenang:
Bangunan ni nama rasminya ialah, Merdeka 118. Juga dikenali sebagai PNB 118. Ia dimiliki dan dibangunkan oleh syarikat pengurusan aset terbesar negara kita, PNB (Permodalan Nasional Berhad).
Sebelum tu, walaupun bangunan ni sama warna biru dengan Menara Tun Razak Exchange (TRX), bangunan ni takde kaitan langsung dengan TRX. Korang jangan keliru pulak...

Menara TRX (kiri) dah siap dibina tahun 2019. Sedangkan Merdeka 118 (kanan) baru nak siap tahun depan, 2021.
Nama bangunan ni, Merdeka 118 adalah sempena lokasinya yang terletak di antara Stadium Merdeka & Stadium Negara. 118 tu pula merujuk kepada bilangan tingkat bangunan ni, 118 tingkat.
Rekaannya pula bukan biasa2 nyah... Ia adalah berdasarkan "silhouette" imej Tunku Abdul Rahman (TAR) sewaktu beliau mengangkat tangan melaungkan "Merdeka!" pada 31 Ogos 1957.

Jadi, spire (tiang) dekat puncak menara ni bukan saja2 pacak tau, tapi sebab ia melambangkan tangan TAR.
Bangunan ni dari bawah, sampai ke tiang puncaknya, dilitupi dengan kaca yg membentuk seperti kristal. Tapak asas menara ni yg berbentuk diamond adalah dari motif Songket Melayu.

Bentuk2 segi tiga pelbagai saiz pada permukaannya pula melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia.
Keseluruhan kompleks Merdeka 118 ni dibangunkan dalam 3 fasa.

Fasa 1, menara 118 tingkat tu sendiri. Fasa 2, mall & taman rekreasi. Fasa 3, tiga buah menara kediaman kat sekeliling menara utama.

Fasa 1 & 2 akan siap pada 2021, manakala fasa 3 siap pada 2024.
Menara Merdeka 118 tu sendiri terdiri dari 3 bahagian; pejabat gred-A, hotel Park Hyatt & anjung tinjau.

Pejabat terdiri dari 83 tingkat, hotel 17 tingkat, manakala 18 selebihnya untuk ameniti seperti anjung tinjau, sky lobby, restoran, ruang VIP, dll.
Empat tingkat teratas menara ni menempatkan anjung tinjau & restoran. Anjung tinjau tu ada teropong macam kat Menara KL tu. Jadi, kita boleh tgk pemandangan bandaraya KL daripada paras ketinggian 500m.

Anjung tinjau Merdeka 118 ni juga adalah yang TERTINGGI DI ASIA TENGGARA!
Untuk naik ke anjung tinjau tu, kita kena naik lif panel kaca yg boleh nampak pemandangan kat luar.

Siapa yg gayat tu, mmg kena pejam mata je lah.. Sebab dlm lif ni, dia ada letak sekali cermin kat belakang 😂
Kalau korang nak tau, lif tu juga adalah lif panel kaca yang TERTINGGI DI DUNIA!

Nak naik dari tingkat 1 ke tingkat 118 ambil masa hanya 65 saat.
Selain tu, kat bawah menara ni pula ada shopping mall 7 tingkat.
Kat luar, ada taman air pancut yang mengalir dari menara sampai ke hujung sepanjang Stadium Merdeka
Nun jauh ke hujung taman tu pulak, disediakan platform untuk orang ramai ambil gambar. Platform ni berdekatan dengan stesen monorel Maharajalela. Kalau turun monorel tu, boleh terus jalan kaki ke sini
Pada waktu malam, menara Merdeka 118 akan dinyalakan dengan light strip yang bercahaya & bergerak dari bucu ke bucu.

Ia akan memberi pencahayaan yang berbeza dan futuristik jika dibandingkan dengan bangunan2 lain di Kuala Lumpur.
Arkitek kepada Merdeka 118 ini adalah Fender Katsalidis yang berasal dari Australia. Diorang ni terkenal dengan Eureka Tower yg pernah menjadi bangunan tertinggi di Australia.
Setakat Ogos 2020, teras menara Merdeka 118 dah pun berjaya cecah tingkat tertingginya iaitu pada tingkat 118.

Bangunan ni dirancang seawal tahun 2009, kemudian mula dibina pada 2014. Start dari 2018, menara ni slow2 naik sampailah sekarang dah ke paras terakhir.
Tahun 2019, apabila bangunan ni semakin meninggi, ia mula jadi perhatian. Kebetulan pula tahun lepas, dividen ASB adalah yg paling rendah dalam sejarah. Maka, mulut2 puaka pun menuduh pembinaan menara mega ni sebagai puncanya..
Padahal, Merdeka 118 ni adalah pelaburan hartanah untuk PNB yg memakan masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk break-even.

Punca dividen ASB rendah adalah disebabkan pasaran saham Bursa Malaysia yg menjunam teruk pada 2019. Tiada kaitan dengan menara ni..
Merdeka 118 bakal siap dan dibuka kepada umum pada tahun 2021. Ketinggiannya yang mencapai 635 meter menjadikannya sebagai bangunan tertinggi di Malaysia, tertinggi di Asia Tenggara & KEDUA TERTINGGI DI DUNIA.
Namun, ada ura-ura yg mengatakan ketinggiannya akan ditingkatkan sehingga mencapai 678.9 meter. Yg itu, sama-sama kita nantikan...

Ilustrasi berikut adalah perbandingan Merdeka 118 dgn Burj Khalifa serta beberapa pencakar langit yg lain di dunia.
Kalau korang nak tengok macam mana menara ni dibina, korang boleh usha dokumentari ni. Ada diterangkan secara terperinci bagaimana diorang bawak kren naik dari bawah ke atas
https://twitter.com/SkyscrapersMY/status/1300781516515995649?s=19
Semoga semua yang membaca thread ni dipanjangkan umur untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri menara gergasi ini pada tahun 2021. Aminn đŸ€Č
Jap2.. Last.. 😂 https://twitter.com/SkyscrapersMY/status/1300841205962473472?s=19
You can follow @SkyscrapersMY.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: