"Plotter Atau Pantser: Anda Penulis Yang Mana?"

Korang jenis penulis yang macam mana? Aku sebagai seorang penulis, aku anggap diri aku sebagai seorang Pantser. Tapi ada kategori penulis yang lain dikenali sebagai Plotter.

Oleh: Helmi Effendy
Plotter ialah seorang penulis yang akan merancang bagaimana jalan ceritanya bermula dan berakhir. Dia akan menyediakan draf2 watak novelnya. Dia akan sediakan info2 berkaitan dengan latar tempat, masyarakat etc enting yang akan menjadi butir2 menyiapkan sebuah novel.
Ada dua orang penulis dalam dunia. Penulis pertama, dia kena duduk buat draf setiap bab. Penulis ni dah merancang dulu dari mula dan akhir ceritanya. Dunia penulisan mengenali penulis pertama sebagai plotter. Plotters yang terkenal ialah JK Rowling.
Gambar plot yang disediakan awal oleh Rowling sebelum menulis boleh dirujuk pada gambar di bawah. Untuk seorang Pantser macam aku, aku akan pening kepala tengok macam mana dia draf semua plot novel dia. Bagi aku, benda macam ni menyakitkan kepala dan membazir masa
Menjadi plotter sangat kurang risiko sebab anda dah rancang segala-galanya. Jadi, risiko writer block, plot hole hampir tidak wujud. Malah, hasil kerja akan lebih cepat sebab segalanya dah dirancang.
Tetapi menjadi seorang Plotter adalah kurang thrill bagi seorang penulis. Kerjaya penulisan akan jadi lebih bosan. Yelah, anda dah tahu apa yang jadi, tak dapatlah perasaan ingin tahu apa yang terjadi pada cerita anda.
Kata seorang penulis novel terkenal iaitu RL Stine yang merupakan pencipta mahakarya Goosebumps, yang juga merupakan seorang plotter:
 
"If you do enough planning before you start to write, there's no way you can have writer's block. I do a complete chapter by chapter outline."
Penulis kedua, dia cuma ada basic cerita dalam kepala dia. Dia menulis tanpa mengetahui ending cerita dia. Dia cuma tahu permulannya sahaja. Perjalanan ceritanya bergerak sendiri sebaik sahaja jari-jemarinya menyentuh papan kekunci. Dunia mengenali penulis ini sebagai Pantsers.
Twist, plot-wtist, perkembangan watak, apa yang bakal terjadi dalam novelnya, dia membiarkan tangan-tangannya sahaja membawa dia. Dia sendiri akan terkejut dengan pengakhiran novelnya sewaktu dia menulis.
Pantser akan membiarkan watak-watak dalamnya sendiri membuka jalan ceritanya. Dan seorang Pantser akan menunggu penuh tabah apa yang watak-watak dalam cerita dia akan berikan kepada dia.
Contohnya masa aku cipta watak Shiela dalam Dirgahayu, aku tidak pernah ada dalam kepala otak aku untuk mencipta watak Shiela sebagai seorang remaja yang membesar dengan penderaan ibunya, ditinggalkan ayah, dan membesar sebagai seorang yang kurang kasih sayang.
Tapi watak Shiela dalam novel aku sendiri yang membuka jalannya untuk aku. Kau bayangkan ketika menulis watak Shiela ni, segala kisah hidup dia yang terluah dek jari-jemari dan otak aku, aku hanya tahu ketika aku menuliskannya.
Dan selepas tu, aku sendiri excited mengetahui latar belakang watak Shiela sedemikian rupa. Apa yang korang baca dan dapat tahu apa yang terjadi pada jalan cerita novel tu, kami seorang Pantser merasakan dulu dengan penuh teruja.
Menjadi seorang Pantser yang kita namakan ilham dan kreativiti. Ianya adalah bakat. Sebab tu kita boleh belajar 1000 kelas penulisan, tetapi kalau tak mampu melakukan seperti kategori kedua dalam penulisan fiksyen, aku ada berita buruk untuk korang. Mungkin tak ada bakat?
Bakat untuk tenggelam dalam dunia imaginasi anda, meneroka khazanah-khazanah yang tersimpan dalamnya tanpa anda sendiri mengetahui apa yang minda anda simpan untuk anda.
Tapi masalahnya menjadi seorang Pantser dalam dunia penulisan, kadang-kadang bila tanpa perancangan, dan akan membiarkan jari-jemari anda bermain sendiri dengan imaginasinya, maka anda barangkali akan menemui banyak kesilapan dan plothole yang jarang seorang Plotter lakukan.
Ini tak hairan sebab anda menulis tanpa sebarang rancangan, seolah-olah anda menjadi orang lain ketika menulis. Anda hanya memerhati sahaja "orang lain" tersebut mengambil alih tubuh anda, dalam keadaan anda sedar dan menulis kisah untuk anda.
Dan sebab itu proses pasca-penulisan seorang Pantser sangat melecehkan sebab dia kena perbaiki segala kesilapan "orang lain" tersebut lakukan untuk pastikan karya-karyanya sempurna. Salah seorang penulis Pantser ialah Stephen King.
Stephen King, bapa genre seram dunia ada mengatakan:

"Outlines are the last resource of bad fiction writers who wish to God they were writing masters' theses."
Cukup benci Stephen King dengan penulis yang rancang plot dia sebelum menulis. Bad fiction writers SK cakap. Tapi masalahnya Stephen King puji tulisan Rowling seorang Plotter. Itulah ironinya.
Oh ya nak bagitahu yang kami di The Patriots baru jer terbit karya bergenre fiksyen untuk tatapan anda. Dijual di Shopee dengan diskaun. Harga asal RM 28.00. Beli dapat RM 20.00

PBB http://t.ly/zTdv 
DIRGAHAYU: http://t.ly/yMjs 
Aliff Mustafa merupakan seorang Plotter manakala Helmi Effendy merupakan seorang Pantser. Klik untuk ke Shopee. Jom beli dekat Shopee. Ada diskaun ni. Harga asal kedua-dua buku ialah RM 28.00. Tapi pra-tempah kami bagi RM 22.00. 100 pembeli terawal DIRGAHAYU dapat sign penulis!
You can follow @thepatriotsasia.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: