Mana privilege orang Melayu?

Aku tak faham,kenapa kau boleh samakan orang Melayu ni dengan orang putih

Kononnya orang Melayu ada privilege yang sama seperti white privilege

Tapi mana privilege tu?

Yang kau ni,golongan woke ni,kau faham tak sebenarnya white privilege ni apa?
White privilege ni bukannya bantuan yang diterima oleh orang putih dari kerajaan...tak,kat US orang putih tak terima bantuan affirmative action cam UiTM MRSM semua tu,yang terima orang kulit hitam...

Tapi kenapa orang putih yang dapat konotasi white privilege?
Sebab white privilege ni maksudnya adalah layanan istimewa yang diterima orang putih hanya kerana kulit mereka putih

Contohnya kalau dengan polis mereka sering dapat layanan baik,tak sama dengan layanan bangsa lain

Media pun akan memaparkan mereka dalam bentuk positif
Jarang sangatlah ada konotasi negatif pasal orang putih ni dalam media...

Contoh,kalau orang Islam tembak dipanggil terroris,tapi kalau orang putih buat,dia dipanggil gunman..

nak buat bisnes senang,nak minta kerja pun orang lagi prefer hire orang putih...
Jadi kau bagi tahu aku,mana Malay privilegenya?

Bila lahir2 je orang Melayu dah dicop malas,bodoh,tak tepati masa,bangsa mengharap tongkat...

Konotasi negatif ini dah melekat kat orang Melayu,dan bukan setakat dibawak media,tapi diulang banyak kali oleh pemimpin negara!
Orang Melayu juga yang paling ramai ditangkap polis,yang paling ramai masuk penjara,yang paling ramai ditangkap sebab dadah,yang paling ramai mati dalam penjara...
Orang Melayu pun nak minta kerja susah. Kena mengharapkan kerja kerajaan. Itupun kadang2 kena mengharap surat sokongan.

Kalau swasta pulak kena menghadap tembok bahasa,syarikat swasta asyik nak yang pandai berbahasa mandarin,yelah,syarikat antarabangsa kan..
Kalau nak meniaga orang Melayu kena mintak lesen itu ini...kalau meniaga tak ada lesen tapak kena sita...kena rampas pihak berkuasa...

Tapi pada masa sama,pendatang asing boleh berniaga atas tapak haram tanpa sebarang gangguan pun...
Budaya orang Melayu pun dirobek,dikorbankan demi perpaduan,bila kita minta bangsa lain untuk belajar,kita dicop sebagai memaksa dan rasis

Tapi pada masa yang sama budaya kita itu ditepek pada produk2 yang dijual balik pada kita. Budaya kita hanya untuk kaut untung sahaja
Jadi golongan woke,golongan libtard,libhanat semua ni,tolonglah beritahu aku,kat mana Malay privilegenya?
You can follow @maercaestro.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: