Ini adalah bebenang jawapan pada soalan tempoh hari.

Penjelasan yang saya berikan tidaklah terlalu terperinci kerana keterbatasan pengetahuan saya. Untuk memahami lebih lanjut, sila bertanya pada mereka yang lebih berilmu.
1. Kalau qada dan qadar ditentukan, apa guna syurga neraka.

Nak faham pengertian qada dan qadar, boleh rujuk penerangan mufti. Saya hanya akan jelaskan bagaimana ia berfungsi.

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2011-2
Allah Maha Mengetahui. Namun, pengetahuan Allah tidak bermakna Allah memaksa kerana manusia diberikan akal dan nafsu untuk membuat pilihan.

Contoh lapar. Allah tahu kita lapar kerana Dia Maha Mengetahui. Takdir lapar boleh dihilangkan dengan makan.
Nak dapat makan kena usaha, itu adalah pilihan kita. Kalau tak usaha, kita akan kelaparan.

Kalau hidup kita tak diberi pilihan, maka setiap kali lapar, cukup waktu tiba-tiba makanan masuk mulut tanpa sebarang usaha.
Jika itu berlaku, baru logik nak kata kita ni hanya boneka yang mengikut semua ketetapan Allah, tiada pilihan.

Ada dua golongan yang selalu salah faham tentang qada dan qadar Allah iaitu Jabariyyah dan qadariyyah.
Jabariyyah: Mereka percaya perbuatan manusia dah ditetapkan oleh Allah. Manusia tak ada kuasa untuk memilih sama sekali. Mereka menyalahkan Allah untuk semua perkara.

Contoh: Buat apa kerja kalau Allah dah ditakdirkan miskin?
Qadariyyah: Mereka percaya manusia bebas menentukan nasib sendiri. Semua benda berlaku 100% atas kehendak manusia tanpa campur tangan Allah. Takdir dianggap merepek. Macam free will/free act la.

Ada yang fikir, buat apa nak solat etc kalau aku dah ditakdirkan masuk neraka?
Macam mana kita tahu kita akan masuk neraka? Kita sendiri tak tahu apa takdir yang dah ditetapkan untuk kita.

Sedangkan para sahabat yang dijanjikan syurga pun tak terus rasa selesa, malah bermatian mempertahan dan menyebarkan islam.
Kita pula yang tak tahu pengakhiran kita ke mana, terus putus asa dan fikir kita ni ditakdirkan ke neraka.

Ingatlah bahawa Allah tak zalim.
2. Kalau islam agama yang benar, kenapa wujud agama lain?

Fitrah manusia untuk mempercayai/bergantung pada sesuatu. Dalam diri kita memang ada satu perasaan untuk mencari kebenaran Tuhan. Kita akan selalu fikir macam mana sesuatu tu boleh wujud? Siapa yang wujudkannya?
Kalau ikut logik, setelah banjir besar zaman Nabi Nuh, yang terselamat semuanya mereka yang beriman. Tapi macam mana selepas tu, ada orang yang menyembah berhala?
Inilah fungsi syaitan, untuk menyesatkan manusia. Talbis iblis sangat halus. Kalau kita faham bagaimana tipudaya syaitan, kita akan tahu macam mana manusia boleh sesat.

Yang ini saya cadangkan untuk baca buku Talbis iblis karangan Ibnu Al-Jauzi.
Daripada pelbagai fahaman, wujud pelbagai agama.

Kenapa Allah izinkan? Sebab Allah Maha Berkehendak. Berbalik pada qada & qadar.

Kena ingat, dunia ini tempat ujian. Jika kita nak hanya kebaikan dan kebenaran saja di dunia, buat apa Allah wujudkan alam akhirat, syurga neraka?
3. Apa jadi kat orang yang lahir bukan dalam keluarga islam, mati dalam keadaan kafir. Dia masuk neraka? Adil ke macam tu?

Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” (al-Israk: 15).
Ini yang menyelamatkan non-Muslim yang tak sampai hujah hidayah kepadanya. Ini juga yang menyelamatkan muslim yang jahil yang tak disampaikan hujah dalam amalan atau kepercayaan tentang Islam mengenai sesuatu perkara.
Ada 3 golongan.

i) Tak sampai kepada mereka nama Muhammad sama sekali. Mereka itu dimaafkan.

ii) Sampai kepada mereka nama Muhammad, sifat-sifatnya dan bukti yang nyata. Mereka ni bergaul dengan orang islam, tapi tak nak terima kebenaran. Jadi mereka adalah kuffar yang nyata.
iii) Mereka ini antara 2 keadaan. Sampai kepada mereka nama Muhammad tapi tak sampai ciri dan sifatnya. Mereka tahu Muhammad, tapi mereka kenal Muhammad ni seorang penipu atau apa-apa yang mengelirukan mereka. Mereka ni sama seperti golongan pertama.
4. Kalau kita dah berjanji di luh mahfuz untuk sembah Allah, kemudian kita lahir ke dunia tak sembah Dia, salah kita ke sebab tak ingat pun janji tu? Kenapa Dia ambil memori tu dari kita lepastu nak hukum pula?

Manusia adalah insan. Insan bermakna pelupa. Manusia ni pelupa.
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh." (QS. Thaha: 115)

Rujuk kisah Nabi Adam yang memberikan umurnya pada Nabi Daud.
Adam itu manusia, dia juga tak terlepas daripada sifat lupa. Kalau dia seorang nabi pun boleh lupa, inikan kita?

Berkenaan perjanjian manusia dengan Allah di luh mahfuz, Allah sudah ingatkan dalam surah Al-A'raf ayat 172.

Tapi tak ingat pun?
Pada 18 Januari 2005, jam 3 petang, apa yang kita tengah buat?

Entah. Mana nak ingat.

Kalau dalam keadaan kita sedar dan ada di dunia pun kita tak ingat apa yang berlaku beberapa tahun lepas, macam mana kita nak ingat benda yang berlaku di luh mahfuz?
Jangan kata tahun, mungkin apa yang kita buat semalam pun ada yang kita lupa.

Sebabkan sifat manusia ni pelupa, maka Allah ingatkan kita melalui ayat al-Qur’an.
5. Allah suka hamba Dia doa, tapi bila minta, Dia tak kabulkan.

Bukan semua benda yang kita minta, baik untuk kita. Sebab kita tak tahu akan masa depan. Hari ni kita rasa benda tu baik untuk kita, tapi hakikatnya tidak. Allah gantikan doa itu dengan hal yang lebih baik.
Kalau setiap doa manusia Allah kabulkan, maka seorang pembunuh yang doa untuk membunuh atas sebab dendam, akan Allah kabulkan. Jika begitu, nanti muncul pula yang lain. "Allah ni kejam sebab dia kabulkan doa untuk membunuh."

Hakikatnya adalah pengetahuan manusia terbatas.
"Tapi sebab Allah tak kabulkan doa la aku hilang keyakinan pada Allah."

Apa yang kita doa? Kita doa esok pagi kita bangun terus kaya? Kita doa dapat keputusan cemerlang walaupun tak usaha?
Ini juga sifat manusia. Kita sering doa benda yang besar yang kita nak terus nampak hasilnya. Bila tak dapat, kita rasa Allah tak sayang walhal terlalu banyak nikmat yang Allah bagi tanpa kita sedar.
Nak tambah keyakinan, mulakan doa dengan benda yang kecil. Biasakan diri untuk berdoa pada setiap perkara. Seperti tak jumpa parking. Tu benda kecil je. Tapi bila tak dapat, ia bagi kesusahan pada kita.

Doa. Bila jumpa parking, kita akan rasa Allah mendengar doa kita.
Dari doa yang kecil itulah, akan wujud keyakinan sedikit demi sedikit.

Dalam memahami tauhid, kita kena faham tak semua benda boleh difahami oleh logik akal. Jika semua benda nak dibuktikan dengan akal, macam mana hal ghaib seperti jin dan malaikat nak dibuktikan?
Ada hal yang memerlukan logik iman. Seperti peristiwa israk mikraj. Mungkin akal kita menafikan, tapi kerana keimanan kita pada tuhan, maka iman itu membenarkan. Jadi tak perlu fikir lebih terlalu dalam. Risau akidah kita terpesong.
Dahulu saya fikir, menjadi seorang Muslim cukup dengan buat dan percaya pada rukun Iman dan islam.

Tidak semudah itu. Kewajipan sebagai seorang Muslim adalah untuk belajar Al-Quran. Dengan belajar, kita mengenal apa itu tauhid dan syirik.
Jika kita tak faham tauhid, macam mana kita nak faham syirik? Kerana tak fahamlah, maka wujud amalan-amalan yang kita rasa betul dan baik, walhal ia adalah syirik.

Dosa syirik ini jika kita tak minta ampun, neraka la tempatnya.
Dikesempatan ini, saya nak mengajak untuk semua orang kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Tadabbur Al-Quran.

Nak belajar Qur'an sekarang dah tak susah. TV Al Hijrah ada buat #QuranTime.

Setiap hari jam 12 tengah hari. Di situ penerangan yang cukup bagus tentang Al-Quran.
Sekian bebenang.

Jika terdapat keraguan atau tak jelas, Insha'Allah selagi ia dalam ruang lingkup pengetahuan saya, saya jelaskan. Jika tak, rujuk pada yang lebih berilmu.

Semoga dapat manfaatnya. Terima kasih.
You can follow @anina_faris.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: