Sape yang dok Mesir kalau dengar lagu arab baru, tapi tak kenal penyanyi lejen Mesir ni memang tak umphh lagi.😆

Btw perasan tak kenapa beliau pakai cermin mata hitam dan biasanya akan bawa sapu tangan kalau buat show?

-Thread-
Beliau terkenal di serata negara arab. Dulu dan kini. Kalau pergi ke kedai2 shisha arab, tempat lepak di kawasan Cairo biasanya akan dengarlah suara beliau.
Masa aku awal tahun 1 dulu, Prof aku yang tua tua asyik tanya: " Kau kenal Ummu Kulthum tak?"

Bila aku jawab "tak", Prof pun mula cerita macam macam.
Eish mana boleh dok Mesir tak kenal bla3😂

Tapi tu la sebab aku masih baru so tak amek kesah dan taknak tahu pun lagu klassik
Nama beliau adalah Fatimah Ibrahim Sayyed alBaltagi. Beliau ni anak kepada tok imam masjid di kampung beliau. Ibu beliau pulak suri rumah. Tarikh lahir beliau banyak khilaf, tahun 1904 mengikut pandangan ramai.

Masa kecil, 5 tahun beliau dihantar belajar mengaji dekat Kuttab.
Kuttab ni kira tempat belajar agama dan kena hafal al Quran di bawah pengawasan Syeikh. Dulu famous jugak la kuttab ni. Sekarang jarang dengar dekat Mesir ni. Ramai dah sekolah formal dekat sekolah kerajaan.
Umm Kulthum start belajar menyanyi ni masa kecik. Ayah dia masa tu ajar abang dia belajar menyanyi biasanya untuk majlis majlis dekat kampung. Then Umm Kulthum ni mengikut nyanyian yang ayah dia ajar kat abang dia.
Dari situ, ayah dia tuan Imam ni tengok Umm Kulthum ada potensi dan berbakat menyanyi. So dia bawak sekali Umm Kulthum ni belajar menyanyi dan berlatih menyanyi dekat majlis majlis di kampung.
Sehingga tahun 1920, Umm Kalthum dibawa oleh keluarga beliau dengan berjalan kaki untuk memenuhi jemputan yang mereka terima. Untuk menampung perbelanjaan keluarga dan perjalanan, mereka mampu kenakan caj sehingga 10£E ($50).
Kemudiannya, family Umm Kulthum ni fikir untuk kembangkan bakat beliau sehingga ke Kaherah. Dekat sana ramai yang boleh ajar beliau menyanyi dan menjadi penyanyi.

Pada 1923, mereka sekeluarga berpindah ke Kaherah.
Di sana, beliau dilatih dan diletak di bawah pengawasan Syeikh Abu Ila Muhammad, seorang komposer dan juga penyanyi. Beliau juga banyak kenalan dengan ejen yang menguruskan pementasan dan menganjurkan majlis nyanyian.
So dari sini ramai warga Kaherah kenal Umm Kulthum dengan suara beliau yang lunak dan lantang. Tapi masih belum cukup umph. Lepas tu ayah beliau upah lagi seorang penyajak terkenal, Ahmad Rami. Dari sini beliau mampu develop rentak rentak dan irama.
1930 an Umm Kulthum mula membuat rakaman secara komersial, mula masuk ke corong radio untuk mencapai audiens yang lebih ramai. Dengan ini, beliau berjaya mengumpul ribuan peminat setia dari Kaherah dan serata tanah arab. Radio di kedai, rumah rumah akan kedengaran suara beliau.
Dengan kemampuan dan populariti yang ada, beliau cuba mengehadkan jurnalis yang ingin mewawancara beliau. Juga penasihat dan pengurusan pun beliau pilih dengan berhati hati dan hanya dalam kalangan circle beliau sahaja.

Ini untuk menjaga private life beliau.
tahun 40 dan 50 an adalah zaman 'Golden Age' beliau. Pementasan dan nyanyian sebuah lagu boleh mengambil masa 15 minit hingga satu jam.

Untuk mnjadikan lagu beliau sesuai dengan trend romantika ketika itu, beliau telah melantik beberapa orang terkenal untuk menggubah lagu.
Antaranya adalah Ahmad Zakariya, komposer lagu
Bayram al Tunisi, penyair
Riyad al Sunbati antara komposer muda yang terlibat dalam menggubah bait bait Ahmad Syawqi untuk dimasuk ke dalam lagu.
Hasilnya sangat style, agak berbeza dari lagu biasa yang dibuat oleh komposer lain. Agak neo klasikal tetapi ada elemen asli arab dengan musik latar menjadikan lagu beliau diterima dan dikagumi di serata tanah arab.
Kemudian Umm Kulthum maju lagi dengan mengukuhkan populariti beliau dengan mendaftar masuk ke Listening Comittee yang mana bertanggungjawab memilih lagu yang popular untuk disiar di laman radio. Beliau juga kemudiannya menajdi presiden Musician's Union.
Dari sini pun kita boleh lihat bagaimana Umm Kulthum cuba mengukuhkan kedudukan beliau hingga populariti beliau tidak tercabar oleh penyanyi lain. Karisma dan kepimpinan serta sikap berani beliau ini menyebabkan beliau dihormati segenap masyarakat.
Satu cerita nak cakap pengaruh beliau ni kuat... kisahnya selepas kejatuhan King Farouk, hampir semua perkara yang berkait dengan kerabat diraja King Farouk seolah olah disekat.

Termasuklah Ummu Kalthum.
Dulu Ummu Kulthum pernah nak dikenankan dengan bapa saudara King Farouk, tapi ditentang kerabat yang lain.

Jadi sebab Ummu Kulthum pernah ada jalinan dengan kerabat diraja, lagu beliau telah dilarang untuk dimainkan setelah kejatuhan King Farouk.
Lepas dilarang disiarkan di corong radio, Presiden ketika itu, Jamal Abdul Naser pelik. 'Mana perginya suara Ummu Kulthum dalam radio?'

'Harini tiba tiba senyap?'

Kemudian pegawai dia bagitahu yang lagu Ummu Kulthum diharamkan sebab ada puji King Farouk
Apa lagi, mengamuk laa Presiden Jamal Abdul Nasser:

" Kau gile ke? Kau nak ke rakyat mengamuk lepas tu gulingkan kita?"
Presiden Nasser, antara yang menggunakan Ummu Kulthum untuk menyebarkan propaganda kerajaan beliau. Biasanya yang akan dengar lagu Umm Kulthum ni ramai. So sejurus lepas siaran lagu Ummu Kulthum, Presiden Nasser akan suruh radio iklankan propaganda beliau.
Juga Ummu Kulthum ada buat lagu memuji Presiden Nasser seperti lagu "Wallāhi Zamān, Yā Silāḥī" sehingga lagu ini dijadikan lagu kebangsaan Mesir dari 1960-1979.

Sebelum kemudiannya diganti oleh Presiden Sadat dengan lagu sekarang "Biladi,Biladi,Biladi".
Pada tahun 1930-1940an beliau mula ditimpa penyakit yang melibatkan hati dan pundi hempedu. Pada 1946, beliau didiagnos mempunyai penyakit thyroid dan masalah pada peparu.

Pada 1947, beliau mempunyai masalah radang pada mata.
Radang mata dipercayai sebab waktu lama beliau berdiri dan menghadap pancaran lampu ketika pementasan.

Jadi pada tahun tahun berikutnya beliau mula pakai spek mata hitam.

Sapu tangan yang beliau bawa pula adalah sebagai 'signature' beliau
Beliau banyak dapatkan rawatan di Mesir dan di luar negara terutama di Amerika. Berulang alik ke sana. Bahkan ada beberapa kali show beliau ditunda sebab masalah kesihatan terutama jangkitan buah pinggang.
Sehingga tahun 70 an kesihatan beliau makin merosot dan pernah sekali beliau pengsan selepas satu persembahan nyanyian. Pada Mac 1973, beliau telah buat satu rakaman lagu ketika duduk. Rakaman tersebut mengambil masa hingga 12 jam lama.
Kemudian pada 21 Januari 1975, beliau sekali lagi diserang dengan jangkitan buah pinggang dengan teruk. Tapi tidak seperti sebelumnya, beliau tidak mahu dirawat di hospital kali ini. Kata beliau: "Kalau aku pergi ke hospital, aku akan mati kat sana"
Jadi doktor dipanggil untuk merawat beliau di rumahnya sendiri. Hingga rakyat Mesir ada yang setia menunggu di sekitar kawasan rumah beliau di Zamalek dikelilingi wartawan. Akibat terlalu teruk beliau dibawa ke hospital.
Sekali lagi di hospital, membuktikan pengaruh beliau sehingga akhbar dari Syria ketika itu memasang line telefon kepada pemberita mereka di hospital untuk terus menyampaikan berita kepada rakyat Syria.
Pada 3 Februari 1975 Akhbar al Ahram Mesir menyiarkan berita kematian beliau akibat kegagalan jantung. Jenazah beliau kemudian dirancang untuk disolatkan di Masjid Umar Makram di Kaherah sebelum diarak menggunakan kereta ke tanah perkuburan.
Mendengarkan ada berita bahawa ramai dari kalangan peminat beliau hendak turun ke Kaherah dari serata negara arab, maka keputusan dibuat untuk menunda pengebumian jenazah beliau 2 hari berikutnya. Yup, of course ni memang tak kena dan berlawanan dengan sunnah.
2 hari kemudiannya, perancangan untuk diarak dan disolatkan di Masjid Omar Makram tak menjadi kerana terlalu ramai yang turun memenuhi jalan di Kaherah hampir jutaan manusia.
Jenazah beliau kemudian diarak oleh mereka yang hadir selama 3 jam dan dengan izin Allah sehingga ke Masjid Sayyidina Hussein untuk disolatkan di sana, memandangkan masjid tersebut merupakan masjid kesukaan Ummu Kulthum.
Kemudian jenazah beliau dikebumikan di lorong menuju ke Maqam Imam Agung as Syafie rahimahullah.

*boleh la cari kalau nak ziarah
Habis pasal penyanyi popular Mesir sepanjang zaman, ikon kebangsaan Mesir yang telah menjual hampir 80 juta rekod. Kalau di Lubnan pun ada jugak yang popular macam Ummu Kalthum iaitu Feyruz.
Antara lagu Umm Kulthum yang aku suka
"Alfu Layla Wa Layla"

Ni orang lain nyanyi, sebagai tribute:
Ni adalah bacaan al Quran oleh Umm Kulthum dalam satu sedutan filem :
With English translation:
You can follow @jembali96.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: