ISTIDRAJ is not something that you boleh banggakan. [ THREAD ]
first of all, kalau ada info yang salah, mohon betulkan.
ISTIDRAJ ni adalah ganjaran yang diberi oleh Allah kepada hamba dia yang tak ikut pun perintah dia. sebab apa? sebab nak uji iman dia.
selalunya kita tengok, ada orang yang tak jaga solat, ramai orang suka dia. tak bersedekah, tapi duit masyukk je. tak baca Al-Quran, tapi result asyik gempak je. kan kan kan? act benda ni bahaya.
why? sebab bila kita dapat ganjaran macamni walaupun kita tak ikut suruhan Allah, kita akan makin makin makin lupa Allah. sebab kita dapat apa yang kita nak, kemewahan, kekayaan, kehormatan dll.
contohnya firaun, Allah kasi dia kekayaan kemewahan yang teramat banyak. tapi dia makin angkuh, dia kufur. dia makin jauh dari Allah. tu yang paling kita takut.
aku paling takut benda ni jadi sebab kita rasa kita sempurna dah, semua yang kita nak, kita dapat. tapi tak sedar, sebab kemewahan dunia ni lah, kat akhirat nanti kita dapat azab yang pedih dan sakit.
pelik tak kenapa kadang kadang orang yang taat perintah Allah kena hadap pelbagai jenis ujian? sebab Allah nak kita sentiasa ingat dia. bila Allah bagi ujian, bukan bermaksud dia tak sayang kita. dia sayang kita sebabtu dia bagi bermacam jenis ujian supaya kita ingat dia.
macam kita lah, kalau kita sayang someone, mesti kita nak dia selalu ingat kita kan? Allah nak kita selalu ingat dia sebab dia sayang kita. kalau Allah bagi ganjaran banyak banyak kat dunia walaupun kau tak ikut suruhan dia, kau akan lupa dia. kau makin jauh dari Allah kan?
so, sama sama lah kita ni ubah diri kita. nak cakap aku ni baik? tak. nak cakap aku ni sempurna bebas tanpa dosa? langsung tak. tapi apa yang aku boleh share, aku share. apa yang aku share, untuk diri aku jugak so kalau ada yang terasa, aku mintak maaf.
tak ada niat nak guriskan hati sesiapa tapi sekadar ingatkan yang harta kemewahan dunia yang kita ada ni, semua sementara je. yang kekal, dekat akhirat nanti. gunakan peluang hidup kat dunia ni untuk bekalan akhirat.
aku tweet ni bukan nak acah alim tapi sekadar perkongsian. so lepasni kalau aku ada tweet yang mengarut, jangan kaitkan dengan ilmu agama yang aku share ni dengan tweet aku yang tah pape nanti okay? lots of love semoga hidup kita dirahmati Allah Aamiin
semoga asy dapat result gegempak trial spm ngan spm nanti wkwk