Mungkin ramai masih ingat kenyataan saya berhubung transgender sebelum ini. Saya menegaskan komuniti transgender terutamanya Muslim tetap perlu mematuhi undang-undang dan menjalani kehidupan sebagai dengan Muslim dengan sebaiknya.
Mana-mana rakyat Malaysia yang berpegang sepenuhnya dengan Rukun Negara, pasti akan memahami maksud sebenar kenyataan saya.⁣
Hari ini saya singgah ke Ancasa Hotel, Kuala Lumpur setelah mendapat makluman ada bengkel melibatkan komuniti transgender anjuran Pertubuhan Kesihatan Dan Kebajikan Umum Malaysia (PKKUM).
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti JAKIM, Dr. Mohd. Izwan Md. Yusof turut hadir sebagai penceramah jemputan khusus berkaitan LGBT dalam Islam. ⁣
Dalam 20 minit masa yang terluang, saya berkongsi dengan semua komuniti transgender yg hadir berkenaan erti sebenar bahagia dan takwa kepada Allah SWT. Sebelum pulang, saya memberi sedikit sumbangan buat semua peserta dan anak angkat yang dipelihara oleh segelintir komuniti.
Tidaklah ada tujuan lain dalam kenyataan saya melainkan saya ingin kita semua berada dalam redha Allah SWT.
Insya-Allah JAKIM dan beberapa agensi agama lain di bawah JPM sedang merencanakan sebuah program khusus bagi memberi peluang transgender berdialog dengan saya dan panel pakar yang lain bagi mendapatkan solusi tuntas berkenaan beberapa isu melibatkan komuniti transgender Muslim.⁣
Agensi-agensi agama di bawah saya sedia menghulurkan bantuan untuk melunaskan hak komuniti transgender Muslim dalam memahami agama Islam dan bersama-sama untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. ⁣
Mereka ada hak untuk hidup beragama dan mereka ada hak untuk mendapatkan panduan daripada pihak kerajaan khususnya JPM (Hal Ehwal Agama) dalam mengamalkan cara hidup yang beragama.
You can follow @drzul_albakri.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: