Jom kenal batik!

Ni batik asli terengganu kain cotton. proses pembuatan semua by hand ye. Kita boleh nampak belakang depan dia sama, tak de yang pudar sebab diwarnakan macam kita buat water colour tu. From terap, colour, mati colour, jemur semua buat manually ye.
Batik ni boleh beli dari personal shopper @batikganupia ! Ni masa proses aku buat beg. Boleh nampak bahagian dalam dia still terang. Aku pun kadang2 tertukar belakang depan sebab hampir sama jee.
Nak buat batik kena tengok cuaca, kalau mendung, hasil dia tak sama time panas, plus akan makan masa lebih dari sehari nak buat. Sebab kena make sure setiap colour tu kering baru boleh letak warna lain. Yang dua warna macam ni pun ambil masa dua hari, bayangkan yang 5 warna 😌
Sebab tu time hujung tahun, biasanya pembuat batik tak banyak buat produk sebab monsun dekat terengganu. Proses nak buat lambat, warna tak boleh expect sebab mendung. Batik is all about process 💕
Ni batik printed cotton. Belakang dia pudar berbanding depan sebab dia printed. And corak dia lagi kemas sebab takde proses wax & colouring. Print dari mesin je. All made by machine. TAPI batik ni tak 100% cotton tau. Dia ada campuran polyster sikit.
Ada lagi satu jenis yg di "claim" batik cotton, tapi aku tak ada gambar. Kalau korang pergi pasar payang. Harga dia RM 10-12, janganlah berangan nak beli buat pakai. Sebab kain keras macam plastik, tak serap air. Buat alas meja je boleh. Sebab polyster dia lagi banyak dari cotton
Ni baru topik batik cotton terap. Batik yang guna kain viscose, sutera yang lukis tangan tu aku tak boleh sentuh sebab tak mahir sangat. Tapi bayangkan la nak warnakan setiap satu petals tu. Harga kain pun dah mahal. Tu yang boleh cecah ratus2 ye.
Bercakap tentang harga,

Batik Asli Terengganu boleh dapat dengan harga bermula dari RM 28 dan ke atas. Ni pun dengan syarat "panda kecek ye wi muroh". Biasanya RM 32-45 la.

Kain printed batik boleh dapat dengan harga RM 15-RM 25.

Setiap kain biasanya 2 meter.
Sejujurnya aku taknak kain batik terap jadi lebih murah. Sebab taknak pembuat batik dibayar murah. Orang yang terap batik ni biasanya orang tua2, sebab tak ramai anak muda tahan buat kerja ni. Kerja terap ni panas sebab main dengan wax.
Aku taktahu berapa upah dieorang. And berapa orang tengah ambil untung, tapi kalau kain jadi lagi murah, it won't benefit the artisan, dan tak mustahil terkubur budaya dan seni pembuatan batik :(
You can follow @BatikbyRustique.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: