Dah lama sebenarnya saya nak tulis kisah ni. Momen tangisan remaja perempuan berusia 16 tahun itu masih tersimpan kemas dlm memori saya.

Maka, tampillah seorang remaja perempuan ke depan. Belum sempat nak berkongsi cerita, air mata sudah membasahi pipi. Terus saya tanya kenapa.
"Sebenarnya sejak dari Tingkatan 2 saya tak pernah rehat di kantin. Saya trauma. Oleh sebab kawan-kawan selalu tanya kenapa, maka saya akan ceritakan hari ini.
Satu hari tu, saat saya baru membeli makanan di kantin, budak-budak lelaki datang dan memerli saya. Kata mereka kau ni dah lah badan besar. Bila kau datang, habis semua makanan diambil.
Kalau sekali mereka cakap tak apa, tapi hari-hari. Sebab itu setiap kali waktu rehat, berat kaki saya nak melangkah beli makanan. Terngiang-ngiang ejekan kawan-kawan lelaki."
Allah. Budak lelaki begitulah, gurau tak kena tempat. Dia ingat benda tu lawak & boleh dijadikan bahan gurauan. Terus saya ambil mikrofon yg lain dan nasihatkan para pelajar yang lain.

Bukan mahu ajak mereka bergaduh antara satu sama lain.
Niat saya hanya mahu mangsa luahkan dan emosi kesakitan serta kesedihan itu dirasai oleh si pembuli.

Kemudian, gadis muda ini meneruskan ceritanya.

"Saya minta maaf pada cikgu-cikgu. Betul, dulu saya rajin ke depan bantu cikgu.
Bila cikgu minta saya masuk pertandingan pidato, saya beranikan diri untuk wakili sekolah.

Tetapi selepas kejadian verbal bully ini, saya jadi takut. Cuma, saya nak kongsikan satu hal lagi. Dan cerita ni saya tak pernah bagi tahu sesiapa.
Maaf kalau ada cikgu yang terasa. Saya tak nak bagi tahu cikgu ni mengajar di sekolah rendah saya dulu atau di sekolah menengah sekarang ni, tapi kata-kata cikgu ini benar-benar buat saya sedih sampai sekarang.
Tak terjangkau dek akal fikiran saya, cikgu ni cakap depan kawan-kawan saya, 'awak ni badan je besar, tapi akal kecil'.

Ya Allah, menangis teresak-esak saya dalam hati. Sampai hati cikgu kata begitu."
Aku mendiamkan diri. Bagi ruang sepenuhnya utk remaja ini luahkan perasaannya. Sebaik beliau selesai berkongsi, aku nasihatkan setiap pelajar & cikgu.

Kadang-kadang kita tak sedar kata2 kita (guru & ibubapa) membuatkan pelajar ini self esteem nya turun & hilang keyakinan diri.
Ada ketika aku tak selesa juga bila buat slot buli ni. Sedang budak-budak menangis meluahkan di depan, ada satu dua orang cikgu dok gelak-gelak dan mengejek budak-budak ini.

Kira macam kelakarlah nampak budak ini nakal dalam kelas, tapi dalam ceramah menangis teresak-esak.
Ya saya faham cikgu mungkin ada pengalaman tak menyenangkan dengan mereka di dalam kelas. Tetapi perbuatan menggelakkan mereka adalah tidak kena dan merendahkan martabat kita sebagai seorang guru.
Kita kena sedar, ada pelajar ini yg diabaikan di rumah, mak bapak tak pernah pedulikannya, adik beradik pula asyik bergaduh je. Maka, beliau cari perhatian dgn buat masalah di sekolah.
Ibubapa, guru, para pelajar, anak kita serta masyarakat, semuanya kena berperanan minimumkan kes buli di sekolah. Bila ia berakar umbi sejak dari kecil, sukar untuk dirawat.
Ia akan jadi barah. Ia akan jadi kes pembunuhan. Baik pembunuhan sebenar, atau juga pembunuhan jiwa kanak-kanak itu sendiri.

Sekadar mengingatkan.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah

*Untuk jemputan ceramah, rujuk jadual saya https://bit.ly/JadualAkhiFairuzPKP
Kisah ini saya pernah kongsikan di facebook tahun lepas. Kali ini saya share di twitter pula :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2461663713901029&id=100001722723145
You can follow @akhifairuz_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: