PETUA HILANGKAN PIJAR TANGAN YANG TERKENA CILI

THREAD 📌
1. Sapu susu pekat

Susu pekat atau susu cair boleh digunakan untuk hilangkan pijar tangan. Kalau ada yang sejuk lagi bagus.

Caranya, tuangkan sedikit susu ke dalam bekas, kemudian rendamkan tangan dan lumur-lumurkan dengan susu. Rasa pijar akan beransur hilang.

📸: Sirap Limau
2. Lumurkan garam/gula

Salah satu cara yang paling selalu diamalkan adalah dengan melumurkan garam/gula pada tangan. Biarkan seketika dan kemudian bilas macam biasa.

📸: Sirap Limau
Atau, boleh juga ambil sebekas air suam & campurkan sedikit garam/gula. Rendamkan tangan ke dalamnya selama lebih kurang 5 minit atau sehingga rasa pijar semakin reda.
3. Sapu minyak masak

Ini juga salah satu petua yang selalu diamalkan oleh orang-orang lama, iaitu dengan menggunakan minyak masak.

Ambil sedikit minyak masak, dan sapukan pada bahagian tangan yang terasa pedas tadi.
4. Genggam beras

Satu lagi petua adalah memasukkan tangan ke bekas berisi beras. Kalau nak senang, rendamkan terus ke dalam tong beras. Apapun, pastikan tangan dah dibersihkan dan dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalamnya.
Kalau nak genggam beras pun boleh juga. Selepas tu, bilas tangan macam biasa.
5. Rendaman air asam jawa

Satu lagi cara yang boleh anda cuba adalah menggunakan asam jawa. Masukkan sedikit asam jawa ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, rendamkan tangan. Sekejap saja rasa pijar akan hilang.
6. Guna hampas kelapa

Kalau ada hampas kelapa, ramaskan tangan di dalamnya. Selepas beberapa minit, rasa pijar akan hilang.
7. Gosok tangan pada keluli

Gosokkan tangan pada sinki atau sudu. Lepas beberapa minit, lalukan air pada tangan & ulang lagi hingga tangan rasa lebih lega.

Selain hilangkan pijar, teknik ini juga dipercayai boleh hilangkan bau bawang atau bau masakan yang terlekat pada tangan.
Tag kawan-kawan anda kalau rasa petua ni bermanfaat!
Btw, jangan lupa untuk datang ke restoran Congkak kerana kami menyajikan hidangan masakan Melayu Nusantara. Antaranya ialah:

1. Nasi Ambeng
2. Ayam Masak Lemak Nangka
3. Labu Masak Lemak
4. Terung Goreng Berlado

Dan banyak lagi!
Restoran kami terletak di:

24, Jalan Beremi, Off, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur (bersebelahan Hotel KL Journal).
OPERATION HOURS:

Sunday-Thursday: 12PM-10PM
Friday/Saturday & Public Holiday: 12PM-11PM
Monday: Close
Untuk pengetahuan, kami juga turut menyediakan penghantaran melalui FoodPanda dan GrabFood 🏍
Untuk sebarang persoalan boleh terus DM kami.
You can follow @congkakkl.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: