Pendidikan akan mengubah hidup anda. Pendidikan bukan sekadar menghafal atau mengingat teori, kurikulum direka supaya anda menguasai domain kognitif, afektif dan psikomotor. Don’t get me wrong, ilmu asas pengajian bidang adalah sangat penting, yang akan memandu anda di masa depan
Ia bukan tentang mana lebih baik, kemahiran atau ilmu pengetahuan. Setiap dari kita mempunyai sumbangan berbeza dalam masyarakat. Mereka yang mampu belajar di peringkat pengajian tinggi, akan diasah kognitif, afektif dan psikomotor. Mereka dilatih untuk tujuan yang berbeza.
Jika technician dilatih melakukan pendaiwaian, jurutera dilatih untuk rekacipta dan merancang. Jika seorang jururawat dilatih untuk memberikan rawatan, doktor dilatih untuk diagnosis penyakit dan perancangan rawatan.
Ia bukan tentang siapa lebih banyak mengumpul kekayaan. Tiada orang belajar sehingga PhD untuk kaya. Masuk universiti atau tidak, anda boleh kaya jika kena dengan caranya.
Adalah merisaukan jika pelajar yang layak ke pusat pengajian tinggi memilih tidak belajar kerana terpengaruh dengan pandangan ini. Negara kita memerlukan mereka yang boleh merancang dan mereka yang boleh kemahiran. Negara kita tidak boleh maju dengan kemahiran sahaja.
Belajarlah, anda akan keluar sebagai individu berbeza. Dari segi pengetahuan, peribadi dan cara pemikiran
You can follow @drcheputeh.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: