Dulu pernah terjadi, sorang budak lelaki 8 tahun masuk lambat kelas dengan mata merah. Cikgu hairan.

Rambut dan gigi ada yang tercabut. Budak tu sempat bagitau cikgu, apa yang terjadi.

Selang beberapa hari, budak tu mati. Cikgu tak sempat selamatkan dia😭

Nak tau apa jadi?
Ketika di dalam kelas, budak ini bertanyakan cikgunya, adakah normal untuk seorang emak memukul anak dengan tali pinggang. Cikgu mula berasa hairan. Dan menjawab kadang2 ianya berlaku. Budak tu kemudian bertanya lagi..
Adakah normal, kalau dipukul sehingga berdarah? Cikgu terus terdiam dan terkejut dengan pengakuan pelajarnya itu. Ada sesuatu yang luar biasa berlaku. Cikgu terus hubungi seseorang bagi mendapatkan bantuan.
Setelah aduan dibuat, cikgu berasa lega sedikit kerana nasib pelajarnya itu akan terbela. Namun, sebaliknya berlaku. Budak itu lama tidak datang ke sekolah. Inienyebabkan cikgu mula berasa tidak sedap hati.
Selang beberapa hari kemudian, budak itu datang ke sekolah tetapi dengan keadaan yang mengejutkan. Kesemua kawan sekelasnya terkejut melihat keadaan fizika budak itu. Penuh lebam pada muka dan bibir. Gigi tercabut.
Rupa-rupanya dia didera oleh ibu kandungnya sendiri di rumah. Ketika hendak pulang ke rumah, budak tu ketakutan. Cikgu bertambah hairan kerana ketika itu cikgu tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Budak itu didera dengan brutal oleh ibu kandungnya bersama dengan ayah tirinya di rumah. Budak tu dikurung dalam almari kecil dan tangannya digari. Disitulah tempat tidurnya. Mulutnya juga ditutup dengan pelekat.
Lebih kejam, budak itu telah dipaksa memakan tahi kucing. Dia kelaparan dan tidak diberikan makanan secukupnya. Terpaksa dia memakan tahi kucing.
Budak itu ditumbuk dan dipukul berulang kali. Kepalanya ada banyak kesan lebam. Kekejaman itu memuncak apabila selepas tempoh 8 bulan didera, budak tu tiba-tiba tidak sedarkan diri pada Mei 2011.

Dia dipukul sehingga mati setelah tidak kemaskan balik mainan.
*Mei 2013. Ketika sampai di hospital, doktor cuba selamatkan budak tu tetapi segalanya terlambat.

Pasukan perubatan terkejut melihat keadaan budak itu semasa dirawat dan masing-masing bertanya 'what was happened?'
Disebabkan cara penderaan dibuat terlalu kejam, emak kandung budak tu bersama kekasihnya didakwa atas kesalahan membunuh. Mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada kekasih emaknya itu atas kesalahan membunuh.
Ada saksi yang melihat budak itu dicekik oleh kekasih emaknya itu. Perlakuan kejam sebegitu bertambah malang setelah aduan yang dibuat kepada 'Department of Children and Family Services' bagaikan tidak dilayan.
Ini menyebabkan empat orang pekerja Department itu juga dikenakan tuduhan kerana berlaku cuai hingga sebabkan budak itu mati didera. Tetapi, Mahkamah bebaskan kesemua mereka pada Januari 2020 kerana tiada bukti yang cukup untuk kaitkan mereka dengan pembunuhan yang berlaku.
Mahkamah putuskan emak kandung mangsa dikenakan hukuman penjara 'without possibility of parole'. Ini bermaksud dia akan stay di penjara sepanjang hidupnya. Tanpa diberi peluang untuk bebas. Ketika tuduhan dibacakan, emak kandung budak tu mengaku salah atas perbuatannya.
Kronologi kes ini diceritakan balik dengan penuh terperinci dalam dokumentari 'The trial of Gabriel Fernandez' di netfix.

Ini bentuk rupa kabinet di mana budak malang itu dikurung dan didera dengan kejam.
Yang lebih mengejutkan, 2 minggu selepas kes ini selesai di mahkamah, kes yang seakan sama berlaku di kawasan yang sama pada budak kecil bernama Anthony.

Anthony ditemui mati dalam keadaan yang sama sepertimana yang terjadi pada Gabriel Fernandez.

Pengakhiran yang tidak pasti.
2 minggu sebelum ditemui mati, mangsa sempat menyambut Hari Ibu di sekolah. Dia sempat bergmbar pada kad bersaiz besar yang tertulis 'Mom'. Dia memang sayangkan emaknya dan sempat bagitau pada cikgu 'my mom is beautiful like flower and heart'.

Segalanya hanya tinggal kenangan.
Penghakiman penuh kes boleh dirujuk dalam kes People of the State of California v Issauro Aguirre & Pearl Fernandez (case number BA425180)- Superior Court of State of California, County of Los Angles.
You can follow @kamarul14.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: