Telefon berdering. Tak sempat pickup. Lalu saya telefon nombor itu kembali.

Seorang wanita. Ingin berkongsi kisah anak perempuannya.

Anak saya ni dah umur 18 tahun. Perempuan. Saya pun tak tahu kenapa, tapi dia sekarang melampau sangat!"

Beliau meninggikan suara!
"Pemalas! Pengotor. Tak nak bersihkan bilik. Sentiasa bersepah. Sampah kat dapur pun tak reti nak buang. Dulu dia tak macam ni."

Lalu puan ini sambung lagi.

"Saya tak tahu nak buat apa dah. Encik tahu tak rumah bimbingan mana-mana untuk betulkan adab serta akhlak anak saya ni?"
Saya jawab,

"Kenapa anak puan jadi macam tu ya?"

"Semuanya bermula masa dia masuk sekolah menengah. Dia langsung tak ada masalah dalam pelajaran. Tu dapat masuk ***."

"Oh, hebat sekolah tu Puan. Ramai pempinan wanita di Malaysia lahir dari sekolah tu."
Puan tu seolah-olah tak dengar apa saya cakap. Beliau sambung lagi ceritanya.

"Saya tak tahu pula masuk situ pelajar wajib kena ada ipad. Dan itulah permulaan anak saya rosak. Sejak diberi ipad, dia jadi lain. Balik rumah, asyik mengadap benda alah tu dan tonton cerita Korea.
Saya geram! Saya tak pernah ajar dia tengok benda macam tu. Saya delete semua. Ni dia belajar dari budak sanalah ni. Jadi, lepas habis form 3, saya pindahkan dia ke sekolah lain."

Saya tarik nafas dalam-dalam masa ni.
Cukuplah tu puan ni bercakap. Sebenarnya banyak lagi kisah anaknya ni, yang mengaibkan pun ada. Tapi saya kongsikan ini jelah.

"Ok dah puan? Sekarang saya cakap, puan pula dengar." 😅

Tersentak beliau. Terus diamkan diri.
"Macam ni puan, anak puan jadi macam ni bukan sebab dia tiba2 jadi bodoh, pengotor ke apa. Tapi ia bermula bila dia meningkat usia remaja.

Remaja ni kecenderungan dia pelbagai. Bila dia minat cerita Korea, kita kena raikan. Bila halang minat dia, sikit demi sikit dia rebel.
Mendidik anak remaja ni ibarat main tarik tali. Bukanlah bermaksud kita nak anak pijak kepala kita, tapi kita berusaha memahami perubahan diri mereka sebagai seorang remaja.

Anak puan budak pandai. Bukan senang nak masuk *** tu. Budak perempuan masuk situ semuanya hebat-hebat.
Saya cadangkan puan & suami slow talk dengan anak. Tanya dia baik2, kenapa jadi macam tu dan apa boleh dibantu.

Kalau anak puan jadi begini atas kesilapan diri kita sebagai mak bapak, saya cadangkan puan minta maaf pada dia. Ada ketika mak bapak kena rendahkan ego di depan anak.
Bukanlah maksud saya puan bersalah, tak. Anak puan pun bersalah dalam hal ni.

Tapi saya nak bagi tahu bila handle anak remaja ni kita perlu berhemah, ibarat tarik rambut dari tepung dan ia tak berselerak."
Diam puan tu. Hampir seminit juga dia mendengar. Lalu beliau berkata,

"Tapi encik saya dan suami dah bagi segala-galanya pada dia. Cakap apa je, semua kami dah sediakan."

Saya tepuk dahi masa ni.
Ungkapan kami dah bagi segala-galanya ni adalah kata-kata mak bapak yang tak mahu akui kesilapan sendiri.

"Begini puan, ya betul. Kita rasa kita dah buat yang terbaik. Tapi adakah apa yang kita bagi tu yang diperlukan oleh anak?"

Diam lagi puan berkenaan.
"Jadi, puan masih berhasrat nak hantar anak ke rumah pembinaan akhlak? Rumah terbaik untuk didik anak puan adalah di rumahnya sendiri."

Beliau diam buat kesekian kalinya.

"Oklah puan. Itu je dapat saya kongsikan. Maaf, nak kena letak phone ni. Nak ambil anak balik sekolah."
Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah.

Cabaran mendidik anak remaja ni bukan senang. Kesilapan serta kebodohan sinonim dengan remaja.

Kita dulu pun gitu juga. Namun, kebodohan kita simpan untuk diri kita sahaja. Ya lah, mana ada media sosial kan.
Jika anak cenderung sesuatu perkara, selagi mana dia dapat bahagikan masa dengan pelajaran, it's ok.

Sentiasa pesan hal yang baik-baik buat mereka. Treat them as a friend, bukan musuh. Kalau awal-awal lagi timbulkan persengketaan, memang ia akan cetuskan konflik berpanjangan.
Sabar didik anak-anak.

Anak-anak bukan selamanya kanak-kanak.

Satu ketika kanak-kanak itu akan menjadi remaja.

Jadi kawan mereka okey!

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah
#SexEdSpeaker

Jemputan ceramah, boleh rujuk http://bit.ly/JadualAkhiFairuzPKP
Kisah diatas telah saya kongsikan dulu di facebook. Sebab itu hujung thread pedoman buat ibu bapa.

Semoga ada manfaat untuk kawan-kawan di twitter.
You can follow @akhifairuz_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: