Sempena bulan kemerdekaan, aku nak cerita tentang sorang wanita yang memainkan peranan penting buat negara dalam mencapai kemerdekaan.

Peristiwa ini turut digambarkan dalam filem 1957: Hati Malaya

Ingat nama ini, Rahmah Kassim

#bebenang

[1/13]
Siti Rahmah binti Kassim dilahirkan pada tahun 1926 di Kampung Batu Hampar, Rembau, NS.

Beliau menceburi bidang politik ketika umurnya 19 tahun. Tujuannya adalah untuk melihat negara mencapai kemerdekaan dan menentang penubuhan Malayan Union

[2/13]
Kisah ketokohannya bermula semasa persidangan UMNO di Melaka pada 1957. Pada ketika itu, wakil pimpinan negara mahu melakukan rundingan kemerdekaan di London

Namun, akibat kesempitan hidup, mereka tidak mempunyai dana yang cukup untuk ke sana.

[3/13]
Beliau berkata

“Masih ingat lagi kata-kata Tunku ketika berucap, ‘Saya nak pi London jumpa raja orang putih dengan raja-raja (Melayu) naik kapal laut tak da duit, nak naik kapal terbang duit tak daq, kalau tak pi, tak tentu nak merdeka. lagu mana nak buat tak tahulah' ”

[4/13]
Terkesan dengan ucapan Tunku, Rahmah yang berada di bahagian hadapan pada ketika itu, terus bangkit dan berkata bahawa beliau akan mengadaikan gelang emas yang ada di tangannya itu demi melihat negaranya mancapai kemerdekaan

[5/13]
Lantas beliau juga berkata

“Jangan sayangkan emas, emas boleh dibeli di kedai bila-bila masa tetapi kemerdekaan negara yang kita tuntut, kalau tidak bersungguh-sungguh belum tahu berjaya atau tidak,”

[6/13]
Pada ketika itu, seluruh dewan bagaikan tersentak malah Tunku sendiri terharu melihat semangat dan pengorbanan wanita tersebut

Ramai yang merasakan apa yang dikatakan wanita itu benar dan mula menyerahkan barang berharga mereka

[7/13]
Bukan sahaja kaum wanita, kaum lelaki turut membuka cincin, jam tangan serta menyumbangkan wang ringgit yg mereka ada.

Yang berada di tingkat atas dewan juga tidak ketinggalan, mereka mencampak barang mereka ke bawah. Rahmah menggambarkannya seperti gugurnya daun getah

[8/13]
Peristiwa itu tersebar ke seluruh Malaya dan menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk mencapai kemerdekaan.

Tiada kempen yg dilakukan tetapi mereka melakukan dengan rela hati. Mereka tiada duit tetapi mereka sanggup menjual hasil tanaman mereka bagi melakukan sumbangan.

[9/13]
Disebalik peristiwa gelang emas tersebut, Siti Rahmah menceritakan bahawa beliau telah disebat oleh ibunya sendiri sehingga perlu menjalani rawatan di klinik.

Tindakan ini didorong oleh gurunya dari Indonesia yg sering menceritakan tentang kemerdekaan yg mereka kecapi

[10/13]
Selepas mencapai kemerdekaan, Srikandi Negara ini juga pernah mencurahkan khidmat baktinya terhadap negara seperti;

1. Menjadi wakil rakyat wanita pertama di Dun Terentang
2. Pegawai Penerangan UMNO Malaya
3. Menjadi seorang guru

[11/13]
Antara pengiktirafan yg telah diberikan kpd beliau;

1. Tokoh Wanita UMNO Malaysia
2. Tokoh Ibu Mithali Negeri Sembilan
3. Tokoh Wanita Perkim
4. Srikandi Negara
5. Ahli Mangku Negara dan Johan Setia Mahkota

[12/13]
Srikandi Negara ini telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2017 ketika usia 91 tahun.

Al-Fatihah kepada Wanita Gelang Merdeka

[13/13]
Boleh dapatkan juga buku buku terbitan @thepatriotsasia di Shopee

https://shopee.com.my/thepatriotsasia?smtt=0.0.9
Inilah dia babak dalam filem 1957: Hati Malaya yang mana memaparkan rakyat Tanah Melayu sanggup memberikan harta mereka bagi mencapai kemerdekaan

Generasi hari ini perlu mengekalkan kemerdekaan yg telah dikecapi ini dan hidup aman damai serta bersatu padu antara satu sama lain
You can follow @_hairulfaizi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: