Wanita zaman Rasulullah juga terlibat dengan pekerjaan dalam dan luar rumah. Malah kerjaya mereka lebih hebat jika nak dibandingkan dengan sekarang.

Namun, adakah sama pekerjaan mereka dengan pekerjaan wanita sekarang?
Jika telusuri kisah para wanita pada zaman Rasulullah, kita akan kagum akan kehebatan mereka. Mereka ini mahir dalam pelbagai bidang termasuklah jihad dan peperangan.
Sayyidatina Khadijah seorang saudagar.

Sayyidatina Fatimah pernah bekerja menggerakkan alat pengisar, memikul bekas air.

Sayyidatina Zainab mahir dalam pertukangan tangan. Menyamak dan menjahit kulit binatang kemudian beliau sedekahkannya di jalan Allah.
Mereka juga keluar menuntut ilmu sehingga menjadi tempat rujukan masyarakat dalam pelbagai bidang.

Seperti Sayyidatina Aisyah yang terkenal dengan ketinggian ilmunya dalam bidang fiqh, faraidh, tafsir dan hadis sehingga menjadi tempat rujukan para sahabat.
Kita sering jadikan mereka ini sebagai contoh (khususnya Siti Khadijah) untuk membenarkan wanita keluar bekerja. Tetapi hanya sekadar itu.

Mereka bekerja, tetapi bagaimana cara mereka bekerja jarang dibincangkan.
Jika ingin mengambil Siti Khadijah sebagai contoh wanita bekerja, harus diambil cara beliau bekerja. Beliau seorang saudagar. Namun beliau tidak terlibat secara langsung dalam urusan jual beli.
Perniagaannya diuruskan oleh pembantunya. Beliau hanya duduk di rumah dan menguruskan rumahtangga.

Wanita dahulu bekerja, tetapi tetap menguruskan rumahtangga dengan tangan mereka. Tidak mengabaikan suami dan anak-anak.
Isteri dijadikan Allah sbg tempat untuk suami mencari ketenangan dgn sifat² yg dimiliki oleh wanita. Jika isteri dibebankan dgn tugas² di tempat kerja yang tak sesuai dengan kelembutan perasaannya serta kelemahan tubuh badannya, maka dia takkan bermaya lagi untuk melayani suami.
Ibu pula mempengaruhi kehidupan anak. Kerana ibu adalah punca kebahagiaan, rasa aman, dan tempat rehat mereka. Bila ibu keluar bekerja, tinggalkan anak pada pengasuh dsb, anak rasa tak selamat, memberontak dsb. Ini menjejaskan hubungan antara ibu dan anak.
Tiada siapa mampu gantikan tempat seorang ibu. Seorang pembantu yang penyanyang sekalipun, tidak dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh ibu dalam kehidupan anak.
Jadi keluarnya isteri untuk bekerja, menjadikan keperluannya kepada rumahtangga sama seperti suami. Nak lepaskan penat seharian, nak kembali cergas keesokan hari. Masanya sudah berkurang untuk keluarga.
Kita patut raikan para isteri dan ibu yang memilih untuk menjadi suri rumahtangga. Bukan memperlekeh mengata mereka menghambakan diri pada suami/anak-anak.
Jasa mereka amat besar dalam mendidik. Mereka ini melahirkan anak yang soleh solehah, melahirkan para ilmuan yang menyumbang kepada agama, bangsa, negara. Jika kita menghargai dan mengangkat tinggi tugas seorang ibu, nescaya ramai wanita akan memilih dan seronok duduk di rumah.
Tapi yang berlaku sebaliknya. Ramai perempuan hari ini merasakan mereka wajib bekerja, kena tanggung diri sendiri, kena menyumbang pendapatan dalam keluarga.

Sedangkan islam sangat menjaga wanita. Sebelum berkahwin, segalanya ditanggung wali. Sudah berkahwin, ditanggung suami.
Namun, wali/suami yang tidak bertanggungjawab punca wanita terpaksa keluar bekerja. Ditambah dengan gerakan femenisma yang cuba menyamakan lelaki dan wanita dalam segenap perkara.

Keadilan diukur pada nilai kesaksamaan walhal adil itu diletak pada tempatnya.
Kadang-kadang wanita tersepit dalam dilema.

I. Nak terus bekerja tapi rasa bersalah kerana tak dapat sempurnakan kewajipan pada keluarga.

II. Nak berhenti tapi rasa rugi kerana ilmu yang dipelajari tak dapat dimanfaatkan.

III. Berhenti kerja tapi bimbang tentang masa depan.
Solusi bagi dilema ini,

Dilema 1; jika tiada keperluan untuk bekerja, hanya sekadar nak rasa duit sendiri dsb, maka keluarga > kerja.

Dilema 2; jika rasa ilmu yang dipelajari hanya dapat dimanfaatkan dengan bekerja, maka sebenarnya kita tak memahami nilai ilmu itu.
Dilema 3; jika ketakutan itu berkaitan rezeki (takut suami mati/cerai, tiada duit/tempat tinggal dsb) maka ketahuilah, selagimana ada kehidupan, selagi itu ada rezeki. Pengurusan kewangan amat penting dalam rumahtangga.
Macam mana dgn wanita yg terpaksa bekerja sebab wali sakit, suami tak mampu. Tu pun tak boleh?

Tenang.

Wanita dibenarkan menceburi pelbagai bidang pekerjaan namun hendaklah bersesuaian dgn fitrah kejadiannya dan tak bertentangan dgn hukum syarak. Ketika darurat lagi lah boleh.
Contoh kisah nabi Syuaib. Beliau uzur, maka tugas mencari rezeki jatuh pada dua orang anak perempuannya. Mereka memelihara kambing kepunyaan Nabi Syuaib.
Semasa mereka nak dapatkan air, ada ramai lelaki. Jadi mereka tunggu sehingga lelaki tu pergi baru mereka pergi ambil air. Ketika itulah mereka bertemu dengan nabi Musa.

Ini dinamakan memelihara diri, menjaga batas.
Antara syarat-syarat wanita untuk bekerja mestilah:

- menutup aurat
- aman daripada fitnah
- mendapat keizinan wali/suami. Ini berpandukan firman Allah dalam surah an-Nisa [34].
- waktunya tak dihabiskan untuk bekerja dan pekerjaannya tak bercanggah dengan tabiat semulajadinya.
Ada wanita yg memenuhi syarat² berkenaan. Dapat keizinan, tutup aurat, mengelak fitnah dengan tak bergaul bebas, tak melunakkan suara ketika bercakap, menyempurnakan tugas sebagai isteri dan ibu.

Namun tak boleh dinafikan, ramai sahaja yg tak tahu akan syarat yg islam berikan.
Implikasi wanita bekerja.

1. Kewanitaan wanita ini merupakan salah satu faktor yg menyebabkan lelaki ingin bekerja di samping wanita. Wujudnya wanita di samping lelaki, boleh memenuhi keinginan nafsunya. Seperti berdua-duaan, berpandangan, menjadi sahabat karib meluah perasaan.
2. Berlaku penceraian. Lelaki/wanita tergoda dengan rakan sekerja. Masing-masing berhias berlebihan untuk tarik perhatian. (Galakkan pada wanita untuk bertabarruj)

3. Rumahtangga berantakan. Anak-anak terabai.
Namun ia dapat dielakkan jika masing-masing tahu kewajipan, halal haram. Tetapi tidak dapat menafikan bahawa kes ini banyak terjadi.

Ingatlah, setinggi mana pangkat dan kedudukan seorang wanita dalam masyarakat, wanita tak boleh lari dari tugas asal sebagai isteri dan ibu.
Jika nak tingkatkan ekonomi/taraf hidup, bekerjalah dgn kerja yg sesuai dengan fitrah wanita tanpa mengabaikan suami dan anak.

Pada akhirnya kehidupan kita bukan berkisar tentang dunia semata. Amat rugi kita risikokan keluarga untuk mendapat kesenangan, kekayaan yg sementara.
You can follow @anina_faris.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: