KISAH ASKAR MELAYU DENGAN SALJI
OLEH MEJAR BERSARA MOHD FITRI

Malaysia tak pernah ada musim sejuk atau takda salji. Tapi apa terjadi bila Pahlawan kita menghadapi musim ini. Ini adalah cerita dan pengalaman dari seorang pegawai tentera bersara mengenai latihan ketika winter
Ini diceritakan sendiri oleh Mejar Bersara Mohd Fitri menerusi FB nya ketika RAMD menjalani latihan SUMAN WARRIOR di New Zealand

Jadi tiada penundaan mari kita mulakan

P/s mungkin peminat Mejar ni dh biasa dgr cerita ni. Saya share untuk yg tak pernah dgr cerita ni
Oleh kerana ramai minta saya cerita kejadian2 yg pernah saya alami, baiklah saya akan bercerita sikit setakat yg saya boleh cerita.

1995, saya masuk latihan pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja.
Setelah 6 bulan, satu pemilihan akan dibuat untuk memilih antara kadet yang terbaik untuk dihantar sambung ke luar negara. Saya terpilih seorang diri ke Officer Cadets School of New Zealand di Kem Waiouru, New Zealand
Pada tahun 1996, saya sedang buat latihan perang dalam keadaan amat sejuk kerana ribut bersalji dan suhu turun sehingga -30 darjah celcius. Sejuknya teramat amat sehingga baju seluar dan tali kasut pun beku, ramai jurulatih dan kadet dari New Zealand kena 'frost bite'
dan tak sedar diri sebab 'Hypothermia'. Saya ni bertahan sekuatnya saja. Latihan kami dibatalkan dan kami semua diselamatkan segera oleh pihak Kem Waiouru. Terlalu sejuk!
Dalam masa yang sama, ada satu latihan tentera 5 negara yg berjalan iaitu Exercise SUMAN WARRIOR di kaki Gunung Ruapehu tidak jauh dari kem kami. SUMAN itu ialah gabungan Singapore, UK, Malaysia, Australia, NZ.
Tentera kita diwakili 1 kompeni (100 orang dari Batalion ke 4 Rejimen Askar Melayu Diraja (4 RAMD)
Ketika suhu jatuh ke -30 bawah paras beku, kami di Kem Waiouru mula dengar siren ambulans berulang alik keluar dari hospital kem ke kawasan latihan. Ambulan tu ulang alik sampai 2 hari!. Jadi semua tertanya-tanya, apa dah jadi?
Rupanya ramai tentera yg dalam latihan itu kena hypothermia dan jatuh sakit. Kalau tak silap saya, jumlah yang jatuh sakit masuk hospital itu=
1. Askar New Zealand= 15-20 orang kena hypothermia
2. Askar British= 10-15 orang hypothermia
3. Askar Australia= 20-30 orang hypothermia
4. Askar Singapura= 50-60 orang kena hypothermia
5. Askar Malaysia= 1 orang sebab tergeliat kaki(??)
Pelik kan? Ya, tak ada askar kita masuk hospital sebab kesejukan tapi sebab tergeliat kaki. Maka kecohlah seluruh Kem Waiouru itu, masing-masing nak tahu apa yg berlaku sebenarnya. Jadi esoknya, sekolah pegawai kadet buat lawatan ke kawasan latihan Exercise Suman Warrior tu
Sampai saja di kawasan latihan di kaki gunung itu, keadaan amat sejuk, bersalji tebal, mendung, gelap dengan angin kuat. Kami pergi ke setiap tempat askat askar itu berkhemah. Kami lihat
1. Askar New Zealand= 5,6 org duduk luar khemah dan keliling api, yg lagi 100 org sedang terbaring kesejukan dalam sleeping bag
2. Askar British=sama
3. Askar Australia= Senyap sunyi. Tak nampak sesiapa pun di luar, semua dalam khemah masing-masing, dalam sleeping bag. Kesejukan
Askar Singapura = Sama macam askar Australia. Senyap sunyi. Semua kesejukan.

5. Askar Malaysia?= Ramai-ramai tengah main takraw, minum kopi panas, goreng cucur, main salji, tak ada seorang pun dalam khemah! Hehehe, sejuk sangat la tu sampai tak reti nak duduk diam! 😆

Ya
Allah bangganya saya waktu itu melihat tentera kita. Rupanya yg 1 orang masuk hospital terkeliat kaki itu sebab terjatuh lubang waktu main takraw! Hahaha. (Saya bukan nak malukan negara-negara lain, tapi nak cerita kekuatan jiwa kita sendiri)
Pengajaran= Harap anak-anak bangsa kita tahu, bahawa dalam darah daging keturunan kita, terdapat sejarah yg mengatakan kita adalah satu bangsa yg amat tahan lasak, berjiwa kental, boleh hidup dimana pun didunia! Kita tidak lemah dan bodoh.
Tapi kita yg diperbodohkan beratus tahun oleh penjajah yg asyik kata kita lemah, kita malas, kita bodoh. Bangunlah dan sedarlah☺️💪
EDITED 28 Januari 8.30pm = Salam.. kena faham.. Kisah ini 23 tahun yg lepas. Saya bukan ingat fakta yg tepat seperti suhu yg sebenar.. It is not exact science.. Cuma sewaktu jurulatih tarik kami keluar dari kawasan latihan itu, itulah suhu yg dicakapkan pada kami.
Kami terkena ribut salji. Suhu situ berubah naik turun ikut angin dan awan. Kem itu 880 meter dari paras laut, dan kawasan latihannya yg amat luas bergunung ganang jauh lebih tinggi dari ketinggian kem itu
Yg penting, ambillah pengajaran atas ketabahan tentera kita yg diwakili oleh pasukan 4 RAMD ketika itu. Saya pun respek pada mereka 😊)
You can follow @Marchfoward.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: