Antara watak dalam drama It's Okay To Not Be Okay yang menarik perhatian saya adalah Director Oh (Kim Chang Wan).

Director Oh Ji-wang merupakan pengarah di Pusat Psikiatri OK yang sangat merendah diri dan dekat dengan staf dan pesakit-pesakit di sana.

#ItsOkayToNotBeOkay
Beliau antara yang akan selalu bertanya khabar kepada staf dan pesakit-pesakit beliau, serta membantu mencipta 'therapeutic environment' dalam pusat psikiatri tersebut,
kerana beliau percaya bahawa pesakit-pesakit ini bukan hanya bergantung kepada ubat-ubat yang diberikan, tetapi layanan yang baik dan mesra.
Beliau juga akan pastikan bahawa apa yang keluar dari mulut beliau adalah perkataan-perkataan yang bagus dan membantu membuatkan penerima mesej untuk berfikir dan melakukan refleksi.
Director Oh adalah contoh yang wajar diteladani oleh mental health professionals di luar sana seperti kaunselor, psikologis dan psikiatris - terutama dalam aspek menjaga kebajikan pesakit mental sebagai salah satu usaha besar dalam menyembuhkan kondisi mereka.
You can follow @IncheFaris.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: