Ramai bandingkan letupan Beirut dengan letupan nuklear. Kebetulan, hari ni ulang tahun ke-75 letupan bom nuklear di Hiroshima.

Tapi letupan Beirut terlalu kecil nak dibandingkan dengan bom nuklear. Cuba tengok simulasi letupan Hiroshima yang dihasilkan semula oleh BBC ini.
Bom nuklear yang diguna ke atas Hiroshima tu pun bom nuklear yang paling cikai iaitu bom atom (A-bomb). Bom nuklear yang ada sekarang ni kebanyakannya adalah bom hidrogen (H-bomb) atau "thermonuclear bomb" yang 1,000 kali ganda kuasa A-bomb.
Sebagai perbandingan, kekuatan letupan Beirut tu cuma 2 kiloton TNT. Bom Hiroshima 15 kiloton TNT. Manakala H-bomb paling power yang dimiliki US sekarang iaitu B53 boleh hasilkan kekuatan 9000 kiloton.
Apesal nak cipta benda A-bomb H-bomb pelik-pelik semua tu? Tak ada kerja ke?

Senjata nuklear dicipta dengan tujuan untuk menamatkan Perang Dunia Kedua (WW2). Waktu tu pakatan US-USSR-UK lawan Jerman-Jepun-Itali. Jerman dan Itali dah surrender, tapi Jepun masih bertahan.
Jadi US nak paksa Jepun surrender dengan meletupkan bom "Little Boy" di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan "Fat Man" di Nagasaki pada 9 Ogos.

140,000 daripada 350,000 populasi Hiroshima terkorban. Manakala di Nagasaki, 74,000 daripada 270,000.

6 Hari kemudian, Jepun surrender.
Orang kata US kejam. Tapi kalau tak buat macam tu, Jepun tak surrender. Dalam Battle of Okinawa (April-Jun 1945) saja, hampir 13,000 askar US dan 150,000 rakyat Jepun di Okinawa terkorban sebab askar Jepun lebih rela mati melawan dari surrender.
Malah Jepun dah melatih orang awam termasuk wanita dan kanak2 untuk lawan askar US sekiranya mendarat di Jepun. Jadi boleh bayangkan betapa ramai akan terkorban.

US anggarkan 1 juta askar US akan maut, Jepun pun kata diorang bersedia untuk korbankan 100 juta orang. Gila.
So dari mengorbankan berjuta-juta nyawa dengan mendarat di Jepun, US capai "quick win" dengan mengorbankan 200,000 juta menerusi bom nuklear. Ini namanya logik "utilitarian" - memilih opsyen yang memudaratkan lebih sedikit orang.
Logik sama dipakai oleh Tywin Lannister dlm Game of Thrones. Tindakan membunuh Robb Stark semasa majlis perkahwinan bagi Tywin adalah justified walaupun "dishonourable". Sebab perang dapat ditamatkan dgn korban yg lebih sedikit berbanding cara yg "honourable" di medan perang.
Pengeboman Hiroshima & Nagasaki juga sbg isyarat amaran kepada USSR yg cuba menakluk Jepun. US & USSR pada asalnya adalah sekutu, tapi selepas mengalahkan Jerman diorang berdua mula bersaing.

Lumrah politik. Sebelum musuh bersama jatuh, kawan; selepas musuh jatuh, tikam.
Jadi kalau bukan sebab adanya bom atom US, mungkin Jepun pun akan berpecah jadi Jepun Utara dan Jepun Selatan macam Korea. Sebab tu most orang Jepun tak lah berdendam dengan US pasal pengeboman Hiroshima dan Nagasaki malah menginsafi tindakan diorang semasa WW2.
USSR tengok US ada bom nuklear, dia pun nak. Dan pada tahun 1949 USSR berjaya menguji bom nuklear pertama. US pula nak pastikan ia sentiasa mendahului USSR, maka US pun cipta bom nuklear spesis baru iaitu H-bomb yang lagi dahsyat pada tahun 1952.
And of course USSR pun mampu kejar dan hasilkan H-bomb sendiri, malah H-bomb milik USSR bernama "Tsar Bomba" adalah senjata paling power pernah dicipta oleh manusia, menghasilkan letupan dengan kekuatan 50,000 kilotan TNT.
Bila tengok US dan USSR ada, yang lain pun nak jugak. UK join "nuclear club" pada tahun 1952, diikuti Perancis (1960), China (1964), Israel (1967), India (1974) dan Pakistan (1998). Yang terkini adalah Korea Utara (2006).
Namun begitu, WW3 masih tak berlaku. Sampai ada sarjana IR mencipta istilah "nuclear peace". Maksudnya kewujudan senjata nuklear actually menghalang peperangan sebab negara2 pemilik senjata nuklear takut nak berperang sesama lain sebab ia akan membawa kemusnahan yang dahsyat.
Negara berperang kalau benefit melebihi kos. Kalau sebiji bom nuklear dah memberi kos berpuluh ribu nyawa, siapa nak berperang. Jadi sejak 1945, dunia tidak lagi menyaksikan kuasa-kuasa besar berperang secara direct, walhal benda tu biasa je sebelum 1945.
Kalau nak berperang hanya boleh pakai proksi. Macam di Korea US sokong Korea Selatan, USSR sokong Korea Utara. Di Vietnam, US sokong Vietnam Selatan, USSR sokong Vietnam Utara.
Kejatuhan rejim komunis USSR pada tahun 1991 menamatkan Perang Dingin, sekali gus membuat perlumbaan senjata nuklear tidak lagi perlu. Kali terakhir US buat ujian senjata nuklear adalah tahun 1992.
US dan negara-negara pemilik senjata nuklear lain pun mula mengurangkan bilangan senjata nuklear. Pada tahun 1986, jumlah senjata nuklear dunia adalah 64,449. Sekarang tak sampai 14,000.
Pada tahun 1996, negara-negara juga menandatangani Comprehensive Nuclear Test Ban Treaty yang melarang ujian bom nuklear. Yang masih degil buat ujian hanya Korea Utara je.
Walaupun tak buat ujian, kuasa2 besar belum ada niat nak hapuskan senjata nuklear. Perjanjian Treaty on the Prohibition Nuclear Weapons yang diusulkan oleh PBB pada tahun 2017 tak dapat sambutan. (BTW, perjanjian ini adalah hasil cadangan Malaysia & Costa Rica pada tahun 2007).
Sebab kalau tiada senjata nuklear, politik antarabangsa akan kembali kepada zaman pra-1945 di mana kuasa2 besar akan berperang pakai conventional weapons. Tapi dengan senjata nuklear, tak kira US-Russia atau US-China tension macam mana pun, diorang sekadar berperang dingin saja.
Jadi senjata nuklear sekarang dah kira macam "necessary evil" demi "greater good" kestabilan politik antarabangsa.

Walaupun kewujudan senjata nuklear membawa kemusnahan, tapi kewujudannya juga menghalang kemusnahan. How ironic.
You can follow @AymanRashdanW.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: