Baik, apa itu Forex (Foreign Exchange)?
Secara mudah, Forex ialah pertukaran matawang asing.

Ia tergolong dalam kategori jualan Bai as-Sorf.
Alamak! Jargon Islamik.

Bai as-Sorf ialah jualan matawang.
Kita biasa tukar matawang di kaunter tukaran matawang.
Eh, kenapa berbeza? Bukankah jual beli itu halal?!

Ya.
Namun, terdapat hadis dari Ubadah RA (HR Muslim) yang meletakkan peraturan tertentu dalam jual beli emas dan perak, matawang dulu.

Emas dan emas, perak dan perak nilai pertukarannya mesti sama dan serahan segera (spot).
Jika bertukar emas dan perak, kuantitinya boleh mengikut permintaan pasaran, namun serahan mesti segera (spot).

Contoh: 1kg emas = 10 kg perak, harus dengan syarat serahan segera (spot).

Kedudukan emas dan perak diqiyaskan kepada matawang moden hari ini.
Maka, pertukaran RM 100 wajib dengan RM 100.

Serahan RM 100 dengan $25 boleh dilakukan kerana Ringgit dan Dollar ialah item berbeza (ibarat emas dan perak) - mengikut pergerakan pasaran matawang.

Namun, serahan mesti segera (spot) menepati tuntutan Hadis Rasulullah SAW.
Maka, transaksi di:
-Kaunter tukaran wang
-Unit pelaburan, pengurusan risiko institusi kewangan Islamik
-Syarikat patuh Syariah seperti disenaraikan Lembaga Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

Menepati syarat as-Sorf.
Bahkan, ini keperluan Bank Negara Malaysia.
Selesai bab Forex di kaunter tukar wang dan bank Islamik. Hukumnya HALAL.

Apa bezanya dengan Forex online yang difatwakan HARAM oleh JAKIM?

Beza utamanya ialah entiti bernama CFD (Contract for Differences).
CFD (Contract for Differences) ialah kontrak derivatif (ambil nilai dari aset dasar) untuk mendapat posisi dalam sesuatu aset tanpa memiliki aset.

P.s: Komen Ustaz Arham Merican, bekas pegawai Syariah MIDF, pembantu pengurus bank Ar-Rajhi, dan ialah murid Syeikh Ali Al-Qaradaghi
CFD (Contract for Differences) ialah kontrak derivatif (ambil nilai dari aset dasar) untuk mendapat posisi dalam sesuatu aset tanpa memiliki aset.

P.s: Komen Ustaz Arham Merican, bekas pegawai Syariah MIDF, pembantu pengurus bank Ar-Rajhi, dan ialah murid Syeikh Ali Al-Qaradaghi
Tiada pemilikan aset secara hakiki? Maksudnya?

Maksudnya, pedagang CFD hanya bermain dengan pergerakan harga (Contract for Difference in Price).

Contoh:
A beli(long) 0.01 lot CFD GBPUSD dengan target akan meningkat sebanyak 100 pip melalui broker atas talian.
Adakah A memiliki GBP? Tidak.
A ada kontrak CFD atas 0.01 lot GBPUSD.

Ini bercanggah dengan Bai' (jual beli) dalam Islam dari segi bahasa dan definisi, iaitu:

Adanya pertukaran sesuatu dengan sesuatu yang lain, dan berlakunya pemindahan pemilikan secara syarak.
Analogi lain:
A: Aku acah beli GBPUSD minggu ini.
Nah $131 aku letak sebab aku jangka nilainya naik ke $134.

B: Aku acah jual GBPUSD minggu ini.
Nah $131 aku letak sebab aku jangka nilainya merosot ke $128.
Adakah pemegang CFD memiliki GBPUSD?
Tak.

Mereka hanya bermain atas pergerakan harga tanpa memiliki matawang tersebut.

Ini terlarang berdasarkan hadis Nabi SAW:
لا تبع ما ليس عندك
Jangan jual sesuatu yang tiada padamu
(HR Tirmizi)

Inilah realiti broker 'Forex' atas talian.
Selain CFD Forex, broker atas talian juga menawarkan CFD atas:

-Komoditi (Emas, perak)
-Kripto (Bitcoin, Ripple, Ethereum dsb)
-Minyak (USOIL,BRENT)
-Saham
-Indeks pasaran

Namun apapun, hukum CFD ialah HARAM kerana ia bukan transaksi jual beli sebenar.
Perhatikan kenyataan broker Forex atas talian:
CFDs are complex financial products and come with a high risk of losing money.

Ya, hakikatnya broker atas talian berdagang CFD dan bukan Forex.

Ada yang kononnya memisahkan Forex dan CFD, walhal mereka menggunakan CFD Forex.
Selagi broker atas talian menggunakan CFD dan bukan berdagang Forex sebenar, hukumnya takkan menjadi harus.

Pedagang Forex atas talian boleh cuba nafikan hakikat ini, namun mereka tahu bahawa perdagangan mereka bukanlah bertukar matawang sebenar.
Syubhah dan hujah palsu 'pejuang' Forex atas talian:
1. Bank pun buat Forex.
Bank guna wang betul, bukan CFD. Sudah dijawab.

2. Forex atas talian haram sebab tak dicukai.
Arak dan rokok dicukai, namun tetap haram mengikut syariat Islam.
3. Ustaz Dusuki kata halal.
Ustaz Dusuki bukan ahli kewangan. Dia terkhilaf dalam isu ini. Ikutlah ahli kewangan Islam dan fatwa.

4. Kami dagangkan duit betul.
SALAH. Kalian dagangkan CFD. Sudah dijawab.

5. Ustaz pun main Forex.
Kalau ustaz makan babi, kamu pun makan babi juga?
6. Forex atas talian haram kalau tiada ilmu analisa teknikal, fundamental, tak letak stop loss, tak ada risk management, skip FOMC, tak tahu Fibo/Elliot Wave dsb.

SALAH. Forex atas talian haram sebab kalian dagangkan CFD atas Forex, bukan Forex betul.

CFD itu haram.
Pendek kata, ketahuilah apa yang didagangkan dan belajarlah Fiqh Muamalat.

Ingat pesanan Umar Al-Khattab:
لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدين

Jangan seseorang berjual beli dalam pasar kami, melainkan bagi siapa yang telah faqih dalam agamanya.
(Riwayat Tirmizi).
Seperti permintaan Syeikh
@nikfakhrulhafiz
Kena ulang bab CFD dua kali, untuk menekankan pentingnya fahamkan apa itu CFD.
You can follow @ahnewyear19.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: