Sebagainya wedding photographer.😄

Saya kongsikan beberapa jenis pengantin semasa majlis perkahwinan dari faktor

1. Pose
2. Deliver picture

supaya kita sebagai jurugambar dapat adapt dan mempelbagaikan lagi cara melayani ragam pengantin.

(A thread)
1. Pengantin Mainstream.

-Mainstream ini mudah nk kata, mereka ikut sahaja apa yg photographer conduct, kebiasaannya pengantin mcm ni, fikrah (pemikiran) mereka adalah

- Gambar asal ada (moment)
- Nak byk pose
- Nak creative shot (some of)
-Taknak compo yg luar dari mainstream
Maksudnya compo yg lebih kpd photographer saja yg faham nilainya. Pengantin jenis ini mcm susah sikit nak faham

Dan diorang tak kisah sgt gambar candid.

Tapi diorang nak kreatif shot (bagi aku mainstream) contohnya macam main tarik2 dgn bridesmaid, tindih kepala dan sebagainya
Situasi pengantin yg jenis pertama ini, lebih kepada peranan photographer

Jadi jangan shot pose yang wajib saja, perbanyakkan juga pose-pose yang happening & creative shot walaupun itu bukan prinsip anda. haha

Layankan saja, kemungkinan juga anda dapat feedback yang baik. hoho
2. Pengantin High Class

Pengantin High Class ini biasanya tempat Nikah & Sanding mereka nampak eksklusiflah contohnya di Forest Valley, Kajang.

Bagaimana kebiasaannya pengantin jenis ini?
Pengantin jenis ini kebiasaanya, majoriti mereka memang taknak kreatif shot main tarik-tarik dengan bridesmaid, suami pakai tiara, isteri pakai tengkolok ke, nak cubit-cubit pipi semua tu.

Bagi mereka shot candid dan yang main (wajib) sudah cukup.

Contoh candid :
Ini pula main pose di pelamin :
Sebab bagi mereka, mereka taknak buang masa dengan shot yang pelik-pelik.

Pengalaman saya, saya sendiri pernah kena remind dengan client yang jenis ini a week before majlis yang dia taknak pose pelik-pelik, nak lebih gambar moment and candid.
And ya, kebiasaannya juga mereka ini jenis tak kisah gambar tak banyak, asalkan gambar tu cukup dan editing kemas.

Maksud kemas tu macam mana?

Haa kalau muka tu tembam, kena kuruskan, kena retouch muka. Very particular punya olang lah senang cerita.
3. Pengantin Nak Semua

Korang baca pun korang dah faham, haha

Maksudnya dia nak gambar yang wajib, nak creative shot, nak gambar moment & candid.

Pengantin yang ni mudah saja, cuma photographer akan double penat teruk sebab nak cukupkan footage diminta.

Tapi aku okay ja, ceh.
4. Pengantin Candid & Moment

Haa korang pernah tengok gambar abg @rahim_isam kan? yang gambar mereka more to storytelling & candid dan compo yang kadang-kadang out of the box.

Yes, yang tu.

Dan aku rasa sudah mula market para pengantin nak gambar-gambar style Ruh & Nafs.
Sebab some people said that gambau candid ni valuable dia lebih sikit.

Jadi ini adalah beberapa jenis client yang umum kebiasaanya anda akan jumpa nanti bila jadi weeding photographer.

Sekarang, apa yang akan perlu take note bila baca thread ini?

Ayuh sambung sikit lagi.
1. Stick pada style photos anda, but make it flexible.

-Maksudnya, ada client ni kadang2 tak ambil tahu pun bagaimana style photo kita.

Contoh anda identiti gambar anda ala-ala Ruh & Nafs.

Tapi client request nak gambar main tarik-tarik dengan bridemaid juga.
Maka layankan saja, jaga hati client. Jangan pula kita cakap

"Maaf kak, saya jenis tak buat pose-pose macam tu, tak minat"

Haa habis kecik hati dia kalau anda cakap macam tu.
2. Jangan abaikan jenis-jenis pose & compo yang standard.

-Sebab kadang-kadang kita jadi shooter untuk production lain kan?

Maka jgn buat sesuka hati shot ikut style kita, gambar creative shot cek main byk, tp pose wajib sikit. Habis.

So please, respect the production's SOP.
Tapi bagi aku lah, korang belajar je & polishkan skill shooting kita dari semua jenis shot yang aku cakap tu.

Sebab untungnya kat diri sendiri juga, tak rugi apa-apa pun.

Dan semua jenis shot tu memang penting dalam gambar.
Cuma bila melibatkan client ni.

Kena pandai manage & adapt, mana pose & shot yang perlu dikurangkan dan dilebihkan.

Supaya kita tahu apa yang kita perlu shot.
Jadi sekadar itu saja, thanks for reading this thread.

JazakAllahukhair🌿

Twitter :

@byRMIRUL

Instagram

http://instagram.com/amirulruslam 
http://instagram.com/rmirul.wedding 
You can follow @AmirulRuslam.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: