Sejauh mana anda sayang pada iPhone? Sepanjang saya menggunakan iPhone, hanya sekali sahaja iPhone saya bermasalah dan dihantar ke ASP untuk tuntutan warranti.

Boleh katakan semua iPhone yang saya miliki masih mempunyai kondisi yang baik serta bebas dari sebarang masalah.
Saya sentiasa memastikan iPhone berada dalam kondisi kering. Pemakaian pelindung iPhone yang tahan lasak dan tidak menyebabkan kepanasan melampau mengelakkan bateri iPhone dari bermasalah.

Aksesori kabel dan palam sudah tentulah asli atau mempunyai pengiktirafan MFi.
Saya tidak sekali menguji kekuatan iPhone dengan membuat "drop test" kerana ia akan mengakibatkan isu pada komponen dalaman iPhone

Saya tidak sesekali merendam iPhone ke dalam air dan pantang untuk saya lakukan sedemikian walaupun iPhone dilindungi dengan penarafan IP 67/68
Saya juga jarang memasang permua di dalam iPhone untuk mengelakkan panas melampau.

Paling penting, setiap minggu saya akan mengelap iPhone menggunakan cecair pembasmi kuman.
Saya bukanlah kaya seperti orang yang lain, kerana itulah saya menjaga sebaiknya. Bukan berkorban ribuan ringgit, tapi beli kabel pasar malam
You can follow @XavierNaxa.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: