Perkara nampak islamik tapi menyusahkan orang lain

1.Doa panjang2 lepas solat kat surau mall & RNR

-Tempat kecil,ramai yg menunggu tapi masih nak doa2 panjang

-Tengok la jugak keadaan,ada org yg ada kejar masa dan ada waktu solat yg singkat
2.Parking kenderaan untuk solat Jumaat bersepah tapi keluar lambat sebab nak solat sunat

-Dah la dtg lambat,parking block jalan,lepas tu lambat keluar sebab nak buat amalan sunat.Padahal kat rumah pun boleh solat sunat

-Akhirnya jalan jadi sesak,ada kenderaan yg tak dpt keluar
3.Datang solat Jumaat lambat,tapi nak saf pertama

-Ini selalu aku tengok,dtg masa khutbah yg kedua lepas tu langkah dan langgar semua org sebab dia nak dapat kan saf pertama
4.Solat kat laluan kecemasan lebuh raya

- Ada rukhsah(kemudahan) untuk org musafir,boleh jamak qasar dan solat hormat waktu lepas tu qada

-Solat dlm kenderaan pun boleh

-Kalau tiba2 ada ambulance nak lalu atau ada kereta yg langgar peraturan guna laluan kecemasan mcm mana?
5.Solat sunat kat depan pintu laluan keluar/masuk

-Ni mmg selalu jumpa,lepas solat fardhu,masing2 nak balik rumah mesti ada sorang pakcik yg solat kat depan pintu keluar

-Kalau ada satu je jalan keluar,mmg kena tunggu la dia selesai solat
6.Paling rare sekali,masjid kat taman aku buat qiamulail pada bulan Ramadhan.Solat jemaah tahajjud pkl 3 pagi pakai speaker luar masjid,pkl 4 lebih pagi baru habis

-Mcm mana yg ada anak kecil yg nak tidur
- Mcm mana pula dgn anggapan non muslim ?
-Mereka yg berkerja esok pagi?
Beberapa minit sebelum berbuka tu waktu paling mustajab doa.

Waktu tu la nak baca doa panjang2,bila masuk waktu berbuka,baca bismillah terus berbuka,makruh jika lambat kan berbuka https://twitter.com/sybh_/status/1289793083521953792?s=19
8.Solat subuh dan maghrib yg waktu nya singkat,elok la baca surah pendek,lagi2 kalau surau mall yg kecik

- Kalau subuh tu orang nak masuk kerja,nak hantar anak pi sekolah

Bukankah ada hadith Nabi s.a.w percepatkan solat kerana dengar tangisan anak kecil https://twitter.com/mnxamin/status/1289795189993742336?s=19
9. Surau wanita ni telekung terhad,selalu nya yg dah solat maghrib tak nak buka telekung sebab nak menunggu solat isyak

-Jadi yg dtg kemudian takde telekung nak solat,kena la ingat telekung tu harta wakaf bukan hak milik persendirian,bertimbang rasa la https://twitter.com/KhlshGrfld/status/1289803175772319744?s=19
10.Air wudhuk ialah harta awam,gunakan lah mengikut kadar yg disunnah kan.Jauhi was2 dlm berwudhuk https://twitter.com/mhilmiismail/status/1289812655511752704?s=19
Bacaan tarhim (zikir dan bacaan al quran) sblm subuh,hanya dilarang di Pulau Pinang dan Perlis sahaja.Negeri2 lain masih ada.

Kena tengok juga keadaan setempat,kesesuaian,kekuatan suara dan jangka waktu tarhim tersebut demi keharmonian penduduk setempat https://twitter.com/itsyusri/status/1289837010392244224?s=19
You can follow @zackfaraday.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: