Sejujurnya, ramai orang tanya pandangan saya tentang Mentalist Joker atau @dairijoker ni.

Selama ini, saya memilih untuk berdiam diri kerana saya tidak kenal beliau siapa & saya tak cukup maklumat.

Tetapi, tweet seperti ini buat saya tak senang duduk. https://twitter.com/dairijoker/status/1289397520884326401
Jarang sekali ayat2 seperti ini keluar daripada seorang yang benar2 profesional.

Sebenarnya, ada sangat banyak perkara yang buat saya rasa kredibiliti Mentalist Joker ini meragukan.

Tetapi saya tidak mahu menuduh apa2.

Cuma, saya nak bertanya 5 soalan:
1. Kau kata kau doktor.

Dengar cerita kau bekas pelajar UMS.

Boleh jelaskan latar belakang pendidikan?

Doktor apa? Dr perubatan ke? Kalau ya, ada nombor MMC?

Ke doktor PhD? Kalau ya, buat PhD di uni mana? Bidang apa? Buat tesis tentang apa? Siapa SV? Publish jurnal apa?
2. Kau kata kau “relationship therapist.”

Di Malaysia, pekerjaan relationship therapist tidak wujud.

Kalau ada, diselia bawah badan apa? Ada perlesenan?

Profesion yang khusus bidang kesihatan mental ialah kaunselor, psikologis klinikal & psikiatris.
Kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Psikologis Klinikal berdaftar dengan Malaysian Society of Clinical Psychologist.

Psikiatris berdaftar dengan National Specialist Register.

@dairijoker berdaftar dengan badan mana?
3. Kau kata kau kerja hospital.

Hospital mana? Sebagai apa?

Mana ada pekerjaan Relationship Therapist di hospital.

Yang ada di hospital ialah kaunselor, psikologis klinikal & psikiatris.

Kau yang mana satu?
4. Kau buat konsultasi atas talian guna “Skype Call” dan advertise di Shopee

Kau tahu tak, konsultasi atas talian ni kontroversi & banyak percanggahan pendapat tentang isu etika.

Tetapi memang ada yang guna, cumanya...
Kalau ye pun nak guna, American Psychological Association (APA) syaratkan apps mesti patuh kepada Health Insurance Portability and Accountability Act (HIPAA).

Skype bukan apps yang patuh kepada syarat HIPAA.

Sepatutnya, ahli profesional mesti tahu etika ni kan?
5. Tak silap aku, kau kata duit jualan kau kata guna “bayar intern di hospital” tempat kau kerja.

Sejak bila doktor bayar elaun intern?

Patutnya pengurusan hospital yang fikir urusan elaun, bukan doktor.
Ini antara soalan2 yang ditanyakan oleh netizen dekat aku.

Aku kata aku tak kenal kau, kena tanya kau sendiri.

Jadi aku harap kau dapat bantu jelaskan.
Aku tak nafikan kau memang pandai menulis dan bagi motivasi. Ada bakat. Mungkin ramai orang kau tolong.

Itu aku tak nafikan.

Yang aku persoalkan ialah kredibiliti.

Isu-isu kesihatan mental ni tak boleh cakap sebarangan, bro.

Mesti kena ada kredibiliti.
Don’t get me wrong.

Kalau sekadar advokasi isu kesihatan mental, tiada masalah.

Yang jadi masalah bila seseorang menggelar diri doktor, relationship therapist & siap ada konsultasi online.
Ramai yang advokasi kesihatan mental dalam masa yang sama menghormati batasan masing2.

@AimanPsikologi , @aimanazlan90, @FarisNazrin18 , @nurjehaada @mindakami semua advokasi tetapi tidaklah melampaui batas dengan mengaku mereka pakar.
You can follow @akif_basri.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: