DEPRESSION SUSAH NAK
SEMBUH KALAU KAU..

Sendiri yang tak mahu sembuh, tak kisah la sakit apa sekali pun dalam dunia ni. Ya, makan ubat & berehat adalah salah satu langkah nak sembuh. Tapi kalau kau asyik merungut dan fikirkan sakit, sakit dan sakit. Ia susah nak sembuh.

Thread
Luahan #DMJoker
Ribuan orang aku dah rawat, ada yang sembuh dan bahagia. Ada yang tak sembuh-sembuh lagi masih bergantung harap pada ubat. Tak kisah la kau ada depression atau diagnos dengan sakit-sakit tertentu. Kau susah nak sembuh kalau kau sendiri taknak keluar dari sakit itu.
Ya. Aku faham kau sakit. Sometimes pemikiran kau orang lain susah nak faham. Kau rasa hidup ni susah dan tak bermakna. Dengar pesan aku. Ya, mungkin orang lain susah nak faham diri kau. Tapi bukan bermakna kau biarkan sakit tu terus menjadi virus dalam diri kau.
Aku tahu kau sedih, trauma atas apa yang pernah berlaku dulu. Aku selalu pesan & #39;TAK SEMUA HIDUP SESEORANG ITU DERITA BERPANJANGAN& #39; Yaaa. Tak semua! Dulu kau pernah bahagia, kau pernah tersenyum riang, ada ramai kawan.
Sometimes dalam hidup kita ni ada UP & DOWN, bila kau happy perlu sentiasa syukur. Bila kau down akan muhasabah diri dan cepat2 bangkit semula. Jangan disebabkan kisah silam, kau tak nampak lagi bahagia akan datang. Jangan camtu. Aku tak suka kau terus macam ni.
Aku bukannya tak faham kau. Aku faham sangat kau. Tapi kau kena bangkit, cari jalan keluar dari sakit itu. Usaha untuk sembuh. Bukan melayan dan biarkan sakit itu terus menghantui kau. Kau sendiri kena kuat, kau sendiri kena lawan sakit tu. Aku taknak kau terus macam ni.
Setiap orang bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada diri mereka. Aku tahu, kau trauma dengan orang sekeliling. Hati kau dirobek, hati kau dilukai. Tapi janganlah sampai kau & #39;hilang dalam diri kau sendiri& #39;. Sayangkan masa depan kau. Sayangkan diri kau.
Aku sayangkan kau. Even tho aku tak pernah kenal diri kau. Tapi aku boleh rasa apa yang kau rasa selama ini. Cuma aku nak kau bangkit. Cari kekuatan, jangan mudah give up dalam hidup. Kau boleh bahagia. Ingat pesan aku tu.
Semua orang ada kisah silamnya. Semua orang pernah buat silap termasuk aku sendiri. Tapi bukan bermakna silap yang dulu kau akan derita selamanya. NO... Ini adalah proses ini untuk jadi manusia lebih baik. Learn and earn from mistakes.
Aku tak peduli apa orang sekeliling kau nak cakap itu ini. Langsung aku tak peduli. Sebab mulut manusia tak boleh tutup. Kalau kau hidup nak ubah mulut manusia supaya bercakap yg baik-baik sampai kiamat pun belum tentu ubah. Aku nak kau kawal emosi diri kau.
Tahu apa sakit kau, apa diagnos kau, dan kaedah lawan (self-treatment) yang betul. Bila kau tahu sakit kau. Ikut pesan doc, insyaAllah kau akan sembuh cepat. Setiap penyakit itu ada penawarnya. Dan penawar yg paling mujarab adalah kau YAKIN satu hari nanti kau akan sembuh.
Peringkat Yakin ada tiga. Pertama; Ilmull Yakin (Kau percaya, dengan adanya ilmu, pergi ikut nasihat doc, insyaAllah kau akan sembuh dengan belajar dan faham sakit kau sendiri. Cara nak handle emosi, cara nak kawal diri, sesi terapi dan sebagainya. Sebab kau tahu apa yg nk dibuat
Kedua; Ainul Yakin (kau melihat orang lain sembuh, dan lihat orang lain boleh berjaya dan bahagia dalam hidup. Mungkin dulu kau pernah lihat seseorang yang depress dengan hidup, then dia sihat dan berjaya dalam hidup. Kau yakin dan percaya dengan melihat bukti2 yg ada)
Ketiga adalah; Haqqul Yakin (Kau buat tindakan, kau tahu yang diri kau sakit. Kau tahu bagaimana nak bangkit, kau tahu apa yang nak dibuat. Lastly kau usaha gila gila supaya kau sihat dan bahagia. Bab yakin ini, kau percaya Tuhan akan bantu kau dalam setiap aspek kehidupan)
Sebab tu aku cakap; "Orang lain boleh bantu kau. Aku pun boleh bantu kau. Tapi aku dan yang lain tak boleh bantu kau sembuh sepenuhnya. Semuanya bergantung pada diri kau. Semuanya atas keyakinan dan kepercayaan pada diri kau sendiri."
Sedih dan murung itu normal.. Bila kau alami episod sedih dalam hidup. Tapi jadi tak normal, bila kau sendiri tak yakin kau boleh berjaya. Aku tahu kau penat. Aku tahu kau tak sanggup nak hadap semua ni. Tapi kau kena cari jalan keluar dari segala sakit ini. Aku tahu kau boleh.
Ulasan Joker

Aku ada personal account dan banyak berkongsi tentang mental health ini. Then aku decide untuk buat satu acc khas diberi nama & #39;Mentalist Joker& #39; satu medium / platform untuk anak muda berkongsi dan sebarkan positive vibes pada semua orang.
Aku cuma nak anak-anak muda terus bahagia dan suksess dalam hidup. Aku tanak kau semua terus derita macam ni. Kau semua ada masa depan yang baik. Cuma kau kena perbetulkan hidup kau. Jangan risau, one day semuanya akan kembali normal
Yang paling penting,
Kau jangan give up!
Itu je...
-Call Joker Consultation-
Fees Included ; https://bit.ly/2WkH8il 

-Beli">https://bit.ly/2WkH8il&q... Ebook Joker @ Shopee-
100 Pesan Joker : http://bit.ly/2KSZe5N 
The">https://bit.ly/2KSZe5N&q... New Human : https://bit.ly/3ewTzz9 
29H">https://bit.ly/3ewTzz9&q... Move ON : https://bit.ly/3doh4KM ">https://bit.ly/3doh4KM&q...
Terpaksa Putus : https://bit.ly/30fkyLn ">https://bit.ly/30fkyLn&q...
Seminar Online ‘Bangkit’ akan diadakan pada 8 Ogos 2020 @ 9-11 malam. Ini adalah seminar kedua live bersama Mentalist Joker. Jom sertai sekarang, tiket adalah terhad.

Dapatkan Tiket :
https://bit.ly/2BoqisB ">https://bit.ly/2BoqisB&q...
Happiness Jar by Mentalist Joker [Limited Edition] Ada 60 positive quotes untuk 30 hari (Pagi & Malam) Sesuai untuk boost up motivasi diri & self reminder kebangkitan diri

Order Sekarang
https://bit.ly/3htJoxz ">https://bit.ly/3htJoxz&q...
You can follow @dairijoker.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: