Dulu pernah ada kes, pintu rumah jiran diketuk seorang lelaki. Lelaki tu hanya memakai tuala.

Dia kena simbah petrol pada badannya selepas dia selesai mandi di rumahnya. Kena bakar hidup-hidup sampai mati. Pembunuh tengok je lelaki tu cuba padamkan api.

Nak tau apa jadi?
Petang kejadian dalam pukul 6.30 petang, seorang lelaki kelihatan meronta-ronta berlari meminta tolong jirannya. Dia nak pinjam telefon jirannya sebab ada benda dah berlaku di rumahnya. Lelaki tu cuba hubungi adiknya supaya cepat datang ke rumah.
Ketika itu, jirannya dapat melihat lelaki tu berada dalam kesakitan kerana baru sahaja dapat padamkan api. Badannya dibakar oleh seseorang. Jirannya syak yang bakar ialah bekas isteri lelaki tu. Lelaki itu masih tinggal bersama bekas isterinya walaupun mereka sudah bercerai.
Jirannya dapat merasakan ianya adalah perbuatan bekas isterinya kerana jiran dapat mendengar mereka bergaduh. Sebelum lelaki itu tiba di rumah jirannya, jiran terdengar mereka seakan-akan menyebut 'jangan, jangan'. Mereka tidak syak lagi lelaki itu bergaduh dengan bekas isterinya
Ketika adiknya lelaki tu sampai di rumah, lelaki itu terus dibawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Semasa perjalanan, lelaki tu sempat bagitau adiknya, 'ini perbuatan bekas isterinya'. Tetapi, dia tidak menceritakan lebih lanjut apa sebenarnya yang berlaku dalam rumah
ketika kejadian itu. Mungkin semasa dalam perjalanan itu, lelaki itu masih menahan kesakitan. Tidak sempat untuknya bercerita apa sebab bekas isterinya simbah petrol padanya. Dia pun tiba di klinik. Tetapi, dia dinasihatkan segera ke hospital.
Ini kerana doktor dapat melihat kesan terbakar pada badan mangsa sebenarnya agak teruk. Mangsa dinasihati dihantar ke Johor Specialist Hospital. Tetapi, rawatan yang dibuat di hospital tersebut hanya untuk 12 jam sahaja. Keluarga mangsa bercadang untuk menghantar mangsa
ke Singapore General Hospital untuk menerima rawatan lanjut. 12 hari selepas berada di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia. Doktor sahkan dia mati kerana 'septicaemia due to severe burns'. Tetapi, adakah mangsa boleh dianggap dibunuh?
Ketika kejadian itu, mangsa bersama bekas isterinya tinggal bersama 3 orang anak mereka. Jadi, anak mereka mungkin dapat melihat apa yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian. Anak sulung mereka yang berusia 11 tahun ceritakan apa yang terjadi. Ketika itu, dia bawa
kedua-dua adiknya masuk ke dalam bilik mereka. Kerana dia dengar mak dan ayahnya bergaduh. Selepas itu, semasa anak sulung tu keluar dari biliknya, dia dapat melihat ayahnya dah terbakar. Ayahnya sedang cuba padamkan api di badannya. Ketika itu, emaknya pun ada di situ.
Tetapi, emaknya hanya berdiri dan melihat sahaja ayahnya terbakar. Ayahnya kemudian keluar dari rumah dan meminta pertolongan jiran. Disebabkan fakta ini, bekas isteri mangsa didakwa di bawah s 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh mangsa.
Pendakwa raya, jabatan peguam negara berhujah, setelah melihat pada fakta kes ini, suspek sebenarnya mempunyai niat membunuh mangsa. Mangsa disimbah dengan petrol dan dibakar hidup-hidup dengan jelas membuktikan adanya niat membunuh. Suspek langsung tidak menunjukkan apa-apa
reaksi untuk membantu padamkan api pada badan mangsa. Jadi, tiada keraguan bagi membuktikan bahawa suspek sebenarnya membunuh mangsa. Adakah hujahan ini boleh diterima pakai?

Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan sebaliknya. Melihat pada fakta kejadian, mangsa mati
12 hari selepas dia dimasukkan ke hospital. Perbuatan tertuduh menyimbah minyak petrol ke tubuh badan si mati dan menyalakan api yang menyebabkan kebakaran pada badan si mati tidak dilakukan dengan niat untuk membunuh. Tertuduh tidak berniat hendak menyebabkan kecederaan tubuh
badan si mati sebagaimana yang diketahui oleh tertuduh
berkemungkinan menyebabkan kematian si mati. Perbuatan tertuduh itu tidak dibuat dengan niat untuk
menyebabkan kecederaan kepada tubuh badan si mati yang mencukupi dalam keadaan biasa untuk
menyebabkan kematian.
Darjah kemungkinan atau kebarangkalian untuk menyebabkan kematian dalam kes ini tidak sampai pada
tahap kesalahan bunuh di bawah s 302 Kanun Keseksaan.
'Whether the offence is culpable homicide or murder depends upon the degree of risk to human life'.
'If death is a likely result, it is culpable homicide; if it is the most probable result, it is murder'.

Ya memang betul suspek menyimbah petrol pada badan mangsa. Tapi, itu tidak mencukupi untuk membuktikan ianya kesalahan membunuh. Sebaliknya ia dianggap menyebabkan kematian
Mahkamah kemudian menggunakan kuasa untuk menukar dakwaan ke atas suspek dari kesalahan membunuh kepada kesalahan menyebabkan kematian di bawah s 304(a) Kanun Keseksaan.

Setelah pertuduhan itu dipinda, ianya dibaca di hadapan suspek. Suspek kemudiannya mengaku bersalah.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 8 tahun ke atas suspek atas kesalahannya menyebabkan mangsa mati. Suspek tidak boleh dianggap membunuh di bawah s 302 Kanun Keseksaan.
Ketika menjatuhkan hukuman, hakim menyebut 'pada pandangan saya, tertuduh telah melakukan perbuatan yang sedemikian akibat daripada emosinya yang
tertekan dan perasaan marahnya terhadap si mati. Tertuduh juga telah mengaku salah apabila Mahkamah
meminda pertuduhan terhadapnya.
'Pada hemat saya, ini juga menunjukkan bahawa tertuduh telah benar-benar insaf di atas kesalahan yang telah dia lakukan'.

Kes dipercayai berlaku di sebuah rumah di Taman Bertuah, Ulu Tiram, Johor Bahru pada Jun 2001.
You can follow @kamarul14.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: