Setiap hari, 3 jenis pil yg aku kena makan which is Epilim (purple), Luvox (white) & Lorazepam (blue). Luvox utk boost mood supaya aku tak masuk depression mode. Kemudian Epilim akan seimbangkan between manic vs depression mode (I got bipolar type II) dan Lorazepam utk tidur
Bila doc dah prescribe kau dgn ubat, tak bermaksud kali pertama doc bagi ubat jenis tu, terus serasi. Usually seminggu atau dua minggu selepas tu akan ada follow up sbb doc nak tanya side effect ubat. Kalau tak sesuai, tukar yg lain. Tukar tukar sampailah sesuai.
At the same time, tak semua masalah perlukan ubat. Kadang-kadang follow up, kaunseling je dah cukup. Aku dah try hampir 10 jenis padanan ubat berlainan dan macam-macam side effect ada. Paling ganas is rambut gugur sgt banyak dan berat naik mendadak. Tapi kulit masih flawless lah
Kebanyakan pesakit taknak makan ubat. Aku sendiri pernah hidup dalam denial dan tak sentuh ubat utk sebulan. Akibatnya aku relapse dan termasuk zon depression balik. Nak keluar balik sgtlah susah sbb aku bermula dgn depression. Tambah teruk, anxiety pulak datang lepas tu.
So kepada anda di luar sana yg kena makan ubat, sila makan ubat. Bagi yg masih keliru dgn kesihatan mental sendiri, sila pergi ke klinik kesihatan kerajaan dan nyatakan masalah/kebimbangan anda. Dari situ, doktor akan guide dan jika perlu anda akan dirujuk kepada pakar psikiatri
Ramai segan nak jumpa pakar psikiatri sebab takut dicop ‘gila’. Oh itu jauh sekali. Bawah psikiatri tu sendiri ada macam-macam cabang. Org lain nak cop kita begitu begini, lantak dia. Yang penting kita sihat sejahtera. I still can function normally. Takde apa pun setakat ni.
Bila doc kata kau ada mental health issue so nak buat apa ? Dah kira end of your world ke ? Rilex. Takde apa pun. Hiduplah macam biasa. Ingat kau dah tak boleh function macam biasa ke ? Oh silap sama sekali. Jgn layankan perasaan. Bangun dan terus pandang ke depan.
Kenal Demi Lovato ? Mariah Carey ? Mereka ni antara celebrity popular yg struggle dgn bipolar. Tapi steady je cipta kejayaan after kejayaan. Jgn takut. Kau tak hilg apa pun bila hidup dgn sakit ni. In fact, aku tak rasa benda ni sakit pun. It’s just a tiny little part of my life
Kalau life throws you lemon, buatlah lemonade. Ambil peluang sebaik mungkin. Macam aku, bila waktu manic aku datang, aku ambil kesempatan untuk pulun kerja dan bisnes aku habis-habisan. Buat sale kaw kaw. Kutip untung dan nikmati dgn tenang lagi bergaya.
Bila depression mode masuk, ambik masa utk rehat sekejap sbb dah penat otak bergerak non stop waktu manic tadi. Spend time dgn family banyak-banyak and cari hobi yg menyenangkan hati. Yang penting jgn ikut hati dan perasaan okay

Cuma bagi yg ada bipolar ni, hati-hati sikit boros is one of our weakness. Hehe. Jgn berbelanja melebihi kemampuan. Jgn sampai bergolok gadai dan pinjam meminjam. Boros ni level lain punya. Bukan beshe-beshe punya.
For the record, setakat ni belanja paling banyak aku adalah bulan Jun sekitar RM 25k utk dua minggu berjaya dibelanjakan. Alasan aku, it’s my birthday month. So self reward selagi boleh.
Next time aku cerita pula apa yg berlaku di dalam kamar temujanji seorang pakar psikiatri dengan pesakit. Apa soalan-soalan yg ditanya, macam mana suasana dalam bilik rawatan, soalan wajib tanya, macam mana doktor tahu kau cakap betul atau tak dan banyak lagi. Until next time
