Boleh juga, tapi bagaimana untuk kita tahu sesuatu perkara itu "betul", bagaimana kita nak tahu "kebenaran" sesuatu perkara yang betul?

Benar, "betul" dan "benar" itu dapat disahihkan dengan kerangka sekular, tetapi sedikit sebanyak agama juga memainkan peranan. https://twitter.com/azmirleeberty/status/1284738295650414592
Katakanlah, kita hendak melarang seseorang itu untuk berhenti merokok. Mengapa kita perlu melarangnya? Adakah ia benar?

Meskipun jelas merokok itu merosakkan diri, tetapi tiada sesuatu yang jelas untuk memberitahu mengapa iany salah. Boleh saja orang itu sukarela merosakkan diri
Manusia dibina tanpa fakulti moraliti (debatable but for the sake of simplicity), ia tidak tertulis dalam DNA kita, moraliti hanyalah binaan masyarakat.

Mana ada manusia tahu-tahu saja mana perkara yang benar, mana perkara yang salah.
Bahkan di dalam Islam, hanya selepas melepasi batasan umur tertentu, barulah dipertanggungjawabkan kepadanya untuk menggunakan akal fikiran.
Pucuk pangkal moraliti dan etika, adalah daripada agama juga.

Tak semestinya Islam (also debatable, but for the sake of simplicity), tetapi agama.

Agama-agama kuno, Samawi ataupun tidak, mengangkat beberapa prinsip yang menjadi punca moraliti moden.
Sebagai contoh, Golden Rule yakni jangan menyakiti orang sebagaimana kita tak mahu disakiti orang lain, dan beberapa prinsip lainnya.

Hujah utama disini adalah agama tetap memainkan peranan dalam moraliti.
Maka kita berganjak pada hujah kedua, adakah Islam agama dogmatik dan melanggar hak asasi manusia (I'll be writing about this, stay tune)?

Pertama sekali, kita perlu membezakan apakah persetujuan cendekia utama Islam dan pendapat-pendapat asing.
Meskipun terdapat seseorang Ustaz di ceruk-ceruk pedalaman hutan yang mempunyai pendapat yang berlawanan dengan persetujuan aliran perdana Islam, Ustaz itu tidaklah boleh dikira sebagai "jurucakap" utama Islam.
Persetujuan aliran perdana Islam menegaskan bahawa halatuju Syariah terkandung beberapa pangkal;

1. Perlindungan Agama
2. P'n nyawa
3. P'n akal
4. P'n nasab
5. P'n harta
Daripada sudut pandang yang luas, prinsip hak asasi manusia tiadalah beza yang ketara dengan halatuju Syariah.

Benar, terdapat beberapa perkara yang berbeza antara keduanya, aku tak mahu membuat percubaan untuk menyesuaikan Agama dengan sekularisme.
Perkara seperti LGBT, khususnya pengiktirafan untuk mereka berkahwin, pengiktirafan seseorang Muslim untuk menukar jantina, semuanya dilarang oleh Islam. Tetapi larangan ini bukanlah suatu tiket percuma untuk menidakkan hak-hak lainnya.
Walaupun mereka tidak boleh berkahwin didalam Islam, mengikut sejarah Syariah dahulu kala, mereka boleh "berkahwin" melalui cara yang lain daripada yang disahkan mahkamah Syariah. (Perinciannya rumit).
Sama juga dengan penukaran jantina, Islam melarang seseorang Muslim untuk berbuat demikian, tetapi jika sudah dibuat, asalkan tidak murtad, masih berada dalam Islam cumanya berdosa.

Masih juga boleh hidup seperti biasa, tidaklah Syariah aliran perdana meminta mereka dibunuh.
Nah, tiadalah bezanya sangat pun antara Islam dan moraliti sekular, Islam punya hujah adalah untuk melindungi fitrah yakni asal kejadian, manakala moraliti sekular melindungi hak persendirian (meskipun merosakkan diri daripada sudut pandang lain).
Maka tanya diri sendiri, jika anda merasakan apa yang anda buat itu betul, mengapa anda merasakan begitu?
You can follow @RadenKraton.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: