Sebenarnya aku pernah berhenti belajar agama, waktu aku tingkatan lima, aku GIVE UP bahasa arab, Quran hadis sirah semua. Aku buang semua. Sbb masa tu aku nampak guru agama yg aku contohi tidur dengan pelajar sendiri. Aku confuse gila sebab itu pendidikan pertama aku psl Islam.
Aku sempat ikut exam percubaan utk STAM dan aku score tapi aku tetap GIVE UP. Rasa nak memaki je masa tu, sebab aku MARAH tanpa sebab. Guru aku panggil dan kata "tidur mcm tu kalau org nampak tak apa". Sebab aku dh mula memberontak. Jiwa aku betul2 menolak. Aku benci dan confuse.
Tidur maksud aku bkn berzina, tapi tidur sekatil tengok tv mcm anak beranak, pelajar perempuan. Siap buka tudung. Sekolah agama! Sampai skg aku masih sakit hati. Sebab tu aku GIVE UP. Bila cikgu lain tanya, aku senyap, last2 aku g bilik guru, aku withdraw nama dari STAM.
Aku tau, al azhar tak terima pelajar tanpa STAM, jadi aku GIVE UP juga pasal al-azhar padahal suka aku pada al-azhar bukan main-main. Tapi, nak kata Allah kalau pilih manusia, kita pun x boleh nak halang. Misteri sgt. Rasa betul kita ni dalam kuasa Allah. Rasa kagum dan berdebar
Satu hari aku dpt email misteri offer pergi al azhar. Aku cuba, rupanya ada fakulti baru yg terima pelajar SPM dan aku berjaya diterima. Fakulti ulum Islamiah. Fakulti bawah al azhar ni buat MOU dgn Malaysia, aku batch yg kelima.Tapi aku ada masalah lain masa tu masalah kewangan
My mom baru cerai dgn ayah,ayah dh ambil semua harta sblm ceraikan mak.Memang hit rock bottom lah masa tu.Dari ada rumah pada xde rumah,dari kaya jadi miskin, tapi satu yg baik, dari derita kpd bahagia,miskin lebih baik dari hidup derita.Aku tak sanggup tgok mak kena belasah ayah
Mak jadi cleaner je lps kena cerai. Aku masa cuti sekolah mmg jd cleaner tolg mak kt mall. Aku anak cleaner. Dgn gaji cleaner rm300, kau boleh hidup apa kt bandar? nk belanja aku g bljr luar negara? MUSTAHIL. Mak tak bagi sebab xde duit.
Doa je tak cukup. Aku takde kemampuan, mak pula xde duit. Aku rayu pada org yg bawa pljr ke Timur tgh utk bgi aku hutang dulu. Alhamdulillah dia bagi. Jadi aku tau, GAGAL bukan pilihan tapi satu KEWAJIBAN. kalau aku gagal maksudnya aku MATI bersama keluarga aku.
Aku tak main-main. Aku duduk paling depan dlm kelas. Aku tanya banyak, aku belajar sungguh2. Tahun pertama aku mmg rasa nak mati belajar. Tak fhm bahasa arab, Quran aku masih terbata. Aku lps masuk Islam dulu memang tak belajar Quran dari buku Iqra, terus lompat Quran.
kt al Azhar aku kena belajar SEMUA BENDA. Syair arab pun aku kena belajar, dan NO bahasa melayu. Semua arab. Aku buat kerja gila gamble dgn hidup aku. Duit poket aku bawa ke Mesir masa tu rm300 je utk mulakan hidup, beli baju sejuk dsb.
Seb baik ada senior aku buat rise fund utk tolong aku sbb aku mualaf. Dptlah usd800 utk sewa rumah, baju, buku dsb utk beberapa bulan. Tp aku xleh belajar je, kene buat duit. Terpaksa aku buat kuih jual kt kuliah. dpt kumpul duit utk byr sewa.
Lepas dpt keputusan tahun pertama, aku pohon zakat. Alhamdulillah dpt bantuan zakat rm6000 setahun utk bayar yuran kuliah usd 1000 setahun. Tahun kedua aku dpt keputusan elok sikit aku up pohon biasiswa yayasan sabah. Dapat. Lps dpt tu aku dh boleh fokus belajar.xyah buat kuih dh
Result aku
2013 - Tamhidi (Jayid)
2014 - Tahun 1 (repeat Quran)
2015 - Tahun 2 (Jayid) dpt zakat
2016 - Tahun 3 (JJ) Dpt tajaan YS
2017 - Tahun 4 (MUMTAZ.)
Lps aku dpt fokus belajar, baru dpt score. Bersyukur gila masa tu
2013 - Tamhidi (Jayid)
2014 - Tahun 1 (repeat Quran)
2015 - Tahun 2 (Jayid) dpt zakat
2016 - Tahun 3 (JJ) Dpt tajaan YS
2017 - Tahun 4 (MUMTAZ.)
Lps aku dpt fokus belajar, baru dpt score. Bersyukur gila masa tu
Satu perkara yg aku belajar, tawakkal tu sgt penting utk buat apa2 keputusan. Jgn over thinking ttg perkara yg berkaitan ilmu Allah ni. DIA akan bawa kita ke jalan yg betul asalkan kita tak berpaling mensyirikkan DIA.
Aku nak berterima kasih pada org yg hadiahkan aku masa depan hari ni dgn sumbangan2 yg diberi. Sumbangan korang tu dah selamatkan akidah aku dan keluarga aku. Skg ni akulah kunci kepercayaan keluarga, kalau aku tak belajar sampai al azhar, keluarga aku mungkin dh kristian balik.
Sampai skg, aku masih lagi rasa Allah pimpin jalan hidup aku. Apa yg aku tak cukup, Allah hantar org utk bantu aku.Secara misteri atau melalui manusia.Aku bkn wali, tapi kalau kita perhatikan hidup kita, hatta nafas kita ni pun Allah kawal. Cuba rasakan kuasa Allah, Berdebar rasa
Kau kena rasa debaran hati tu, perhatikan betul2, kau akan rasa diri kau hina nak mati, sampai kau serahkan dgn sesungguhnya hidup kau pada DIA. Sampaikan kau tak rasa takut utk mati utk pertahankan agama Allah dan mempertahankan RasulNYA.
Tapi ingat, ia bkn sekadar rasa. Jaga rasa tu dgn ilmu. Rujuk Quran dan Hadis. Bkn sekadar rujuk, tp tahu illah, asbab wurud etc. Tau secara menyeluruh baru amal. Kalau semberono, boleh jadi syaitan dtg kacau, jadi benda lain.
Aku give up pada ilmu-ilmu Allah. Tapi Allah tak pernah give up guide aku.

Ni gambar aku dgn pensyarah Hadis aku, Dr.Laban namanya. Tulis buku hadis dan ajar buku beliau. Beliau antara guru yg aku hormat dan kagum masa belajar dulu.
aku share lagi sekali video aku naik pentas utk ambil sijil konvo. Moga awak yg tgh struggle nk belajar tu teruskan usaha ye. Jgn putus asa. Allah ada temani perjuangan awak tu. Video ni aku share utk zahirkan rasa syukur dan nk tunjuk kt netizen yg pernah beri sumbangan dulu
Dan aku tak malu utk buka pekung di dada pada hari ni. Ni adalah rumah aku. Family aku. Member semua tnya knp x balik.Inilah sebabnya. Member2 byk nk ziarah, mmg aku tolak sbb ni. Terima kasih siapa yg sumbangkan utk mak aku. Beliau bahagia betul duit letrik dh setle.
Korang kalau nak kawen fikir elok, plan elok. Bkn mudah ada mak ayah yg bercerai berai ni. Aku dulu hampir jadi mangsa rogol pedo masa aku umur lima tahun. Trauma sampai skg. Tp mak ayah aku tak ambil tau sbb sibuk gaduh.
Aku masih bina hidup. Apa yg aku yakin, Allah sayang aku. Kekuatan aku ni bermula pada tahun 2012. Sebelum aku berangkat ke Mesir. Aku mimpi jumpa nabi. Mungkin sbb aku rasa dh xde sesiapa dlm hidup aku kot.Aku lost gila, despress gila sampai aku pernah cuba bunuh diri.
Sekolah bagi aku rest sebulan kt rumah sbb kes aku nk cuba bunuh diri kt asrama. Tak kau gila, stay kt asrama ssorg selama dua minggu tanpa makan minum, mak ayah sibuk gaduh, kau xde tmpt nak balik. Aku makan mee basi kt asrama. Aku takkan lupa gilanya hidup aku dulu
Blm tambah kes lelaki2 cuba nak pinang ajak kahwin katanya nk tolong family aku. Aku tak bodoh utk jadikan perkahwinan sbgai penyelesaian. Tambah masalah adalah. Hatta skg ni pun, ada suami org ajk kahwin utk tolg kononnya. Vulnerable btl hidup org mcm aku ni.
Tapi itulah hidup, telanlah ia sepahit apa pun. Kesukaran akan menguatkan. Keperitan akan mendewasakan. Pengalaman mengajar, maka pada Tuhanlah kita serahkan segala.
Kalau ada yg tnya aku xde kawan ke masa sekolah menengah utk tolong aku, jawaban aku : takde. Aku kena tuduh jadi org yg pura2 nk belajar agama Islam utk jatuhkan Islam. Kena pulau. Kena benci. Lonely gila hidup aku dulu.
Doakan aku ye semua, bulan Ogos insya Allah aku kena balik sabah utk Islamkan sorang chinese christian. Dia masih lagi fikir panjang nak masuk Islam ke tak. Aku harap dia dpt petunjuk dan hidayah Allah.