THE DOZEN PERSON OPERATION
FOR THE JUSTICE OF MH17

6 tahun lalu, 12 Pahlawan Negara dihantar untuk satu misi khas mengekstrak Kotak hitam Pesawat malang itu

Sempena ulang tahun ke 6 tragedi ini

Saya membawakan semula kisah perjuangan The Dozen Person

Ini ialah Thread 👇
Segalanya bermula dengan tragedi menyayat hati pesawat MH17. Pesawat ini berlepas dari Amsterdam, Belanda menuju ke Kuala Lumpur, Malaysia

Pesawat ini membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal

Pesawat ini ditembak jatuh di langit Donetsk, Ukraine pada 17 Julai 2014
Teringat waktu ni admin bukak TV time subuh. Tertekan channel @501Awani . Keluar Buletin Awani Khas. Pasal kes ni

Tragedi ini sangat tragis. Sehingga Malaysia buat hari berkabung

Menjadi bertambah tragis apabila mayat mereka hancur hampir tidak dapat dikenali
Namun begitu, bukan sahaja itu yg menjadi masalah. Tempat kapal terbang itu Terhempas ialah di tengah tengah pertempuran antara puak pemisah Donetsk pro Rusia dan Tentera Kerajaan Ukraine

Khabar berita juga turut diterima bahawa tempat itu telah dicemari oleh org ramai
Ada yg mengambil barang berharga mangsa, mengganggu kawasan siasatan dan terdedah kepada kemusnahan akibat perang

Ok untuk pengetahuan sebanyak 43 penumpang dan anak kapal pesawat imi ialah warganegara Malaysia

Semua mayat mereka telah dibawa pulang ke Malaysia
Namun barang paling penting sekali ialah Kotak Hitam ringan pesawat tersebut

Untuk siapa yg tak tahu apa itu kotak hitam.. Kotak Hitam ini merupakan sejenis alat yg merakam setiap apa yg berlaku dalam penerbangan, seperti ketinggian, perbualan dalam kokpit. etc
Disebabkan kotak hitam itu sangat penting untuk siasatan. Satu operasi khas telah dirangka dipanggil Operation The Dozen Person

Melibatkan 12 Pahlawan Negara

Dgn urusan diplomatik berada dlm keadaan tegang kerana masing masing saling menyalahkan siapa yg tembak pesawat itu
Operasi ini diarahkan sendiri oleh Bekas Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib

Sebelum operasi ini bermula, risikan dan persediaan operasi telah dijalankan oleh Agensi Perisikan Luar Malaysia MEIO serta elemen risikan Malaysia yg lain
Senarai anggota The Dozen Person

1) Kolonel Mohd Sakri Hussein(Timbalan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ketua Pasukan

2) Brigadier Jeneral Datuk Dr Ilham Harun( Pakar Odontologi Tentera)

3) Dr Mohd Shah Mahmod (Pakar Patologi)
4) Mejar Dr Hafizi Abdullah (Pakar Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Angkatan Tentera Lumut)

5) Kapten Dr Mohd Zainizam Zainal(Pegawai Perubatan Tentera memerangkap penterjemah)

6) Inspektor Abd Rahim Abd Aziz(Anggota SMART Malaysia dan pegawai PDRM)
Anggota Pasukan Khas Udara TUDM (PASKAU)

7) Mejar Mohammad Mustafa Omar, Ketua Pasukan

8) Sarjan Udara Shahrizal Abu Bakar

9) Koperal Udara Rosli Mustaffa

10) Laskar Udara Kanan Mohd Affendy Ahmad Zaini

11) Mejar Nadzri Musman (Anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)
12) Rosli Shaari(Pakar Komunikasi, Sapura Technology)
Mejar Muhammad Mustafa merupakan anggota yg mahir dan pernah berlatih bersama Pasukan Grup Gerak Khas GGK ATM di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK)

12 anggota pasukan ini mula digerakkan dan memasuki KLIA dan lengkap bersenjata daripada pintu berbeza dgn team Penyelamat
Mereka bergerak selama 9 jam dari sempadan Donetsk menuju ke Kharkiv.

Meredah 10 sekatan jalan oleh Tentera Ukraine

Walau nyawa jadi taruhan, amanah ini harus diselesaikan."

Arahan Kolonel Mohd Sakri Hussein ketika itu

Selain berperanan sbg Ketua Pasukan
Kolonel Mohd Sakri juga bertindak sbg perunding dgn pihak pemisah

Pihak pemisah telah menyorokkan kotak hitam itu dan hanya mahu menyerahkannya kepada pihak Malaysia

Perdana Menteri mengarahkan pasukan ini merunding tiga perkara
1) Semua mayat mangsa (yang ditempatkan dalam gerabak kereta api dingin beku) dibawa keluar dari Torez ke Kharkiv.

2) Mendapatkan semula dua kotak hitam bagi siasatan

3) Memberi akses lokasi nahas kepada pasukan penyiasat

Kolonel Mohd Sakri diarah menghubungi Borodai
Ketua Puak Pemisah Donetsk menerusi nombor yg diberi Perdana Menteri sendiri

Disebabkan Borodai tidak fasih berbahasa Inggeris. Kolonel Mohd Sakri diminta menghubungi org kepercayaannya Mr Sergei

Mereka menaiki 2 van bermula jam 4 petang menuju ke Kharkiv dari sempadan Donetsk
Ketika menyambung semula perjalanan ke Donestk jam 8 pagi keesokan harinya, beliau menerima (SMS) daripada sumber yg meminta Kol Sakri berpatah balik selepas pergerakan misi rahsia itu dikesan pihak berkuasa Ukraine, dgn kemungkinan mereka boleh ditahan pada bila-bila masa.
Pasukan ini nekad meneruskan misi ke Donetsk dan menyerahkan diri kepada Allah dan pasukan ini tiba di sekatan jalan raya ke-10, yang dikawal tentera pemisah kira-kira jam 2 petang pada 21 Julai 2014.

Sebaik memaklumkan tujuan ke Donetsk,mereka disapa oleh anggota tentera.
You're late, Mr Borodai is expecting you (Kamu lewat, Encik Borodai menunggu kedatangan kamu)'. Itu katanya. Di sebalik raut wajah ganas tentera pemisah, mereka melayan kami dengan baik dan memberi perlindungan keselamatan yang ketat," katanya.

Petikan wawancara @beritaharian6
Kenderaan The Dozen Person dikawal rapi ke Bangunan Pentadbiran Serantau Republik Rakyat Donetsk yang menempatkan pejabat Borodai sebelum dibawa ke tingkat enam.

Rundingan tertutup berlangsung antara Sakri dan Borodai bersama orang kepercayaannya, Purgin Andre
dengan dibantu jurubahasa tentera, Kapten Dr Mohd Zainizam Zainal di tingkat 11

Sakri berkata, Borodai juga mahu urusan penyerahan kotak hitam dan mayat dipercepatkan kerana mereka mendapat tekanan pihak antarabangsa, selain berdepan risiko diserang tentera Ukraine.
Borodai cuma meminta diberi sedikit masa menyiapkan proses dokumentasi, selain menguruskan bahan bukti berkaitan, termasuk mayat mangsa yang ketika itu berada dalam gerabak kereta api di Torez.

Beliau meminta Kolonel Sakri menandatangani surat akuan serah terima bahan bukti
Saya memaklumkan perkembangan proses rundingan kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri bercakap dengan Borodai dan memberitahu kerajaan Malaysia menghargai komitmennya menjayakan proses rundingan itu," kata PM
Borodai dan tenteranya memberi layanan mesra semasa kumpulan The Dozen Person di sana

Borodai turut memberikan ruang pejabatnya untuk Pasukan The Dozen Person berbuka puasa dan solat sementara menunggu sidang media
Hotel itu bukan sahaja menempatkan Anggota The Dozen Person tetapi turut berlaku rundingan antara Pertubuhan Bagi Keselamatan dan Kerjasama Eropah(OSCE)

Selepas penyerahan itu. Kotak hitam itu diperiksa di hadapan media oleh Mejar Mustafa
Sebaik sahaja Blackbox di serahkan .. pasukan ini mula merangka langkah bagi mengelirukan pihak2 yang ingin merampas blackbox tersebut. Mereka menyimpan blackbox didalam beg galas dan tiada siapa tahu di beg yang mana satu black box tersebut tersimpan.
dan kebetulan sebaik sahaja penyerahan di buat Donetsk di serang oleh tentera ukraine. Pertempuran yang sangat sengit berlaku dengan tembakkan roket berganda dan menuver kereta kebal t-72 dan BMP bertali arus.
Censored.

The Dozen Person kemudian dilepaskan keluar mengatur perjalanan pulang ke Kharkiv dari Sempadan Donetsk

Membawa pulang kotak hitam, bersama 282 mayat dan 87 bungkusan plastik yg mengandungi cebisan mayat ditempatkan di peti sejuk beku
Kolonel Mohd Sakri turut mengarahkan anggota The Dozen Person supaya mempertahankan kotak hitam ini walau dgn nyawa sekali pun
Akhirnya selepas sekatan dan tentangan.

The Dozen Person tiba di Kharkiv

Setibanya di Kharkiv berlaku perebutan tentang siapa yg layak mengambil kotak hitam itu

FBI US mahukan kotak itu. Begitu juga dgn pihak perundangan Ukraine
Pihak perundangan Ukraine mendesak agar pasukan ini menyerahkan kotak hitam itu termasuk menerangkan Undang Undang Ukraine kepada team Dozen Person kenapa mereka perlu serahkan kotak itu

The Dozen Person berusaha berunding dan memperjelaskan keadaan kepada pihak di Kharkiv
Kolonel Mohd Sakri menjawab kotak hitam itu datang dari MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak jatuh di Donestk, bukannya Ukraine. Mereka perlu minta kebenaran daripada DSG

Hasil siasatan itu juga nanti akan diserahkan kepada ICAO
ICAO stand for Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa

Kotak hitam itu kemudian diserahkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman,
Seterusnya diterbangkan ke Farnborough, London menggunakan pesawat khas dengan kawalan ketat pegawai keselamatan Malaysia dan Belanda untuk proses siasatan.

Disebabkan mereka ini. Siasatan dpt dijalankan dan membawa kepada penangkapan 4 org yg menembak pesawat tersebut
Gambar anggota Pasukan The Dozen Person
Gambar ketika sidang media penyerahan kotak hitam itu kepada Pasukan The Dozen Person oleh puak pemisah

Untuk pengetahuan. Penyerahan dibuat tanpa bayaran atau sebarang syarat
You can follow @Marchfoward.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: