Cadangan Penukaran Nama Jesselton Kepada Kota Kinabalu

[Ini adalah thread]
Cadangan penukaran nama Jesselton kepada Kota Kinabalu telah dinyatakan oleh Pengerusi Perikatan Sabah dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tun Mustapha bin Datu Harun pada tahun 1966.
Cadangan tersebut telah diutarakan dalam ucapan beliau dalam satu Perhimpunan rakyat di Tambunan, Sabah. Di dalam ucapannya, Tun Mustapha menyatakan bahawa nama Kota Kinabalu disyorkan supaya ia tidak tersilap dengan Gunung Kinabalu, iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.
Nama Kota Kinabalu juga dipilih bagi menghormati kaum Dusun yang merupakan kaum teramai yang tinggal berdekatan gunung tersebut.
Menurut Tun Mustapha lagi sikap bermegah-megahkan orang-orang asing harus dihapuskan kerana nama bandar Jesselton itu sendiri sebenarnya diberikan bagi memperingati seorang Naib Pengerusi Syarikat Borneo Utara British di Sabah, iaitu Sir Charles Jessel.
Beliau berharap agar anak cucu dan keturunan yang akan datang berbangga dengan perjuangan serta kemajuan yang dilakukan oleh penduduk tempatan di masa lalu.
Di samping itu, Tun Mustapha turut mengesyorkan supaya setiap negeri di Malaysia menamakan jalan raya dengan nama negeri-negeri lain di Malaysia. Beliau juga mengesyorkan supaya sebatang jalan raya di ibu kota Kuala Lumpur diberi nama Jalan Kinabalu.
Usaha ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi persefahaman dan dapat mengingatkan kembali serta mempelajari sejarah tempatan demi menghidupkan semangat kebangsaan.
Really appreciate if you guys could help me RT this thread. Thanks 🌹

@SABAHtwt @KKCity @ErenaTakeuchi
@thepatriotsasia @MasidiM @FarishAziz
You can follow @hadesmelayu.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: