Harini kita share nota yang boleh bantu awak untuk buat karangan je hehe 🤩

Kata - kata hikmat tokoh! thread!
Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur hidup untuk mendapatkannya - Albert Einstein

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya - John Petitsenn
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat - Joseph Conrad
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah,
maka matilah orang itu - Whittier

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya - Saidina Ali
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal kebahagiaan itu mudah, kerana bermula daripada dirinya sendiri - Said Mustafa
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka - Charles Cahier

Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah - Rahmohan Ghandi

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia - Richard Brinsley Sheridan
Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan - Mognon Me Lauhlin

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah pada kesabaran - Horatius

Jika manusia masih tetap jahat walaupun beragama, bagaimana lagi jika tiada agama? - Benjamin Franklin
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang - William J. Siegel

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran - Flower A. Newhouse
Lombong emas dalam diri kamu ialah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan - Abdullah Mansur M.H

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang - Samuel Johnson
Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan benteng yang tidak dijaga - Napoleon Bonaparte

Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa - Goethe
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang - Anonim

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu daripada adab dan pertanyaannya, bukan daripada jawapan-jawapannya - Voltaire
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya - Voltaire

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menjadi sahabat sempurna seseorang - Hamka
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat - Khalifah Abdul Malik Marwan
Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang - Aristotle

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya - Khong Hu Cu
Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai orang tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak  mempercayai orang - Frank Crane

Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah - T.S Matthews
Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda - Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah - Lao Tze

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi - Confucius
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia - Richard Brinsley Sheridan

Kebahagiaan ialah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya - Emerson
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita.Hidup menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan - Harieta Wahab
Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan  dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya - Stahl P.J
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya - Marcus Aurelius

Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap - Al-Ghazali Bayruni

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat - Beng Tju
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji - La Roche
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh - Albert Einstein

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah

apa-apa yang boleh kamu buat untuk negara - Abraham Lincoln
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti - Hukama

Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka - Soekarno
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan ialah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan - Andre Colin
thread terputus 😬 https://twitter.com/spmdoubletwenty/status/1283725051309649920?s=19
Semua pencapaian manusia dan kegagalan diterima ialah kesan langsung pemikirannya - James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu - Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan ialah ketekalan matlamat - Benjamin Disraeli
Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain - I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya - Aristotle
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah - Jose Joaquin Olmedo

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah - Philip Massinger

Kegagalan ialah asas kemenangan - Lao Tze
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidakmenjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat - Joseph Conrad
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah - Philip Massinger

Kegagalan ialah asas kemenangan - Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah - Lao Tze
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang - Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang - Cecil B. DeMille
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak

mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan - Peribahasa Arab

 Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya - Confucius
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya - Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi - Confucius
Ilmu ialah kuasa - Francis Bacan

Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah-tengah lautan,
namun cita-cita manusia tidak pernah hilang - Hamka.
Kepuasan terletak pada usaha
bukan kejayaan - Mahatma Gandhi

Jikalau satu-satunya yang ada hanyalah tukul,
maka semua masalah akan dilihat seperti paku - Maslow
Orang yang dilahirkan di dalam kandang kuda, tidak semestinya akan menjadi kuda - Pepatah Inggeris
You can follow @spmdoubletwenty.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: