HAL-HAL HALBA

Salah satu bahan penting dalam nasi dagang #terbawangbawang ialah HALBA sebab aroma & rasa halba akan kontras rasa nasi dagang dikukus santan.

Dari mana datangnya halba ni? Betul ke halba boleh kawal kanser? Orang pernah guna untuk awet mumia?

Thread:
Halba ni mat saleh panggil fenugreek. Nama saintifik dia Trigonella foenum-graecum, termasuk dalam keluarga legum atau kekacang.

Kita panggil halba sebab saduran dari bahasa Arab, hulbah. Asal halba ni dulu mula ditanam di Timur Tengah.
Pada zaman Mesir purba, halba digunakan sebagai salah satu bahan untuk awet mumia dan bahan tambahan dalam kemenyan.

Masyarakat India dan China purba guna halba sebagai ubatan tradisional.

Sekarang? Halba di mana-mana.
Macam-macam kegunaan halba. Dalam kari & gulai itu pasti. Ada yang buat sabun & kosmetik. Ada juga yang guna halba sebagai bahan dalam krim untuk rawat luka.

Yang pasti, halba ada banyak manfaat kesihatan:
1- TAMBAH SUSU IBU

Kajian Journal of Alternative and Complementary Medicine kata teh halba boleh membantu ibu meningkatkan pengeluaran susu. Halba juga ada magnesium & vitamin yang meningkatkan kualiti susu dan menjaga kesihatan bayi.
2- TURUN TAHAP KOLESTEROL

Kajian The British Journal of Nutrition menunjukkan halba berkesan membantu kurangkan kolesterol.

Sebab halba banyak serat yang hancurkan kolesterol berlebihan. Tahap kolesterol buruk menurun ketara, boleh elak serangan jantung & strok.
3- KAWAL DIABETES

Kajian pada tahun 2005 menunjukkan penambahan biji halba dalam diet pesakit diabetes bantu turunkan tahap glukosa darah.

Sebab halba ada 'galactomannan', serat yang memperlahankan kadar gula diserap ke dalam aliran darah.
Banyak lagi manfaat halba: Mengurangkan ketidakselesaan haid, menghalang kanser kolon, mengurangkan simptom menopaus, dan sebagainya.

Menarik juga bila kita teroka khasiat herba yang sebenarnya ada dalam makanan kita.
Kalau ada masa, kami akan kongsikan lagi info macam ni. Jangan risau, slot nasi dagang #terbawangbawang ada kalau nak order.

WhatsApp terus: http://wa.me/0173200917 

End of thread.
You can follow @terbawangbawang.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: