IBU BAPA KEJAM DIPENJARA 27 TAHUN GARA-GARA SIMBAH ANAK DENGAN AIR PANAS, KURUNG DALAM SANGKAR KUCING HINGGA MATI
Awalnya, mangsa yang masih bayi itu telah diserahkan kepada ibu angkat iaitu Zufarina Abdul Hamid disebabkan pada 2011 ibu bapanya Ridzuan Mega dan Azlin Arujunah tidak mempunyai pekerjaan selain menghadapi masalah kewangan.
Ketika dijaga olah ibu angkat, mangsa diberi kasih sayang sepenuhnya seperti anak sendiri. Namun nasib malang merundung anak itu apabila pada tahun 2015, pasangan suami isteri ini telah mengambil semula anak mereka daripada Zufarina.
Penderaan demi penderaan telah berlaku setahun selepas itu iaitu pada tahun 2016. Berdasarkan kronologi kes daripada pendakwa raya yang dipetik daripada Today Online, memaklumkan suspek, Ridzuan Mega yang merupakan bapa kandung mangsa telah menggunakan playar untuk mencubit
bahagian punggung dan paha mangsa beberapa kali sehingga meninggalkan kesan lebam. Kejadian tersebut telah berlaku pada bulan Julai 2016.
Pada bulan Ogos 2016, ibu kandung iaitu Azlin Arujunah didakwa bertindak memukul badan dan kaki mangsa menggunakan penyapu kerana mangsa dikatakan telah menumpahkan biskut di lantai dapur rumah mereka.
Susulan daripada kejadian itu, mangsa telah tempang dan tempurung lututnya tidak sejajar selain terdapat kesan parut di bahagian perutnya.
Bukan itu sahaja, suspek juga didakwa telah menolak bahu mangsa sehingga menyebabkannya terjerumus dan kepalanya terhantuk di bucu tiang.
Disiram dengan air panas
Pada akhir bulan Ogos sehingga awal September, Ridzuan Mega telah menekapkan sudu logam yang panas ke tapak tangan kerana mangsa telah ‘mencuri’ susu tepung untuk dimakan. Pada Oktober 2016, Ridzuan sekali lagi ‘menghukum’ mangsa dengan hukuman yang sama.
Mangsa juga pernah dicucuh api rokok di bahagian lengan dan dipukul menggunakan penyangkut baju kerana mangsa tidak mengaku telah ‘mencuri’ susu tepung.
Sekitar 15 hingga 17 Oktober 2016, Azlin didakwa menarik pergelangan kaki mangsa supaya menghalangnya daripada melarikan diri sebelum menyiramnya menggunakan air panas.
Lebih kejam apabila Azlin mencurahkan sebanyak 3 kali di bahagian kaki dan 5 kali di tangan sehingga menyebabkan kulit mangsa menggelupas.
Pada 17 hingga 20 Oktober, Azlin sekali lagi telah memercikkan air panas dan Ridzuan membaling beberapa cawan berisi air panas ke arah mangsa. Mangsa juga didakwa telah ditumbuk oleh bapanya itu.
Lebih teruk, pada 21 hingga 22 Oktober, pasangan ini dituduh telah mengurung anak lelakinya yang berketinggian 105cm ke dalam sangkar kucing berukuran 70cm (tinggi), 58cm (lebar) dan 90cm (panjang).
Mangsa kemudian disiram dengan air panas di bahagian belakang dan betis hanya kerana enggan mandi.
Bukan itu sahaja, kepala mangsa turut dipukul menggunakan penyapu. Mangsa terus rebah dan tidak bergerak tetapi ibu bapa hanya membawanya ke hospital enam jam kemudian. Mangsa dilaporkan meninggal dunia sehari selepas kejadian iaitu pada 23 Oktober 2016.
Pendakwa memaklumkan suhu air panas tersebut antara 86.5 ° C dan 98.7 ° C sehingga menyebabkan dua pertiga tubuhnya melecur. Penganalisis HSA Crystal Lau Liang Sung memberi keterangan bahawa calitan daripada sangkar tersebut mendedahkan terdapat kesan DNA mangsa.
Selanjutnya, pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 27 tahun dan 24 kali sebatan ke atas Ridzuan Mega Abdul Rahman pada 13 Julai 2020. Manakala, isterinya iaitu Azlin Arujunah dikenakan hukuman penjara 27 tahun selain tambahan 12 bulan penjara.
Hukuman tambahan itu dikenakan ke atas Azlin sebagai ganti hukuman sebatan yang tidak dilakukan ke atas wanita demikian laporan yang dipetik daripada Mothership sg.

Sumber: Today Online, Mothership sg
Jangan lupa join group telegram bawah 👇ni

https://t.me/joinchat/FT71Lxr8lFLGu0fCbaCFVg
You can follow @isusemasaviral.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: