Tahukah anda ada seorang rakyat Malaysia beragama Islam yang namanya tidak ada bin/binti? Pada Februari 2020 JPN Johor telah diarahkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk membuang “bin Abdullah” pada nama seorang anak luar nikah dan nama ayah biologinya juga tidak boleh digunakan.
Ramai daripada kita sedia maklum bahawa terdapat fatwa mengatakan nama seorang anak beragama Islam yang dilahirkan di luar pernikahan harus dinamakan dengan “bin Abdullah” namun di Johor, fatwa tersebut tidak digazetkan maka ianya tidak mempunyai status undang-undang yang sah.
Di dalam kes ini, pemohon telah menggunapakai Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 bagi meletakkan nama ayah biologi kanak-kanak tersebut. Seksyen ini menyebut bahawa jika terdapt persetujuan antara ibu dan ayah biologi, maka “surname” boleh digunakan.
Namun, majoriti panel 4 orang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat bahawa orang Melayu Islam di Malaysia tidak mempunyai “surname”. Menurut mereka, “surname” adalah nama keluarga yang diwarisi (hereditary name) manakala nama ayah adalah nama peribadi (personal name).
Majoriti panel tersebut membuat keputusan bahawa Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 tidak tergunapakai kepada orang Melayu Islam di Malaysia. Kenapa kes di Johor ini harus menggugurkan “bin Abdullah” tersebut? Kerana ianya bukan satu undang-undang di sana.
Seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 2003 mengatakan bahawa sesuatu fatwa yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hanya boleh dijadikan sebagai undang-undang Syariah di negeri Johor jika ianya telah digazetkan.
Pada tahun 1981, Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat satu fatwa bahawa anak luar nikah haruslah menggunapakai perkataan “bin Abdullah” pada namanya walaupun ibu dan ayah anak tersebut akhirnya berkahwin jua.
Oleh yang demikian, anak luar nikah didalam kes tersebut kini hanya dikenali dengan namanya sendiri tanpa “bin Abdullah” mahupun nama ayah biologinya. Panel Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan menyebut bahawa perkara melibatkan orang Islam harus menggunapakai undang-undang syariah.
Kes ini mungkin akan mempunyai keputusan yang berbeza di negeri yang telah menjadikan fatwa meletakkan “bin Abdullah” pada nama anak luar nikah sebagai undang-undang (digazetkan). Dalam apa keadaan, undang-undang Persekutuan adalah lebih tinggi daripada Syariah. #IkhwanKongsi
Kes ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ini akan menjadi rujukan yang mustahak jika kes-kes yang serupa dibawa ke mahkamah pada masa akan datang.
Johor hanya mewartakan perkara berkenaan nama anak luar nikah pada 21 Mei 2018, iaitu anak luar nikah boleh dibin atau bintikan dengan 99 nama suci Allah. Pendaftaran nama anak dalam kes ini dilakukan pada tahun 2012, 6 tahun sebelum pewartaan undang-undang itu. #IkhwanKongsi
Ingin ditegaskan lagi sekali dalam kes ini bahawa Mahkamah Persekutuan bersetuju bahawa anak tidak sah taraf atau anak luar nikah tidak boleh dibin atau bintikan dengan nama ayahnya. Namun dalam kes ini, pendaftaran dibuat sebelum 2018 maka “bin Abdullah” juga harus digugurkan.
Apa yang lebih menarik dalam kes ini adalah dapatan daripada 3 orang Hakim-Hakim yang membuat keputusan “dissenting”. Hakim Nallini mengatakan Malaysia adalah negara sekular maka undang-undang Persekutuan harus digunapakai berkenaan nama anak Islam bukan undang-undang Syariah.
Hakim David Wong pula mengatakan, kebajikan anak tersebut pada masa akan datang harus diambilkira. Maka, Seksyen 13A boleh digunapakai oleh anak luar nikah Melayu Islam. Namun harus diingat, keputusan majoriti adalah keputusan yang mutlak dan diambil kira serta mengikat.
Penghakiman penuh boleh dibaca dengan citation penuhnya seperti berikut:

Jabatan Pendaftaran Negara & Ors v A Child & Ors (Majlis Agama Islam Negeri Johor, intervener) [2020] 2 MLJ 277
Ingin saya tegaskan di sini bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan ini hanya berkisar kepada kes anak luar nikah sahaja. Janganlah diputar belit sehingga melibatkan nama-nama orang di Tanah Arab dan sebagainya. Kes ini juga tiada kaitan dengan nama anak sah taraf yang tiada bin.
Tujuan bin atau binti ini ada banyak hikmahnya termasuklah dalam hal-hal berkaitan pewarisan harta, perkahwinan dan sebagainya. Orang Islam tertakluk juga kepada hukum hakam agama. Ini tidak dapat dinafikan. Kedudukan dan implikasi anak luar nikah dalam agama cukup jelas.
Kes ini cuma menjadi panduan jika tiba-tiba ada pasangan yang ada anak luar nikah. Bagaimana nak letak nama anaknya; boleh ke letak nama ayah kandung, perlu ke letak bin Abdullah etc. Itu saja, cukup mudah perbincangannya. Sekali lagi, kes ini hanya berkenaan kes anak luar nikah.
You can follow @JatIkhwan.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: