Saya telah memerhati bahawa Bernama, agensi berita negara yang amat bertauliah, yang melaporkan bahawa Muhyiddin, yang melancarkan kudeta terhadap kerajaan sebelum ini, kurang sangat berpolitik, melakukan tanggungjawab mereka.

Iaitu berkongsi video orang lain tanpa penyelidikan
Video ini...tidak membuktikan kewujudan apa-apa kesalahan dalam dokumentari Al-Jazeera dan mengelak daripada menggunakan fakta langsung dalam bahasnya.... Saya akan meneliti semua bahas yang dihujahkan untuk menunjukkan bagaimana setiap bahasnya adalah kurang tepat.
15. Tuan di atas memberikan contoh bahawa di Amerika, kita tidak dibenarkan merakam pegawai sekuriti di "White House". Fakta menarik tetapi adakah undang-undang Amerika digunapakai di Malaysia?
14. Tuan tidak membuktikan apa-apa kata salah dalam bahas ini, dan hanya mengakatakan bahawa wartawan akan berisiko untuk penyakit. Sebab itulah wartawan dikira sebagai pekerja penting. Tanpa mereka, kita tidak tahu jika kerajaan kita mempergunakan kuasa mereka?
13. Tuan juga tidak menunjukkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh Al-Jazeera dalam dokumentari mereka dan hanya mengangkat isu bahawa mereka telah menutup kawasan komen mereka.
Saya ingin berbincang tentang kes MalaysiaKini dipersoalkan oleh polis di Malaysia kerana komen bawah artikel berita mereka. Pendakwa Raya Malaysia mengatakan bahawa MalaysiaKini perlu mengambil tanggungjawab untuk komen dalam artikel mereka.
12. Tuan membawa pembahasan bahawa kerajaan tidak ada masa untuk menjawab soalan wartawan tersebut kerana COVID. Ini alasan tidak munasabah. Dia bertanyakan Kementerian Dalaman, bukan KKM Mereka tidak bertanggungjawab untuk COVID.
Tidak ada seorang pun langsung, daripada kerajaan yang mana beribu-ribuan bekerja, boleh menjawab beberapa soalan?
11. Tuan mengakatakan bahawa tindakan kerajaan bukannya berbaur perkauman. Walaupun gambar dan laporan yang dikeluarkan hanya menceritakan bahawa hanyalah migran berkulit gelap ditangkap oleh kerajaan, dan tidak ada cerita langsung berkenaan penangkapan migran berkulit putih,
saya tidak mahu membahas adakah tindakan kerajaan ialah rasisme kerana itu memerlukan pembahasan yang agak panjang, lebih panjang daripada artikel yang saya menulis sekarang.
Walaupun begitu, agak senang untuk kita melihat bahawa tindakan kerajaan terhadap migran ialah xenophobia. Kerajaan mengatakan bahawa migran lebih berisiko membawa penyakit COVID. Itu tidak berdasarkan fakta langsung kerana tidak ada penyelidikan terhadap topik tersebut.
10. Tuan dalam video ini mahu mengakatakan bahawa Al-Jazeera tidak memberi perhatian terhadap negara lain yang rasis terhadap migran mereka dan pada masa itulah saya mengetahui bahawa tuan ini tidak pernah membuat sebuah penyelidikan langsung dalam pmebuatan video ini.
Saya tergelak apabila tuan juga mengatakan bahawa migran di Malaysia tidak dianiayai oleh kerana tidak ada komen bahawa migran di sini kotor dan malas.

Jikalau kita ingin mengendahkan komen yang banyak di sosial media, yang merupakan analisis yang amat cetek, (sebagai contoh)
9. Mungkin tuan tersalah ingat, dan saya akan menganggap itulah yang berlaku dan tuan bukannya menipu kerana dia tertinggal konteks dan memberikan gambaran yang salah terhadap penyataan Puan Sumitha Shaanthinni Kishna. Beliau hanya bertanya jika migran terbabit terhadap JTK
Tuan memberikan naratif bahawa migran sendiri yang menyebabkan mereka menjadi PATI tetapi cerita PATI yang terbabit menunjukkan bahawa dia tidak bersalah. Untuk orang yang tidak menonton video itu, syarikat yang dia bekerja menjadi bankrap sementara majikan dia bersembunyi.
Untuk makluman semua orang, migran tidak boleh memperbaharui visa mereka jika mereka tidak ada majikan yang relevan dan majikan mereka tidak memaklumkan Jabatan Tenaga Kerja bahawa majikan migran itu telah ditukarkan.
Semestinya, tuan-tuan dan puan-puan ingin bertanya mengapa aduan tidak ditujukan terdahap Jabatan Tenaga Kerja tetapi saya ingin bertanyakan balik jika tuan dan puan mengetahui prosedur untuk melancarkan aduan terhadap Jabatan itu?
Dan saya akan terus bertanya, adakah pengetahuan tersebut dapat diketahui oleh seorang pekerja miskin yang baru mempelajari bahasa di negara ini?

Tesco pernah mengatakan bahawa penganiayaan migran yang diibaratkan penghambaan moden, dilakukan dalam Tesco Malaysia
Paspot mereka telah dikembalikan tetapi beberapa banyak lagi kes akan berlaku yang mana migran sah dipaksa menjadi PATI yang kita tidak mengetahui?
8. Tuan mengatakan bahawa Al-Jazeera melakukan kesalahan kerana mereka memberikan pernyataan bahawa orang Malaysia. Saya ingin menjemput semua orang yang menonton video tersebut di manakah mereka memberi pernyataan tersebut kerana mereka tidak pernah mengatakan itu langsung.
Malah, dalam video tuan sendiri, tuan menunjukkan bahawa Al-Jazeera melaporkan bahawa orang Malaysia ingin mengambil kerja yang diambil oleh migran, Jadi, menagapakah tuan memasukkan “kesilapan” tersebut walaupun Al-Jazeera menunjukkan bahawa itu bukannya situasi yang berlaku?
7. Selepas itu, tuan mengatakan bahawa migran tanpa izin ini merupakan risiko yang besar terhadap negara ini kerana kerajaan tidak boleh mengesan PATI ini kerana mereka tidak memiliki dokumen.
Saya setuju dengan tuan sebenarnya. Tetapi apakah yang akan menyebabkan PATI untuk menyembunyikan diri dalam kadar yang tinggi? Dengan menangkap dan menahan mereka.
Seorang doktor yang bekerja untuk MERCY Malaysia, NGO yang telah lama bertapak di Malaysia, memberi pemerhatia yang mana PATI, dengan sukarela, datang untuk melalui pemeriksaan COVID, sebelum serbuan dilakukan. Selepas dilakukan, tidak ramai yang datang untuk pemeriksaan tersebut
Sememangnya, terdapat orang yang akan mengatakan “Oleh itu, kita mesti menangkap semua PATI”. Itu ialah solusi yang dangkal dan tidak munasabah. Berdasarkan satu anggaran, terdapat 4 juta PATI di Malaysia. Tidak mungkin kerajaan Malaysia dapat menangkap dan proses kesemuanya.
Lebih lagi, Depot Imigresen telah lama diketahui sebagai tempat yang sesak. Lebih lagi, untuk mengusir kesemua migran itu akan mengundang penularan COVID kerana beribu-ribuan penerbangan perlulah diaturkan.
6. Ini merupakan pembahasan yang paling jijik dalam video ini. Tuan mengatakan bahawa kerana terdapat anak yang kehilangan ibubapanya kerana COVID-19, oleh itu, kita boleh terima apabila kerajaan mendera kanak-kanak dengan memaksa mereka bawah matahari terik dirantai.
Saya fikir semua orang yang membaca dapat berfikir mengapakah pembalasan ini tidak berlogik tetapi saya akan terus merungkai mengapakah begitu.

Jikalau ada kanak-kanak yang menghilangkan ibubapanya, itu tidak memberikan kebenaran kepada kerajaan untuk menderakan kanak-kanak.
Lebih lagi, tuan tidak bercakap tentang kaum wanita dan tua yang turut dirantai dalam video tersebut. Saya fikir saya tidak perlu mengungkai tentang keadaan dalam depot.
5. Ini, seperti pembahasan ke-14 dan ke-13, tidak membuktikan apa-apa “kesilapan yang dilakukan dalam video Al-Jazeera dan hanya menyatakan bahawa orang Malaysia melalui masa yang gelap dan Al-Jazeera silap kerana mereka hanya memberikan fokus kepada migran
Ini jugalah pembahasan dangkal kerana memangpun fokus terhadap migran. Al-Jazeera telah lama memberikan fokus kepada migran (rujuk kepada berita saya berkongsi). Itu bukannya sebuah masalah kerana untuk melaporkan sesuatu dengan terperinci, kita perlulah memfokus kepada subjek
Lebih lagi, kanak-kanak PATI juga dimasukkan dalam depot yang sama yang kita telah berbincang sebelum ini yang kotor dan yang mana lebih daripada 100 migran mati dalamnya dalam dua tahun?
Selepas itu, tuan memberikan penuduhan yang tak berasas bahawa Al-Jazeera memberikan gambaran yang salah kerana mereka melaporkan pengalaman ibu dan anak. Saya tidak mengetahui bagaimana ini “kesilapan” kerana mereka juga menemuramah lelaki migran muda, orang yang meraikan faedah
Bagaimanakah video ini berbias?

Selepas itu tuan mengatakan bahawa PATI diberikan makanan, pakaian dan rawatan percuma. Mungkin dalam MAEPS tetapi dalam depot sendiri, kita mengetahui bahawa migran yang terperangkap di sana mendapat makanan dan rawatan berkualiti rendah.
Malah, dalam laporan SUHAKAM 2018, fasiliti kesihatan kurang baik di beberapa depot

3. Pembahasan ini tidak penting kerana pembahasan ini ialah perkataan salah (seperti “anti-immigration” dan bukan “anti-illegal immigration”, “foreigners” dan bukan “illegal immigrants”)
tetapi ini pembahasan yang kurang relevan kerana sesiapapun yang menonton dokumentari tersebut mengetahui bahawa mereka berbincang dengan PATI.
Lebih lagi, rasanya orang yang menentang PATI tidak akan menyokong dasar yang memberikan PATI satu laluan untuk mendapat dokumen (jadi mereka menjadi migran sah) dan dalam video tersebut, migran sah juga perlu menunggu bawah matahari terik untuk dokumen mereka diperiksa.
2. Tuan mengatakan bahawa Al-Jazeera mengkritik dasar untuk melakukan penyekatan pergerakan ala tentera tetapi mereka hanya melaporkan bahawa penyekatan pergerakan berlaku. Saya tidak tahu mengapakah itu tanggapan tuan kerana Al-Jazeera hanya menyatakan itu tengah berlaku
Perkataan mereka:

“Authorities have been carrying out military-style operations across the capital of Kuala Lumpur.”

Adakah perkataan tersebut negatif ke? Pada pendapat saya, sememangnya tidak.
Pembahasan terakhir tuan ialah mengatakan bahawa dokumentari ini melakukan kesilapan kerana dokumentari ini tidak melaporkan bahawa Malaysia berjaya menangani COVID-19.
Ini adalah pembahasan yang tidak relevan. Malaysia boleh memberikan respons yang efektif terhadap COVID tetapi pada masa yang sama, menganiaya migran mereka. Kedua-dua situasi ini tidak eksklusif dan jika dokumentari benar, itu situasi yang kita kena siasat dengan lebih lanjut.
Tuan tidak memenuhi syarat untuk membuktikan dokumentari Al-Jazeera adalah palsu. Malah, video yang dikeluarkan malas, tuan tidak membuat penyelidikan langsung dan sudah terang tuan hanya menggunakan menghebohkan rangkaian Youtube dia.
You can follow @Simple_Peasant1.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: