“Doktor boleh tolong check anak saya ni masih dara ke tak?”

Selaput dara, adalah sejenis selaput/membrane halus yang terdapat pada bukaan vagina, ada lubang kat situ yang membolehkan darah haid keluar.
Selaput dara ini bukan keras, dia lembut dan mudah regang. Bila bersukan, jatuh basikal, main gimnastik, naik kuda - lubang yg sedia ada boleh jadi besar ataupun terkoyak sedikit.

Koyakan selaput dara boleh terjadi walaupun bukan dengan hubungan kelamin.
Ada perempuan yg dilahirkan tanpa selaput dara pun. Jika takda selaput dara, atau selaput dara dah pecah - perkara yang amat biasa berlaku dan tak bermakna seorang perempuan atau gadis itu pernah buat hubungan seks.
Ada je perempuan yg pernah buat hubungan seks, tapi selaput dara tak pecah sepenuhnya, lubang yg ada tu membesar sahaja, boleh dikatakan selaput daranya masih elok dan kekal ada.
Jadi kalau nak check sesorang gadis tu dara ke tak dengan hanya check kewujudan selaput dara (Hymen) - LUPAKAN !

Ada atau tiada selaput dara tak bermakna sesorang gadis tu pernah atau tak pernah melakukan hubungan seks
Dara atau tak dara seseorang gadis tu, hanya Allah dan tuan punya badan sahaja yang tahu
You can follow @muhammadeizat.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: