Tips Untuk Beritahu Orang Bahawa Anda Adalah Pengguna iPhone
1. Beli Warna Terbaru

Setiap tahun, model baharu iPhone akan mempunyai warna baharu seperti warna Rose Gold pada iPhone 6s, gold pada Xs dan Midnight Green pada 11Pro.

Anda perlu membeli warna terbaru agar orang akan tahu bahawa peranti anda adalah iPhone terkini di pasaran.
2. Guna Pelindung Peranti Lutsinar

Setelah membeli model terbaru dengan warna baharu, pemilihan pelindung peranti juga dilihat amat penting.

Pilih pelindung peranti lutsinar agar orang mengetahui bahawa anda sedang menggunakan iPhone baharu.
3. Selfie Depan Cermin

Pastikan anda kerap memuatnaik foto selfie di depan cermin terutamanya ketika berada di gym dan fitting room.
4. Cara Jawab Panggilan

Selain itu, ketika menjawab panggilan telefon di tempat awam, pastikan logo Apple peranti anda menghala ke arah orang ramai.
5. Pasang Stiker Apple di Kereta

Antara perkara yang paling rare sekali untuk memberitahu orang bahawa anda adalah pengguna iPhone, pastikan sticker iPhone di dalam kotak ditampalkan pada body atau cermin kereta.

Dengan ini, anda akan dikenali sebagai the legend of iPhone.
You can follow @officialwisermy.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: