Harini aku nak buat review sikit pasal barang barang baby aku beli kat shopee. Utk mak mak atau bakal mak boleh ikut thread ni. Tapi ikut benda yg aku beli je. Yang aku keji tu takyah la beli jugak hahahahanat
Kain mcm ni elok beli kat shopee je. Buat lap mulut atau apa apa yang tumpah kalau baby kau makan ke. Kalau belum fasa makan lagi boleh lap baby lepas minum susu ke. Berbaloi la dengan harga dia, kak pe’ah bagi 5 bintang
Yang ni pun berguna jugak nail trimmer ni. Tapi anak aku suka stail ketip kuku tradisional. Dia renyah benda ni sbb lama betul nak trim kuku tu. Kuku anak aku since baby jenis yang keras so mcm berzaman nak tunggu dia jadi cantik. So far kak pe’ah bagi 3 bintang. Dah jual prelove
Ni pun okay la utk stroller tapi aku x berpaa berkenan sangat sebab kepala dia tu bulat betul. Bila nak lipat stroller je kena alih so end up aku malas nak pakai, nak preloved je sape nak aku jual RM8 je postage korang tanggung. Kak Pe’ah bagi 3 bintang je
Ni antara snuggler yang termurah la abad ni RM80 je sbb dia plain x de alas x de warna tapi aku beli jugak, saja nk merasa tengok mcm mana bentuknya bila kat baby. Okay je cuma pakai dalam waktu singkat. Dua bulan gitu je pastu anak aku dah pandai meniarap dah bye bye la benda ni
Ni azab. Aku ni lepas pantang jenis badan tak menurun tau. Tak best betul pakai benda ni. Renyah. Pastu rasa berlipat je kat perut. Dahlah perut mengandung aku wujud lagi, dgn adanya benda ni lagi tambah kan ketebalan dia yarrr. 2 bintang. Aku patut mintak bang jat sponsor haritu
Ni best sebab dia kecik and masa anak aku sampai 3 bulan, dia minum susu takat 3 oz, 90ml mcm tu je. Tapi pelekat dia tu azab. Kalau kau ganas, jangan pakai brand ni. Aku asal bukak je koyak, asal koyak je aku bukak.... 3 bintang.
Spender munafie tu orang kata bagus kalau nak tutup perut lepas mengandung. Cam celaka tak menjadi kat aku. Kalau kau jenis badan pear atau apple, kau jangan beli. Seksa nak lepas kat celah peha tu. 1 bintang, sebab peha aku tak muat. Kalau duduk spender confirm berlipat
Ni cun, recommended ada hoodie, ada beg dia, ringan, senang bawak travel, aku gi India bawak menatang ni dengan anak aku kehulur ke hilir relax jeee . Kak Pe’ah bagi 5 bintang
Yang ni pun okay. Anak aku sekarang dah susu campur, nenen and powder. So kalau keluar mana mana ni recommended instead of bawak susu dalam tupperware, renyah. Ni pakai buang. 5 bintang
Ni cun, aku pakai dari newborn sampaiiiiiii la ke 8 bulan ni. Tadi baru checkout tube yang keempat. 5 bintang. Lepas mandi pakai ni instead of minyak yuyee sbb minyak yuyee panas.
Insulator ni pun bagus. Kalau travel gi mana mana sila bawak, tapi dia muat botol yang wide neck version pigeon.Paling besar botol aku try tommy tippee boleh, como tomo pun okay tapi x boleh zap la.
Yang ni bila anak kau dah pandai meniarap mmg best, tapi anak aku x minat sangat. Main dalam sebulan je pastu trus bosan tengok haiwan haiwan laut tu. Great sensory play 👍 Just isi air je and then dapatlah kau aquaria 👍👍 4 bintang
Ni semua berbaloi. Botol como tomo, pigeon ppsu semua aku beli sini. Teether tu paling best sbb dari 3 bulan sampai 8 bulan mmg anak aku suka main. Sponge tu function terukzzz. 5 bintang.
Bila baby dah start makan, ni starter kit paling function la utk jenis noob dan mls membaca. lepas dah tau semua benda kau rasa membazir beli satu bekas ni hhahahaha tapi bagus beras and millet dia 👍👍 5 bintang sbb siap bagi recipe dan guide utk mak bapak 0 knowledge psl food
Murah, tapi anak aku x suka. Dia benci sippy cup ni. Patut invest yang mahal sikit. Tapi anak aku sekarang dah pakai cup biasa yg non spill. Nanti aku share. ni 1 bintang je xyah beli. Tercabut sana tercabut sini benci aku.
aku bukan mcm elfira loy, anak jatuh pastu x tau nak buat apa siap masuk rotikaya. aku seorang mak yg efisien. beli terus guard katil ni. good investment utk ygtak pakai baby cot. 5 bintang
Ketam tak function malahan mcm membazir je beli. Aku dah rate orang tu gambar tahi je. Yang wooden toy tu igt besar rupanya besar poen je. Xylophone tu best tapi anak aku asyik nak makan je stick dia. So 1 bintang je.......
Function teruk bamboo plate ni. Aku suka sbb aku x mampu nak beli yg bamboo plate kat mothercare tu, so ini option yg paling bagus!!! Sgt best, anak aku pun suka. 5 bintang
Okay aku suka dia punya plate, tapi its removable. Dia x melekat pada meja pun kadang2. Kena surface yg sgt smooth mcm lantai 😬 overall aku letak snacks je kalau atas silicone plate ni. lembik dan boleh dilipat, 3 bintang
Aku beli pampers brand ni je sbb material dia antara yg menang jugak. Kak Pe’ah bagi 5 bintang!!!! After all brands yg aku dah try miezuu ni paling best sbb kencing pun pampers kering beb. material dia lagi wow dari mamy poko 👍👍 utk yg x kesah pasal harga pampers.
Paling berbaloi beli sudu and garfu utk self eat. Tools yang best gila sbb short handle and sangat okay utk baby yg led weaning or utk ajar makan sendiri. Starts early! 5bintang
Sudu silikon ni bagus gila utk protect gum baby sbb baby jenis suka gigit gigit sudu bila makan and it is easier for them to grasp sudu ni jugak sbb jenis tebal. Shower cap tu hanat, beli tak pakai pun. Aku yg pakai 😂 sudu silikon 5 bintang, shower cap 0 bintang
Face shield utk baby beli tapi tak terpakai sbb baby aku rimas. 0 bintang. Munchkin miracle cup ni aku bagi 6 bintang terus sbb baby aku 8 bulan dah reti sip from open cup. And it is spill free jugak! Baling mcm mana pun air tak tumpah.Kau kena sedut dulu!
Baby feeder ni bagus bila baby kau baru nak start makan puree. Good for beginner 5 bintang. Beli yg kat tempat lain mahal! Utk baby shower toy aku beli sunflower ni rugi betul sbb baby kau kena yang pandai main dulu baru la boleh guna. Anak aku x amazed pun. 3 bintang
aku taktau la kenapa setelah first face shield, aku beli lagi yg kedua. mungkin nak try saja nak usik anak aku sbb dia menangis bila pakai 😂 0 bintang sbb x guna pun hahaha. Yang playmat so bagus utk reduce falling baby terkena terus kepala. 5 bintang!
Kerusi baby gini sesuai utk baby yg berbadan besar je, utk baby mcm aku, nipis dan halus tak digalakkan beli sbb nampak mcm terperesuk ke dalam. 3 bintang je kakak bagi sbb baby aku asyik nangis je dalam ni. Now dah tukar kerusi ikea je. and kekadang x pakai kerusi pun.
Botol botol Emma Qalisha mmg aku beli kat shopee je murah dan berbaloi. Mcm como tomo ni kalau beli kat physical store ada la dalam RM60 jugak utk satu. como tomo 5 bintang pigeon 5 bintang. como tomo breastlike bottle, pigeon pula suction dia very dabomb 👍👍
Wei aku x sangka korang nak baca tweet merapu aku yang dah didraft 4 kali sebelum post ni 🤣 utk bakal mak bapak or kawan kawan yg tgh cari gift idea utk member nak meletop! Sudi sudi la view youtube aku ni. Lama tapi padat dgn bebelan nak beli barang baby
Sudi sudi la subscribe agar aku rajin buat video 😂 sebenarnya aku buat youtube nak buat makeup tutorial, tapi purpose dah melencong!!
Aku kan nak feeling mcm Vivy Yusof ada channel sendiri tau sampai 29 minute video aku ni cerita pengalaman first bersalin. Nak bersalin rasa apa? Ha tengok la tataplah wajahku
Agak agak bosan pls tengok my makeup ig pulak. Aku x jual barang makeup, aku makeup pengantin. Siapa nak kahwin book segera. Hot double date semua dah sold out yeeeeeee
You can follow @ainarwkstar.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: