Sedar tak sedar, kebun aku yg aku bagi nama Kebunurai dah lebih setahun umurnya. Bulan 3 hari tu Kebunurai genap setahun dari mula jumpa tanah. Dari A-Z aku terlibat secara terus semuanya sampai jadi macam sekarang.
Dulu Sekarang
Dulu Sekarang
Mula-mula yg aku tanam ialah pokok buah. Sayur pulak bayam merah. Tu gambar pertama sayur dekat kebun yg aku tuai. Lepas tu hari demi hari aku buat batas sikit-sikit dari tanah kompos dekat kebun. Tanah tu datang dari kompos pokok-pokok yg ditebang masa bukak tanah.
Lepas bayam, aku tanam bendi pulak. Tu bendi pertama dekat kebun. Waktu tu dah mula tanam banyak sayur lain dekat batas. Bayam merah pun dah makin banyak. Mula dari waktu ni dah kurang beli sayur dekat kedai. Yg mana perlu je baru beli.
Dalam waktu yg sama aku baru tau aku kena PCOS sebab pelik berat tak turun walaupun banyak buat kerja lepas tu time period pun sama tak betul. Aku jumpa specialist tanya kenapa. Dia confirmkan aku PCOS. Terus lah diet ceritanya. Menu keli bakar tu menu pertama aku diet.
Disebabkan sebelah kebun aku hutan, banyak binatang buas masuk kebun rosakkan tanaman. Dulu plastik tutup barang kebun aku hilang. Ingatkan orang masuk curi. Rupanya monyet. Babi hutan pun selalu masuk rosakkan semua tanaman. Pokok tumbang, serangan pathogens, macam-macam.
Bila dah berkali-kali pokok buah aku patah riuk kena kerja dengan babi dan monyet, aku pasang jaring hitam keliling pokok. Babi tak kacau terus dah. Babi ni senang je nak kawal dari dia masuk. Pagar kena kuat. Selesai masalah. Tapi bab monyet, buat lah halangan apa pun. Tak lut.
Pastu aku buat para timun dengan tempat teduh sayur manja pulak. Dua projek ni siap tahun ni. Tempat teduh tu aku buat waktu PKP guna bahan terpakai dari rumah. Angkut sikit-sikit bawak ke kebun. Net hitam, cable tight, tali jut dengan skru je beli. Tu tuaian timun pertama kebun.
Hari-hari aku semai pokok baru & experiment dengan memacam jenis pokok tengok hidup ke tidak kalau tanam dekat tanah rendah ataupun tempat yg bukan asalnya. Kadang aku biar pokok jadi tua sebab nak tengok macam mana benih dia terhasil. 1st pic ketumbar, 4th pic ketumbar berbunga.
Aku tanam pokok bunga arachis pintoi keliling kebun terutamanya tempat sayur supaya dia bagi baja nitrogen ke tanaman lain. Tumbuhan ni jugak buat rumput liar lambat naik dan jugak buat kebun nampak cantik. Aku panggil pokok ni bunga kuning.
Aku buat tanah campuran sendiri yg terdiri dari kompos rumput di kebun, abu pembakaran, vermicompost, tahi ayam kompos, pasir. Ikut mana yg ada buat masa tu. Tanah campuran tu banyaknya guna untuk semaian anak pokok. Aku tau semua benda yg digunakan dekat kebun aku.
Aku ada satu pekerja. Selalu ada bila aku berkebun. Tapi tu lah rasanya aku je yg buat semua kerja. Dia buat-buat sibuk je.
Dipendekkan cerita, apa yg aku buat ni tak lah 100% sustainable ataupun self sustain. Apa yg tak cukup masih cari kedai jugak. Tapi itu lah dianya. Susah untuk kita sediakan semuanya sendiri. Tapi kena ada usaha untuk sediakan sebanyak yg boleh sendiri. Yg mustahal baru beli.
Tak pernah terfikir nak jadi petani sepenuh masa. Semuanya jadi secara tak sengaja. Sekarang ni tujuan Kebunurai hanya satu - ajak orang bercucuk tanam secara organik di rumah masing-masing. Meningkatkan kualiti & taraf hidup seisi keluarga.
Gambar terbaru 2020, semakin kurus.
Gambar terbaru 2020, semakin kurus.
Satu ja pesan aku dekat siapa yg masih mencari kerja ataupun belum dapat kerja. Gunakan masa yg ada sebaiknya. Buat kerja part time, kerja apa-apa bidang lain sekali pun, asah skill atau hobi yg ada. Jangan banyak buang masa scroll social media, main game dll. Jadi lagi baik.