Punca-punca rogol & solusinya dari sudut Islam.

(gambar: google)
Sebelum saya masuk kepada topik utama, saya mohon kepada pembaca agar kita mengingati & membantu umat Islam di Syria, Yaman, Palestin, Uighur, Kashmir & selainnya. Bantulah mereka semampu mungkin, walaupun dengan doa.

Janganlah kita lalai & lupa nasib saudara kita di sana.
Baiklah, ayuh kita langsung ke isu kontroversi ini.

Topik rogol telah menjadi perdebatan hangat di media sosial semenjak dahulu, kini, dan mungkin sampai bila². Bahkan semasa saya menulis untaian ini, terma 'rogol' muncul sebanyak 300 kali dalam Twitter sejak sejam yang lepas.
Memandangkan topik ini akan kekal relevan dalam jangka masa panjang, eloklah kiranya saya menulis tentang isu ini.

Saya berharap agar tulisan ini mampu memberikan pencerahan, dan menjelaskan mana² salah faham yang ada, in syā Allāh.
Sebelum itu, saya hendak mentakrifkan frasa 'punca rogol' terlebih dahulu.

'Punca rogol' yang saya maksudkan dalam untaian ini adalah, faktor² yang menyumbang kpd suasana rogol menjadi kondusif.

Tetapi, bukan semestinya punca² ini hadir lantas jenayah rogol pasti akan berlaku.
Dengan kata lain, jikalau wujudnya 'punca² rogol' ini, ia boleh meninggikan risiko jenayah rogol untuk berlaku.

Contoh lain nak faham, kemiskinan boleh meninggikan risiko jenayah curi untuk berlaku, walaupun tidak semestinya orang miskin pasti akan mencuri.

Mudah faham kan?
Baiklah, jika kalian sudah faham konteks 'punca rogol' yang saya hendak sampaikan dalam untaian ini, saya akan terus kepada perbahasan. Ada lapan punca rogol yang saya bakal huraikan, in syā Allāh.

Harap dapat baca sampai habis.
PUNCA PERTAMA

Fitrah lelaki yang mudah tergerak nafsu seksualnya berbanding wanita.
Hakikatnya, nafsu seksual lelaki adalah lebih mudah terangsang berbanding wanita, khususnya apabila lelaki melihat kepada rangsangan visual (visual stimuli).

Dan disebabkan fitrah ini, lelaki lebih berpotensi untuk menjadi perogol berbanding wanita.
Saya fikir informasi ini bukan sesuatu yang aneh. Hampir semua kes rogol dilakukan oleh lelaki.

Bahkan ahli biologi, antropologi, evolutionary biologist, evolutionary psychologist, boleh dikatakan mereka semua sepakat bahawa nafsu seksual lelaki adalah lebih cepat terangsang.
Ada satu buku yang menghuraikan perkara ini dengan panjang lebar. Dalam petikan di bawah, disebutkan bahawa lelaki mempunyai daya tahan nafsu seksual yang rendah etc., maka hal ini memungkinkan untuk mereka melakukan jenayah rogol.
Dalam buku lain, ditulis oleh seorang 'evolutionary psychologist', beliau juga menyatakan perkara yang sama. Dinyatakan bahawa secara umumnya, lelaki mempunyai 'threshold' yang lebih rendah untuk melakukan hubungan seksual.
Para saintis evolusi mempunyai khilaf tentang bagaimana lelaki boleh mempunyai perilaku (behaviour) ini. Ada kata ia adalah adaptasi, ada kata 'by-product'.

Tetapi poin penting di sini adalah, lelaki secara fitrahnya mempunyai nafsu seksual yang mudah terangsang.
Begitu juga dengan rangsangan visual, impaknya kepada lelaki adalah tidak sama dengan wanita.

Lelaki lebih responsif, mudah terangsang, dan melihat rangsangan visual berbentuk seksual lebih lama berbanding wanita.
Dalam satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2004, disebutkan bahawa lelaki adalah lebih responsif apabila melihat rangsangan seksual, dan perilaku ini mungkin natijah daripada sistem saraf lelaki itu sendiri.
Dalam kajian lain, dinyatakan bahawa lelaki cenderung untuk melihat kepada gambar badan, kemaluan & muka wanita lebih lama, manakala wanita lebih fokus untuk melihat latar belakang gambar.

Lelaki juga lebih berminat untuk melihat aksi seksual berbanding wanita.
Daripada kajian² di atas, kita dapat simpulkan bahawa fitrah nafsu seksual lelaki adalah berbeza dengan wanita.

Lelaki lebih mudah terangsang, lebih responsif dengan rangsangan visual, lebih berminat dengan aksi seksual berbanding dengan wanita.
Dan hal ini meninggikan kemungkinan mereka untuk merogol demi melepaskan tempias nafsu mereka.

(disclaimer; fitrah lelaki lebih cepat terangsang nafsu seksualnya ada kelebihan khusus yang dihuraikan panjang dalam beberapa jurnal & buku, bukan di sini tempat perbincangannya)
Bagaimana Islam menangani hal ini?

Caranya adalah, Islam mendidik lelaki agar bersifat malu (ḥayā'), menundukkan pandangan & menjaga nafsu mereka. Banyak kali dalam Al-Qurān & Ḥadīth di mana keimanan sering dikaitkan dengan sifat malu & menundukkan pandangan.
Allāh SWT berfirman;

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka & memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." (24:30)
Dalam surah lain, Allāh SWT menyifatkan orang beriman itu adalah "mereka yang memelihara kemaluannya" (5:30)

Allāh SWT juga menjanjikan kepada mereka yang takut kepada Tuhan serta mengawal hawa nafsunya akan mendapat Syurga sebagai tempat kediamannya (79:41)
Dalam ḥadīth, rasūlullāh ﷺ menggalakkan para pemuda lelaki agar segera berkahwin jikalau mampu kerana hal ini "dapat membantu menundukkan pandangan" (Ṣaḥīḥ: Sunan Nasāī no. 3209)

Dalam ḥadīth lain, rasūlullāh ﷺ bersabda "Malu adalah sebahagian daripada iman" (Ṣaḥīḥain)
Kesemua dalil ini bertujuan hendak mendidik orang² beriman terutamanya yang lelaki agar mereka berusaha mengawal nafsu mereka, menundukkan pandangan mereka, dan segera berkahwin jikalau sudah mampu (kerana hal ini membantunya untuk menundukkan pandangan)
Bahkan bukan setakat menundukkan pandangan sendiri, kita juga dituntut untuk menasihati orang lain supaya menundukkan pandangan.

Pernah rasūlullāh ﷺ memalingkan wajah al-Fadhl ibn 'Abbās apabila beliau memandang seorang wanita (Ṣaḥīḥ al-Bukhārī no. 6228)
Malang sekali, sunnah ini semakin ditinggalkan zaman sekarang.

Lihat sahaja di media sosial. Apabila wanita memuat naik gambar mereka, berderet lelaki yang RT & memuji kecantikannya.

Padahal lelaki patut menundukkan pandangan (dalam masa sama, memuat naik gambar adalah fitnah).
PUNCA KEDUA

Pornografi.

Realiti yang perlu kita sedar berlaku adalah, industri pornografi telah memainkan peranan yang SANGAT BESAR dalam isu gangguan seksual wanita.
Disebabkan pornografi, masyarakat zaman sekarang cenderung untuk melihat wanita sebagai objek seks. Bukan sahaja lelaki memandang mereka begitu, wanita juga cenderung untuk 'sexualize' sesama wanita kerana terpengaruh dengan video² lucah.
Malang sekali, hubung kait antara pornografi dan gangguan seksual telah ditentang kuat oleh golongan feminis (terutamanya feminis lelaki).

Mereka mendakwa bahawa tiada kaitan antara rogol & pornografi.

Mari kita telusuri kajian² di bawah untuk menimbang dakwaan mereka.
Dalam satu kajian (2019), didapati bahawa kanak-kanak yang melakukan hubungan seksual ke atas kanak-kanak lain (child initiator [CI]), kebiasaannya mereka terdedah kepada pornografi & kandungan seksual menerusi media.
Kajian psikologi pada tahun 1988, menunjukkan bagaimana pornografi boleh menjejaskan daya tahan nafsu seksual lelaki, mengakibatkan mereka lebih cenderung untuk melepaskan tempias nafsu mereka (i.e rogol, gangguan seksual).
Penulis yang sama telah menyimpulkan bahawa pornografi, sama ada yang berbentuk ganas (violent porn) atau tidak, kedua-duanya boleh memungkinkan jenayah rogol untuk berlaku.
Dalam kajian lain yang ditulis oleh seorang feminis, dinyatakan bahawa natijah pornografi adalah menormalisasikan suasana wanita akan diperlakukan dengan ganas
Kalau kalian teliti di atas, penulis tersebut telah menemu ramah seorang perogol di penjara, di mana pada asalnya dia juga mula terpengaruh dengan porn & kemudian beransur-ansur melihat 'violent porn'.

Pendek cerita, dia kemudiannya dipenjarakan atas jenayah rogol.
Benarlah kata feminis zaman dahulu kala; "Porn is the theory, and rape is the practice".

Hakikat pahit yang perlu kita telan, pornografi itu sangat bahaya kerana mempengaruhi sesetengah orang untuk menzahirkan nafsu binatang mereka
Bagaimana agama Islam menyelesaikan masalah ini?

Dengan menyuruh penganutnya untuk menundukkan pandangan, menjaga hawa nafsu serta menghukum para pelaku zina yang berlakon di alam maya ini dengan hukuman selayaknya, kerana telah menormalisasikan budaya jijik ini.
Kalau kalian baca kajian² yang saya nukilkan tadi, subḥānallāh, nescaya kalian pasti akan menentang pornografi habis-habisan.

Daripada uniform sekolah hatta hijab Muslimah yang mulia itu, kesemuanya telah diperlakukan sebagai rangsangan seksual dalam pornografi!
Malang sekali, sesetengah wanita Muslimah zaman sekarang telah mengangkat selebriti porn sebagai "queen", "pemberi inspirasi" dsb.

Padahal merekalah yang telah menjahanamkan masyarakat kita & 'mentarbiyah' bakal perogol yang hanya menunggu masa untuk menunjukkan belang mereka
PUNCA KETIGA

Arak

Jarang sekali kita dengar diskusi tentang arak & jenayah rogol. Padahal jika kita mengikuti kes2 rogol yang dihebohkan di media sosial, rata2 melibatkan arak. Pasangan dilalaikan dengan minuman beralkohol, berzina, dan keesokan harinya barulah hendak menyesal
Saya tidak perlu memberitahu bagaimana alkohol menjejaskan kesedaran kita. Kita sedia maklum bahawa seseorang boleh melakukan apa sahaja di bawah pengaruh alkohol termasuklah jenayah rogol, pergaduhan, kemalangan jalan raya dsb.
Kajian di bawah ada menyatakan bahawa, lebih kurang separuh daripada perogol adalah peminum arak yang tegar atau mereka telah meneguk arak sebelum merogol.
Dalam kajian terkini (2020), dilaporkan bahawa 73.6% daripada 850 mangsa rogol di Jerman telah mengambil minuman alkohol semasa gangguan seksual diperlakukan kepada mereka
Kajian psikologi tahun 2007 menyatakan bahawa, minum alkohol boleh meninggikan risiko jenayah gangguang seksual untuk berlaku. Untuk mengatasi hal ini, pengarang mencadangkan bahawa perlunya mengambil kira faktor ‘abusive drinking’.
Bahkan ada sebahagian feminis sendiri berkata (2019), golongan wanita perlu dinasihatkan agar merendahkan kadar minuman alkohol mereka kerana wujudnya hubung kait erat antara alkohol dan gangguan seksual.
Juga, ada seorang penulis pernah mempersoalkan bagaimana cara hendak membezakan gangguan seksual dan seks secara rela di bawah pengaruh alkohol, kerana alkohol itu sendiri telah mengaburkan kedua-duanya.
Di sini kita dapat simpulkan bahawa, arak mampu mewujudkan suasana yang kondusi untuk jenayah rogol berlaku, khususnya dalam konteks ‘dating’.

Biasanya pasangan akan berseronok sakan, khayal dengan arak, kemudian tanpa diduga mereka dirogol begitu sahaja.
Ya, mungkin kita boleh berhujah bahawa wanita yang mabuk tetap tidak menjadi lesen untuk lelaki merogolnya. Saya boleh setuju kenyataan ini.

Tetapi kalau kedua-dua mabuk, agak2 bagaimana perogol mahu fikir?
Sebab itulah Allāh SWT mengharamkan kita minum arak, kerana ia disifatkan sebagai “kotoran daripada Syaitan” (5:90).

Bukan suruh kurangkan kadar minuman, minum sedikit juga diharamkan kerana Tuhan tahu, yang sedikit kita minum itu lama-kelamaan akan menjadi tabiat jua.
Bukan setakat itu, rasūlullāh ﷺ siap melaknat lagi 10 golongan yang terlibat dalam transaksi arak. Daripada pengeluarnya hinggalah kepada yang membelinya, kesemuanya dilaknat belaka (Ḥasan; Jamī’ Tirmizī no. 1295)
Kita dapat lihat bahawa agama Islam bertungkus-lumus menentang akses kepada arak kerana mudaratnya yang begitu besar.

Tapi apakan daya, ada juga yang mempertahankan hak minum arak dengan berkata "Alcohol is the only thing keeping some people sane"
PUNCA KEEMPAT

Penderaan kanak-kanak.
Saya tidak berniat untuk berasa simpati terhadap perogol.

Namun jikalau kita menelusuri kehidupan mereka, rata²nya mereka pernah melaporkan bahawa mereka pernah didera semenjak kecil.
Dan banyak kajian telah dijalankan untuk mencari hubung kait antara jenayah gangguan seksual dengan penderaan semasa kecil.

Hampir kesemua kajian ini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang didera, mereka berpotensi tinggi untuk melakukan jenayah (termasuklah rogol) apabila dewasa.
Kajian yang diterbitkan pada tahun 2016, menyatakan bahawa penderaan seksual semasa kecil adalah sangat berkait rapat (strongly associated) dengan melakukan gangguan seksual apabila meningkat usia kelak.
Kajian (2012) yang melibatkan 10,178 lelaki telah melaporkan bahawa, lelaki yang pernah menjadi mangsa penderaan seksual semasa kanak-kanak, mereka berkemungkinan tinggi untuk melakukan jenayah rogol.
Kajian terkini (2020) turut menyatakan perkara yang sama. Kanak-kanak atau remaja yang mempunyai masalah perilaku seksual, kebanyakkannya mempunyai sejarah penderaan seksual pada masa lampau.
Sekali lagi saya hendak nyatakan di sini; saya bukan berniat untuk berasa simpati terhadap perogol.

Tetapi bagi mengurangkan bilangan perogol pada masa hadapan, eloklah kiranya ibu bapa memberikan perhatian sebaik mungkin kepada anak² mereka.
Apakah pendekatan Islam terhadap masalah ini?

Ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak sebaik mungkin, terutamanya dalam bab tauḥīd & akhlāq.
Dalam Al-Qurān, Allāh SWT menyatakan kisah Luqmān & bagaimana beliau mendidik anaknya dengan tauḥīd & akhlāq.

Kisah ini perlu menjadi iktibar kepada kita semua, khususnya kepada ketua keluarga, tentang bagaimana cara yang betul untuk mentarbiyah kanak-kanak.
Begitu juga dalam ḥadīth, baginda ﷺ berpesan kepada lelaki agar mereka bertanggungjawab terhadap keluarganya. (Ṣaḥīḥ Bukhārī no. 5188)

Keluarga merupakan amanah daripada Tuhan, dan kita semua akan disoal tentang bagaimana kita menguruskan amanah tersebut.
Begitu juga dalam ḥadīth lain, baginda ﷺ berpesan agar kita menunjukkan kasih sayang kepada anak² kita. Seorang sahabat pernah berkata bahawa dia mempunyai 10 orang anak namun tidak pernah mencium mereka, lantas baginda ﷺ menjawab "Sesiapa yang tidak menyayangi...
...maka dia tidak akan disayangi" (Ṣaḥīḥ Bukhārī no. 5997).

Kesimpulannya di sini, agama Islam sangat menekankan pendidikan kanak-kanak. Tanpa pendidikan yang baik, kanak-kanak berpotensi untuk melakukan jenayah & bersifat 'anti-sosial' apabila menjadi dewasa.
Baiklah, setakat itu pada malam ini, saya kepenatan.

In syā Allāh saya akan sambung punca kelima pada keesokan hari, dengan izin-Nya.

Harap dapat teruskan membaca sampai habis.
PUNCA KELIMA

Penjaga (wali, suami etc.) tidak memainkan peranan dalam menjaga para wanita.
Wali & penjaga memainkan peranan yang sangat signifikan dalam membendung jenayah rogol & gangguan seksual. Akibat kelalaian mereka dalam memberikan perhatian yang sewajarnya, golongan wanita bakal terdedah kepada risiko gangguan seksual daripada orang lain.
Satu kajian (2007) telah melaporkan bahawa para pelajar yang tinggal bersama ibu bapa mereka, mereka kurang terdedah kepada risiko gangguan seksual.
Satu lagi kajian (2000), menyatakan bahawa situasi 'date-rape' perlu mengambil kira peranan wali atau penjaga, kerana mereka digambarkan sebagai "known deterrent to violence against women".
Buku yang sama turut menyatakan bahawa, perlindungan wanita daripada gangguan seksual akan berkurangan jikalau wanita meninggalkan kerabat mereka (i.e keluarga, kabilah)
Bagaimana agama Islam menangani masalah ini?

Itulah, dengan menekankan peranan wali, penjaga atau suami untuk memberikan perlindungan & perhatian yang sewajarnya kepada golongan wanita.
Sebagai contoh, dalam bab musafir, wali perlu memastikan bahawa wanita perlu ditemani oleh mahram agar mereka terlindung daripada sesuatu yang tidak elok (Ṣaḥīḥ Bukhārī no. 1086)
Bahkan salah seorang sahabat nabi yang telah tersenarai dalam satu misi ketenteraan, apabila dia menyatakan bahawa isterinya hendak menunaikan Haji, baginda ﷺ menyuruhnya untuk menemani isterinya berbuat haji (Ṣaḥīḥ Bukhārī no. 1862)
Bukan dlm semua konteks wanita perlu ditemani mahramnya ketika bermusafir. Boleh sahaja dia keluar rumah bersama rakan² wanita atau bersendirian dalam kondisi² tertentu.

Tetapi dalam kesemua hal, disepakati bahawa wanita yang ditemani mahram itu adalah lebih baik & selamat.
Dalam urusan pernikahan, wali juga memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa calon menantunya adalah seorang lelaki yang berwibawa, elok akhlak & agamanya.

Kerana itulah urusan perkahwinan tidak menjadi sah tanpa wali (Ṣaḥīḥ: Jamī' at-Tirmīdhī no. 1101)
Hal ini bukan bermaksud wanita perlu dikahwinkan secara paksa. Bahkan wanita berhak memilih bakal suaminya.

Cuma, wali memainkan peranan dalam memastikan bahawa calon menantunya itu seorang yang saleh & benar² boleh menjaga anaknya, dan menasihatinya jikalau perlu.
Tapi zaman sekarang, rata² wali tidak peduli langsung tentang wanita jagaan mereka.

Biarlah anak² mereka berkeliaran sana-sini dengan lelaki yang tidak dikenali, janji mendapat "restu ibu bapa", kata mereka.

Subḥānallāh.
PUNCA KEENAM

Ikhtilāṭ (pergaulan bebas antara lelaki & wanita)
Sebenarnya, percampuran antara lelaki & wanita yang tidak terkawal merupakan faktor BESAR dalam jenayah rogol, khususnya 'date rape'.

Lelaki & wanita baru sahaja berkenalan & bersendirian dalam satu bilik merupakan suasana yang sangat kondusif untuk gangguan seksual berlaku.
Kajian (2018) telah melaporkan bahawa terdapat hubung kait antara gangguan seksual wanita dengan perbuatan 'dating', hubungan romantis dsb.
Dalam kajian lain (2020), dilaporkan bahawa 2/3 daripada 850 wanita di Jerman yang menerima gangguan seksual telah berlaku secara "private" (bersendirian antara lelaki & wanita)
Bahkan, situasi 'date rape' ini begitu bahaya, sesetengah wanita di Philadelphia telah dinasihatkan agar jangan terlalu rapat bersama lelaki asing ketika berada di kelab malam.
Suasana kelab malam biasanya dipenuhi dengan parti sakan, minuman arak, pergaulan bebas, tari-menari, musik yang kuat dsb.

Tetapi dalam berseronok itu, pengarang menasihatkan agar wanita tidak bersama dengan lelaki asing bagi mengelakkan gangguan seksual.

Ironi sungguh!
Bagaimana Islam menyelesaikan masalah Ikhtilāṭ ini?

Iaitu dengan mengharamkan kita berkhalwat (bersendirian) antara lelaki & wanita, serta mengasingkan lelaki & wanita dengan sekadarnya.
Nabi ﷺ bersabda "Ingatlah, tidaklah seseorang lelaki berkhalwat dengan wanita kecuali yang ketiganya adalah syaitan" (Ṣaḥīḥ: Jamī' at-Tirmīdhī no. 2165)
Bukannya lelaki tidak boleh berurusan dengan wanita langsung, jangan salah faham.

Kalau ada urusan mustahak, maka berbincanglah di tempat awam, atau dengan kehadiran mahram seperti yang diperintahkan dalam ḥadīth (Ṣaḥīḥ Bukhārī no. 5233)
Mungkin perkara ini dilihat sebagai perilaku konservatif atau ketinggalan zaman. Namun hakikatnya, nasihat ini turut diberikan oleh para saintis bagi mengelakkan berlakukanya gangguan seksual.
Dalam buku ini (2000), pengarang menyatakan bahawa idea pengasingan lelaki & wanita mungkin dilihat sebagai praktis yang jijik, namun ia adalah amalan yang "sensible"
Pengarang meneruskan dengan berkata bahawa wanita zaman sekarang terjerumus dalam suasana yang kondusif untuk berlakunya jenayah rogol apabila mereka berdating tanpa pengawasan, terlebih lagi apabila melibatkan minuman beralkohol.
Kalian ingat apabila gerakan MeToo semakin memuncak pada beberapa tahun yang lepas?

Natijah daripada itu, dilaporkan bahawa 1/3 daripada lelaki menunjukkan keengganan untuk bersendirian dengan wanita

(artikel: The MeToo Backlash)
Nampak tak?

Akhirnya terserlah juga kepentingan syariat Islam di Amerika, sedikit demi sedikit budaya korporat mereka mempraktikkan amalan Islam bagi mengelakkan gangguan seksual.
Dan cuba teka siapa yang menentang penjagaan ikhtilat ini?

Ya, itulah golongan feminis. Alasan mereka adalah menjaga ikhtilat akan membantutkan produktiviti kerana bos lelaki tidak boleh memberikan panduan kepada pekerja wanita mereka.
Alasan yang begitu dangkal sekali, macamlah bos tidak boleh berjumpa dengan pekerja di khalayak ramai atau di tempat awam, atau sekurang-kurangnya berjumpa di bilik 'transparent'

Penting sangatkah bersendirian? Subḥānallāh.
PUNCA KETUJUH

Zina
Hubung kait antara amalan zina & jenayah rogol adalah halus, namun sangat signifikan. Tidak keterlaluan jika saya berkata bahawa, budaya zina boleh menjerumuskan seseorang kepada jenayah rogol.
Kajian (2012) yang melibatkan lebih 10,000 lelaki telah mendapati bahawa, jenayah rogol mempunyai hubung kait yang sangat kuat dengan budaya zina seperti seks dengan pelacur, jumlah pasangan seks dsb.
Perkara ini bukanlah sesuatu yang janggal. Ya, zina berlaku dalam konteks seks secara rela (consent) namun akan tiba suatu masa di mana lelaki akan cuba mencari kepuasan baharu.

Setelah ditinggalkan kekasih & wang di kocek berkurangan, waktu itulah mereka berpotensi utk merogol
Sebab itu dalam agama Islam, jangankan perbuatan zina, hatta mendekati zina pun diharamkan.

Dalam ḥadīth, nabi ﷺ menggambarkan bahawa keimanan seseorang itu tercabut seketika apabila dia bertindak melakukan zina (Ṣaḥīḥ Bukhārī no. 6810)
Dalam Al-Qurān, Allāh SWT berfirman dalam (17:32)

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنٰۤى اِنَّهٗ كَا نَ فَا حِشَةً ۗ وَسَآءَ سَبِيْلًا

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
Namun sekadar menasihati orang agar tidak menghampiri zina mungkin tidak cukup, kerana tidak semua orang akan mampu mengawal nafsunya.

Sebab itulah, agama Islam menetapkan hukuman yang sangat berat kepada penzina, iaitu rejam sampai mati (kahwin) & hukuman sebatan (belum kahwin)
Dan beban pembuktian zina adalah sangat berat, iaitu empat orang saksi lelaki adil yang benar² melihat perlakuan zina tersebut.

Dan hukuman rejam atau sebatan ini perlu dilaksanakan di khalayak ramai untuk dilihat oleh mereka semua.
Hukuman ini bukanlah diletakkan suka-suka melainkan ada hikmahnya.

Hikmahnya adalah, bagi mengurangkan potensi gangguan seksual pada masa hadapan, dan paling penting adalah untuk menjaga institusi perkahwinan dsb.
Sayang sekali, mereka yang tidak pernah berzina hari ini dipandang serong & dilabel sebagai "ketinggalan zaman", hatta oleh orang Islam sendiri!

Suka hatilah, kalau mereka hendak menelusuri jalan kejahatan tersebut merekalah yang menanggung padahnya.
Adapun yang hendak bertaubat, yang berusaha berhenti daripada terus berads dalam kancah zina, saya doakan moga² Allāh SWT pelihara kamu & kita semua, dan moga² taubat kita diterima oleh-Nya.

Janganlah berputus asa, usahalah kepada kebaikan, Allāh membantu hamba²nya yang ikhlas.
PUNCA KELAPAN (terakhir)

Pakaian wanita yang seksi & provokatif
Mungkin saya bakal dihentam kerana menyatakan hal ini, tapi saya hanya menukilkan kajian² sahaja. Menipulah kalau pakaian wanita tidak ada sebarang impak kepada perogol atau jenayah gangguan seksual.
Jangan salah faham, saya tidak berniat menyalahkan mangsa rogol, demi Allāh.

Tapi, adalah menjadi kesalahan jikalau saya sembunyikan hakikat ini, iaitu, pakaian wanita yang provokatif mampu meninggikan risiko mereka untuk menerima gangguan seksual.

Nilai dahulu kajian² berikut
Kajian (2011) pernah menukilkan bahawa, daripada 73 perogol, hampir separuh memilih mangsa mereka berdasarkan pakaian seksi yang dipakai oleh mangsa.
Kajian psikologi (2014) ada menyatakan bahawa wanita yang memakai pakaian provokatif lebih mengundang gangguan seksual & lebih cenderung untuk dipandang sebagai objek menurut "objectification theory"
Dalam buku Pornland (2011) ditulis oleh professor sosiologi (juga seorang feminis), pernah menemu ramah seorang perogol yang menyatakan bahawa pakaian wanita yang seksi boleh menggerakkan nafsu mereka.
Evolutionary biologist dalam buku mereka (2000) pernah menyatakan bahawa wujudnya hubung kait antara rupa paras atau kecantikan wanita dengan risiko gangguan seksual.
Bahkan penulis mengambil satu langkah hadapan dengan menyatakan bahawa wanita perlu dinasihatkan tentang risiko yang bakal ditanggung jikalau mereka memperlihatkan kecantikan mereka pada khalayak ramai
Bukan saya yang cakap nasihat ini, bukan juga orang Islam yang nasihat, tetapi nasihat yang saya nukilkan tadi semuanya datang daripada ahli sains yang bukan beragama Islam.
Sebagai tambahan, sebenarnya ada beberapa lagi impak pakaian provokatif terhadap psikologi wanita iaitu mampu menimbulkan stres, body dissatisfaction, insecure dsb. tapi bukanlah di sini tempat perbincangannya.

Kalau nak tahu lebih lanjut, saya sarankan baca kajian ini 👇
Kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa memakai pakaian provokatif mampu menaikkan nafsu syahwat lelaki, dan memungkinkan mereka untuk melakukan gangguan seksual terhadap wanita.

Sekali lagi saya ingatkan, saya membincangkan risiko jenayah sahaja. Salah itu tetap salah perogol
Bagaimanakah Islam mendekati masalah ini?

Iaitu dengan mewajibkan lelaki & wanita untuk menutup aurat, melarang tabarruj (khususnya wanita) serta menyuruh kita menjaga diri daripada fitnah.
Dalam surah an-Nūr, Allāh SWT memerintahkan kepada lelaki untuk menundukkan pandangan & memelihara kemaluan mereka.

Adapun wanita, mereka diperintahkan untuk menundukkan pandangan, menjaga kemaluan serta menyembunyikan perhiasan mereka (i.e aurat)
Firman Allāh SWT;

وَليَضرِبنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلىٰ جُيوبِهِنَّ

"Dan hendaklah mereka melabuhkan khimar (hijab) mereka atas dada mereka"

(24:31)
Allāh SWT berfirman juga;

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak² perempuanmu serta perempuan² yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal maka dengan itu mereka tidak diganggu. (33:59)
Bahkan di sana ada suatu kajian (2011) yang dibuat terhadap wanita² berhijab di Amerika. Dilaporkan bahawa mereka berasa lebih dekat dengan identiti Islam serta mengalami gangguan seksual yang lebih rendah.
Saya ingatkan sekali lagi, pakaian seksi bukanlah lesen kepada lelaki untuk menganggu wanita.

Bahkan, bukan semua wanita berhijab adalah dijamin selamat daripada jenayah rogol 100%. Ada sahaja kes² melibatkan wanita berhijab & berniqab yang dirogol, tidak dinafikan hal ini.
Tetapi untuk menafikan bahawa pakaian wanita yang provokatif tidak ada sebarang impak kepada lelaki, ini adalah kesalahan besar.

Dan kajian² yang saya nukilkan tadi, kalian sendiri boleh merujuknya dan nilaikan sendiri. Saya cuma bertugas menyampaikan semata-mata.
Sebagai tambahan, saya juga pernah menghuraikan bahawa sebab disyariatkan memakai hijab bukanlah untuk mengelakkan daripada gangguan seksual, tapi adalah mentaati perintah Allāh semata-mata. https://twitter.com/The_X_Guy/status/1210735773940477956?s=19
Alḥamdulillāh, kesemua lapan punca rogol telah dihuraikan.

Sebenarnya, ada sahaja punca² lain yang saya tidak menyatakan tapi pada hemat saya, ia dilihat kurang signifikan & memerlukan kajian lanjut
Dan sebagai agama yang universal, Islam datang & memberikan solusi berskala mikro atau makro demi menyelesaikan isu gangguan seksual wanita ini.

Untuk mengatasi masalah ini, semua pihak berperanan besar, daripada ibu bapa, lelaki, wanita & juga pemerintah.
Bahkan, apa yang disarankan oleh agama Islam bukanlah terhad kepada kaum Muslim sahaja. Langkah² yang saya nukilkan tadi turut diakui oleh sebahagian besar sarjana sains bukan Islam sendiri, rujuklah kajian² mereka.
Islam mengangkat martabat wanita. Tetapi dalam masa yang sama, ia mengakui realiti pahit di dunia ini iaitu, tidak semua lelaki adalah baik² belaka. Maka langkah keselamatan & pencegahan perlu diambil.

Bahkan kebanyakan pengkaji² Barat juga menyatakan perkara yang sama.
Akhirnya, saya hendak menyatakan bahawa lelaki & wanita hanyalah dinilai sama di sisi Allah SWT, iaitu menerusi taqwa & amal saleh mereka.

Syariat yang diturunkan adalah berbeza namun sesuai dengan kehendak fitrah lelaki & wanita.

Begitulah Allah, Maha Mendalam ilmu-Nya
Rasūlullāh ﷺ bersabda;

إِنَّمَا النِّسَاءُ شَقَائِقُ الرِّجَالِ

"Sesungguhnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki"
(Ṣaḥīḥ; Musnad Aḥmad no. 5869)
Baiklah, sekadar itu sahaja untaian saya kali ini . Maaf kerana ia panjang sangat, dan maaf atas segala salah silap. Jikalau terdapat kesalahan, sudi-sudilah betulkan saya, in syā Allāh.

Wallāhua'lam
You can follow @The_X_Guy.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: