Jaga jaga ketika berdoa dalam istikharah jodoh seperti ini :

"Ya Allah, jika dia memang baik untukku maka jadikanlah dia untukku, dan jika dia tidak baik maka Kau jadikanlah dia baik untukku"

So, mcm mana cara nak istikharah dengan betul ?

(Thread)
Pertama sekali dlm beristikharah ni kita kena buat pilihan yang betul. Cari pasangan yg sesuai dengan kita. Maksudnya, istikharah ini dimulai dengan gambaran tentang org tersebut.Bukan namanya istikharah kalau yg melamar itu perompak atau penjahat sebab automatik itu kena reject.
Yang namanya istikharah itu untuk orang yang betul2 layak jadi suami atau isteri kita. Sebagai contoh dia org yang baik, dari keluarga yg baik2, anak yg baik. Ciri2 seperti ini baru layak utk kita istikharah. Buat pilihan kita di situ.
Selepas buat pilihan, jangan kita pasti dengan pilihan kita tu. Kita dah pilih kemudian kita serahkan kepada Allah dengan melakukuan solat sunat 2 rakaat yg dinamakan solat sunat istikharah.
Niatnya mudah, tak mampu bahasa arab pun takpe. Cukup dgn niat bahasa melayu : " Ya Allah aku berniat solat istikharah utk memilih jodoh." Atau "ya Allah aku niat untuk solat istikharah."
Kemudian rakaat pertama baca Al Fatihah setelah itu surah Al Kafirun , rakaat kedua Al Fatihah dan surah Al Ikhlas. Lepas solat berdoa. Kalau Doa dalam bahasa arab kurang faham, berdoa dalam bahasa melayu pun.
Sebagai contoh doa yang betul :

" Ya Allah, kalau memang betul orang itu baik untukku, jadikanlah dia untukku. Dan kalau dia tidak baik untukku maka Kau jauhkanlah dia dariku dan gantikan dengan yang lebih baik. "

Ini yang Nabi ajar pada kita.
Dalam doa yang Nabi ajar :

اللهم إن كان هذا الأمر خير لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري، فاقدره لي

"Ya Allah jika memang dia baik untukku di dunia dan akhiratku maka Kau mudahkan untukku."

وإن كان هذا الأمر شر لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري،فاصرفه عني واقدر لي خيرا
"Dan jika dia tidak baik untukku di dunia dan akhiratku maka jauhkan dariku dan gantikan untukku dengan yg baik."

Jadi ini yang dimaksudkan istikharah. Iaitu dengan membuat pilihan. Dan menyerahkan pilihan itu kpd Allah. Kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik utk kita
Istikharah ni juga memerlukan masa. Bukan hanya sekali kita buat , kita terus dapat jawapan. Sebaiknya kita lakukan istikharah ni dengan istiqomah. Setelah itu insya Allah akan datang petanda2 atau alamat2 tentang pilihan kita tu.
Petanda jawapan istikharah ni tak semestinya melalui mimpi je. Boleh jadi ia datang melalui persekitaran kita. Seperti ada orang yang datang bagitahu tentang jawapan istikharah tu. Atau kita dapat jawapan tu melalui kecenderungan hati kita sendiri.
Yang penting kita jangan tinggal istikharah ni. Dan istikharah ni bukan semata mata untuk jodoh je. Untuk semua urusan hidup kita. Nak pilih kerja, nak pilih tempat belajar macam2 urusan kita, kita serahkan padaNya. Dia Yang Maha Mengetahui. Wallahua'lam.
You can follow @baqirbenyahya.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: