Thread :

Restoran / cafe menariks sekitar Kuala Lumpur yang boleh dicuba anda utk sebarang special occasion ataupun tak special. Sukahati.

Yang mana bkn dr ig page tu gambar akak sendiri. Yg dr ig sbb akak malas korek gallery lol.

Pendapat jujur & peribadi
1. Blackbyrd KL - Level 50 Naza Tower
IG : Blackbyrd.KL

Kalau perasan, akak dah pi sini beberapa kali dan pnah twt. Makanan, minuman dia mmg sedap. Dia fusionkan dengan asian. And of course the view. Kalau nak view KLCC ni boleh reserve for lounge area.
Semenjak PKPP ni dia ada time slot sebab tempat ni tak besar mana. Tp siapa yang nak buat events ke apa ada private room.

Lunch 12pm-5pm
Dinner
5pm finish by 7pm
6pm finish by 8pm
7pm finish by 9pm

2nd session:
8:30pm onwards
9:30pm onwards

Also ada Sunset Hour Promo
2. Mari Ristorante - Jln Raja Chulan
Yang ni dekat bangunan Old Malaya, serve Italian & Asian fusion food.

Sesuai untuk nak lepak lepas kerja, also gathering.

Makan berat pun ada, sharing mcm ravioli, pizza pun ada.
Kt level 2, view KL Tower sbb dia ada glass ceiling.
The Swimming Club KL - KL Journal Hotel

Ni akak tak ingat harga dia sbb masa pergi complimentary with stay dekat hotel ni. Siapa tgk video klip Yuna ada feature hotel KL Journal ni.

So ni oalah rooftop bar utk hotel ni tp open for all.

Besok reopen!!!
Cielo KL - VIDA Bukit Ceylon

Ni pun one of the best KL Skyline punya view. Kalau nak duduk terrace memang kena reserve lah. Mostly menu dia seafood.

Ada private room for function .
Vertigo - Banyan Tree KL

Masa pergi akak tak makan pun sebab ni bar, so mendelah makanan yg ada. So minum je lah. Tp dia punya view. Marveles. Level 58.

Gambar buruk eh masa pi ni hp habis battery hoho. Lepas tu nak hujan .
Opium KL - Changkat

Yang ni serve asian food, mostly Chinese food. Juga ada dimsum buffet kt sini, tapi weekdays only 12 - 2 . Kalau office uols berdekatan boleh la dtg sbb harga dia mmg ok.

Sini ada Bak Kut Teh halal version

Yang penting ambiance dia , A pelasss.
Bistro Richard - Sentul Park
Tempat dia mcm tersorok sikit. Tp siapa nak menikmati keindahan alam semulajadi, boleh la. The owner , sangattlah baik dan attentive. Akan pergi table to table tanya, ok ke. Sedap ke. Makanan dia not bad.

Kecik je tpt ni. Make sure reserve.
Muito Bom Brazillian BBQ - Bangsar Nexus

Ok kt sini takde view cantik ke apa. Solely nak makan only unlimited meat. Bayar per pax then depa akan mai bg choices of bbq yang sedap gila mcm NZ Lamb, black angus, sirloin cap. Yang paling sedap glazed pineapple tu.
Tamarind Springs KL

Ok ni memang cantik. Siang atau malam dua duanya cantik. Malam more romantic mcm tu. Sini serve asian food la, mostly thai. Vietnam ada sikit.

Rice noodle salad, siakap crispy, tomyam. Kadang2 ada promo for 3 course meal boleh check ler.
Rama V - Jalan U Thant

Also thai food. Fine dining style. Tp time bulan puasa (pasca covid) ada buffet ramadhan. Best.

Lagipun thai food never go wrong ye dok.
Kampachi - Plaza 33, PJ (Ada branch lain jugak)

Yang ni rasanya ramai orang tau la. Memang on the best japanese food. Weekdays mcm biasa, weekend (sebelum covid) ada buffet. Buffet tu best sebab ada charcoal grilled seafood, hot pot, fresh sushi.

Eh menetes ayaq liuq
2ox_KL - The Row

Yang ni dekat The row, seperti namanya The Row , sepanjang row ni ada beberapa F&B yang menarik. This one is french restaurant highly recommend by colleague2 akak. So pi la sekali. Sedap hang.

Recommended for birthday, valentine, whatever celebration.
La Cocina - Taipan

Ni tempat biasa biasa je, corner lot dua tingkat. Tingkat atas ada bar & al fresco dining area sikit tempat depa grill also. Sedapnya grill selection & paella kt sini. https://twitter.com/XXXbyefelicia/status/1276891970380562433?s=19
Limapulo - The Row KL

Sama row dengan 2ox , is Limapulo. Ni restoran baba & nyonya. Weekend kena reserve of course sebab dia bukak kejap je. Ownernya husband to Florence Tan. Makanan dia semua a plus plus..especially pai tee tu. Also sambal udang petai.
Ok la ni mostly for lunch & dinner kan. Sekarang akak akan beralih kepada fasa terakhir thread ni.

Breakfast / weekend Brunch spot :
Tapestry KL - Jalan Kamunting (Opposite Stripes Hotel KL)

Weekend brunch bolelah jalan jalan area ni. Banyak bangunan dan spot cantik sekiranya anda seorang instagrammer. Akak tangkap pun senget . Sedap !
Lisettes - Jalan Kemuja

The pastry selection i tell you, rasa mcm ada kt Australia. Brunch dia pun mcm oz style sikit, organic, vegan, free range eggs gitu. Memang best tp kalau time ramai kena q sikit la.

Weekend ada breakfast buffet ya. Now covid tak tau la ada lagi ke tak
Breakfast Thieves KL - Jalang Riong, Bangsar

Sini pun konsep brunch yang sama. Coffee, big breakfast portion. Look at that croque madameee. They served like the BEST egg benedict evah. Percayalah!
Birch - DC Mall

Also spot yang faymess utk bruch dkt mall yng sepi ni. Ada desserts, breakfast, cocktails dan lain lain .

Cafe ni sangat bright dan cerah, makanya best la mai brunch.
Huckleberry - Damansara Height

Dulu kt office weols ada jadual siapa kena pergi tapau roti kt huckleberry time kerja. Almost all huckleberry cake, breads, pastries.... sedap ya aulo.
Blonde - Republic Damansara Height

Ni by serai groups, food presentation dia memang cantik2 lah. Akak mmg suka snap gambar air yang cantik dalam hp, so siapa ada hobi yg sama silakan ke Blonde dan orderlah selection of drinks yg cantikkkk
Ok dah dulu setakat ni.

Semua ni pendapat peribadi dan apa yg akak alami sendiri. Sekiranya uols pi tak mendapat layanan setimpal atau makanan tak sesuai dengan cotarasa uol, akak x memegang sebarang tanggunjawab yach. Haha
Siapa ada recommendation tempat untuk akak try silalah habaq. Sebab la ni kadang nak decide nak makan mana makan jam jugak la pikiaq. Ehhhhh.
Previous thread on moqon moqon edisi Cyberjaya : https://twitter.com/XXXbyefelicia/status/1149888744092127232?s=19
You can follow @XXXbyefelicia.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: