Dulu aku ada seorang cikgu ni,dia selalu pukul anak murid dia dengan cara kasar. Hentak kepala kat Blackboard,tampar berkali-kali,smackdown..( mungkin aku exaggerate je)

Aku bagitahu bapak,dan bapak aku buat apa? Buat online petisyen? Tak...bapak aku cakap kat pengetua dan PIBG
Apa jadi lepas tu? Cikgu tu insaf,serius ni. Dia dah tak ada lagi pukul budak melampau-lampau. Setakat rotan kecil tu adalah.

Yang menariknya cikgu tu sepupu sepapat sedara je. Tapi bila jumpa masa orang kahwin,masih lagi boleh bersalam-salaman dan senyum2
Apa aku nak sampaikan kat sini? Pengajarannya,go through proper channel. Aku baru dapat tahu yang orang buat petisyen adalah alumni sekolah,yang concern dengan junior dia. And it's a valid concern.
Tapi apa salahnya kalau kau pergi jumpa PIBG ataupun pengetua sekolah,dari kau buat petisyen online macam ni.

Setakat ni aku tak nampak manfaat petisyen kau tu. Setakat cipta kebencian dan perdebatan yang toksik. Dan mungkin tak akan membawa hasil pun
Tapi kalau kau go through proper channel,dan dibuat dengan cara baik,mungkin apa yang kau perjuangkan akan mendatangkan hasil. Dan tak menyemai benih kebencian...
You can follow @maercaestro.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: