Langsung tak salah bila kau nak bagitahu tutup aurat tu wajib, jaga maruah diri tu kemestian dan sopan tu satu keharusan. Tapi kau kena faham yg aurat =/= rogol. Meh aku nak ulas sikit kenapa aku membantah dengan keras perkaitan aurat dengan rogol berpandukan dua kes.
Bila nak bercakap soal jenayah rogol ni, kau mesti set kepala otak dan jiwa raga kau sebagai seorang manusia yg neutral. Kau tak boleh bagi pendapat sebab kau nak protect orang satu agama dan satu bangsa dengan kau je. Kau kena adil pada semua sebab ini isu jenayah.
Kalau nak berbahas dan berhujah soal aurat, itu kau kena buat satu forum yg lain. Sebab audience kau mestilah orang yg satu akidah, kefahaman dan ajaran yg sama dengan kau. Kalau soal rogol, kau kena buka forum yg lain sebab jenayah rogol meliputi semua manusia.
Sebagai seorang Muslim, kau mesti tahu or at least faham kewajiban menutup aurat dengan baik. Tapi kalau individu tu taknak ikut dan pilih untuk berdosa dengan cara tu, itu pilihan dia. Langsung takde masalah bab ni sebab kau Muslim dan audience kau pun Muslim.
Tapi kalau kau nak bercakap soal jenayah rogol yg boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang tapi kau paksa semua org untuk fahamkan akidah dan fahaman keagamaan kau, itu yg buatkan kau nampak kelakar.
Bila nak bercakap soal rogol, fokus rogol sahaja. Sebab mangsa dan pemangsa, agamanya bukan satu sahaja. Bermacam jenis. Fokus paling besar adalah nak selamatkan individu yg terdedah daripada menjadi mangsa. Paling penting, kita kena elak pemangsa naik kepala.
Mangsa rogol ni pelbagai. Bermula dari sekecil-kecil bayi sehinggalah wanita yg bertutup litup sampaikan mata pun tak nampak. Tapi pemangsa tetap satu dan tak akan berubah iaitu lelaki. LELAKI. Clear tak kat situ ?
Kalau kau nak kata perempuan garik, seksi dan mengghairahkan, berada di tempat tak sesuai, mengundang dan sebagainya merupakan org yg patut kita salahkan jika rogol berlaku, maksudnya kau tak pernah baca kes Suzaily Mukhtar.
Mangsa berbaju longgar berlengan panjang, skirt labuh dan bertudung, naik bas nak ke tempat kerja di waktu pagi tapi tetap dirogol, dijerut, dihantukkan kepala dalam bas sampai mati oleh pamandu bas sebelum dibuang di kawasan pembinaan perumahan. Kau nak cakap ?
Kau buktikan mana seksinya ? Kau buktikan mana tak sesuainya tempat arwah berada ketika tu ? Kau buktikan perbuatan duduk diam-diam dalam bas tu mengundang ghairah ke ? Go. Buktikan sekarang bahagian mana yg layakkan arwah dianiaya macam tu sekali.
Kalau kau masih kata perempuan seksi punca rogol dan perogol tetap tak salah sebab ada yg merangsang perogol, maksudnya kau belum baca kes Canny Ong. Kena bawak lari, sebelum dibunuh, dirogol dan dibakar sampai rentung oleh lelaki Melayu, Islam !
Kau suruh Muslim jaga aurat dan sebagainya tapi bila org tanya kau macam mana dgn non-muslim, dorang takde kewajipan nak jaga aurat maksudnya mereka boleh dirogol. Macam tu ke ? Are you telling me nilai wanita non-muslim takde di mata kau ? Nyawa Canny Ong takde nilai ke ?
Kalau kau kata lelaki tak dapat kawal nafsu once terangsang tengok tubuh badan perempuan, maksudnya kau tak pernah tahu kes Nurin Jazlin & Nurul Huda. Mereka mangsa pembunuhan dan kekejaman seksual kanak-kanak yg langsung belum develop apa2 physical features seorg perempuan lagi
Aku minta kau ambil tahu 4 kes ni saja untuk kau jawab sendiri, sebenarnya siapa yg patut kita salahkan. Mangsa atau pemangsa. Memang betul tak jaga aurat tu salah. Tapi itu forum lain. Kita sekarang bincang soal rogol. Pelakunya tetap sama iaitu lelaki bangsat.
Sebab tu, kalau rasa ilmu agama dah penuh sangat dalam dada, jgt rasa jijik nak bergaul dengan pendosa. Fahamkan masalah sesama kita. Kalau tak, keluarlah statement yg bodoh lagi benak. Tuhan suruh jaga sesama manusia. Bukan pilih memilih. Kepala bapak kaulah !
Sekian dari saya. Tak marah pun. Ajar sikit anak lelaki hormat perempuan. Kalau perempuan yg miang, ajar anak lelaki jadi lelaki sebenar. Lelaki sebenar bukan bermaksud ‘hunuskan kelelakian’ tetapi katakan tidak dan jauhkan diri. Lahirkan rasa hormat. Itulah kelelakian sebenar
You can follow @NaufalAntezem.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: